Adakah Aku Terlalu Berdikari?

Assalamualaikum.. Mungkin confession aku typical. Tapi sekadar nak share dan luah. Aku tak tahu nak share pada siapa. Aku dah 10 tahun kahwin, anak 3 semua perempuan. Kehidupan mak2, semua mesti faham. Macam lipas kudung kesana kemari hal kerja, urus anak2 semua. Cerita kain baju yang tak sudah2.

Anak2 sekolah semua aku sorang yang uruskan sebab kereta kami ada 1 je. Dan juga disebabkan financial keluarga aku tak kukuh,aku ada buat part time job sambil jual itu ini apa2 lah yang boleh mendatangkan duit. Suami kerja kerajaan. Tak reti nak bisnes2 ke apa. Tu jela kerja dia. Ya dia masih suami yang baik. Takda pukul2 ke marah. Rumah, kereta, bil2 semua dia bayar. Solat cukup semua.

1. Aku kecik hati dengan suami. Aku tak kisah dia taknak buat kerja part time utk bantu cukupkan duit untuk survive sampai next gaji. Tapi susahnya dia nak tolong kerja2 rumah. Semua kena bersuruh. Kalau dah suruh pun esok2 kena suruh lagi. Pernah discuss benda ni banyak kali, dia selalu cakap aku expect tinggi dan keep on cakap macam dia tak buat langsung. Ya dia bantu tapi tak cukup. Hari2 balik kerja aku macam tak cukup tangan tak cukup tanah buat itu ini. Dia hari2 balik kerja tengok tv,ngadap HP tu je. Kenapa ya takda sekelumit empathy bila nampak aku macam nak pengsan buat itu ini.

2. Hal anak2 belajar sekolah semua aku yang monitor. Duit sekolah, duit yuran,duit pengasuh semua aku uruskan dan bayar. Dia memang takda amik tahu. Ok takpelah. Tapi aku pernah bagitahu dia, set la kualiti time utk anak 5-10minit pun jadilah. Bacakan buku ke ,borak ke, tazkirah ke. Aku ingat lagi sebelum kahwin aku harap sangat dia boleh ajat anak2 aku ngaji sebab dia ada background sekolah agama.

Tapi hakikatnya aktiviti dia dengan anak2? Tengok tv, tengok movie atau bagi handphone kat anak. Tu je. Kerja lipat baju aku selalu jugak bagi pada dia. Dari melopong tengok tv baik la sambil lipat baju. Aku banyak share pasal isu parenting. Ajak anak yang bawah 5 tahun ajar simple Iqra je pun boleh. Aku siap demo bagai. Tapi takda juga dia buat.

3. Bila aku tengok balik,kerja dia memang top priority. Dia memang harapan bos. Harapan jabatan. Walaupun dia kerja kerajaan tapi tugas dia berat. Tak pernah la balik on time. Paling awal 6.30ptg. Paling selalu lepas maghrib. Tiap petang memang aku amik dia balik kerja. Paling aku tak boleh belah dulu bos dia penah ajak meeting dari lepas maghrib sampai pukul 9.30mlm dengan aku anak beranak tersadai dalam opis kelaparan. Disebabkan kerja penat balik rumah dia memamg rehat jela. Aku? Aku tak penat ke? Tapi aku diam jela. Aku buat jugak sorang2.

3. Dia memang sayangkan anak2. Kadang2 aku cemburu mesranya dia dengan anak2. Aku tak dapat layanan macam tu pun dari dia.

4. Dia tak pandai amik hati aku. Dia tak pujuk kalau aku nangis. Untuk pengetahuan korang aku sangatlah garang dengan anak2. Aku tahu sebab aku sangat penat. Marah pada dia pun aku balas pada anak. Aku takda tempat nak luah. Dia dulu selalu la cerita hal opis dia. Aku dengar dan hadam je. Nak bagi dia release. Tapi bila part aku, dia tak fokus, tak respon. Aku jadi malas nak bagitau apa2. Aku selalu rasa aku tak dibuatkan priority hidup dia. Kalau makan di kedai dia selalu dapat makan dulu. Aku selalu lambat sebab kena setel suap anak2 dulu. Dia tak pernah tanya aku.

5. Nafkah. Dia memang bayar rumah,kereta dan bil semua. Akibat komitmen terlalu banyak,baki gaji dia lepas dan bayar semua ada 200++ saja. Hidup di KL ni 200 dalam masa 2 hari dah boleh habis. Minyak kereta lagi. Susu, pampers anak lagi. Tapi tu semua aku yang tanggung. Aku tak kisah. Aku redho. Tapi nafkah tetap dia culas. Kalau ada pun tiap pagi dia bagilah duit makan RM10.

Cukup seminggu habis dh RM200 dia. Awal2 lepas dah bayar kad credit, isi minyak kereta, beli groceries (kalau dia ajak) habis limit dah kad. Terus takda duit. Bila gaji aku dapat alhamduliah la sambung hidup balik. Tapi dah 10 tahun masih macam ni hidup ikat perut. Dia cukup takut bila bagi nafkah kat aku, nanti dia takda duit.

Kalau pegi beli barang, dia tak penah sangat tanya “ada nak beli apa? Amik la..” . Tapi aku bila dah gaji, kalau ada bawak dia beli barang aku banyak kali cakap nak beli apa2 ambil la. Sebab aku kesian kat dia. Mungkin ada barang nak beli tapi takda duit. Maka, 2-3minggu sebelum gaji memang duit makan dia hari2 aku yang bagi. Serius aku tak kisah pun. Aku ikhlaskan diri.

6. Gaji aku sikit. Tak sampai 2k pun. Aku sgt pulun buat macam2 kerja nak survive. Mujur jugak mak aku sangat banyak tolong. Dia banyak kali cakap kalau takda duit bagitahu dia. Tapi aku taknak susahkan dia. Aku usaha sehabis daya. Kalau memang takda, tak cukup baru aku bagitau. Aku tahu suami malu tapi kadang dia macam dah tak kisah. Dia tahu kalau tak cukup duit aku ada boleh cari duit. Mak aku ada boleh bagi duit. Berlainan dengan mak ayah suami. Selalu macam tak ikhlas nak bantu. Tapi takpela. Kita yang meminta, buatlah cara meminta.

7. Aku selalu inginkan perhatian suami. Ya sampai kadang rasa mengemis perhatian dr suami sendiri. Aku pernah luahkan pada dia tentang keperluan aku. Keperluan dia korang faham la lelaki nak apa. Aku cuba bagi seminggu wajib dan mesti sekali. Tapi kadang badan aku lunyai dah kepenatan. Emosi aku tak dijaga, takda yang nak ambil tahu. Aku stress. Kat tempat kerja aku takda kawan sebab aku ketua. Dan masa kerja tak menentu. Penampilan aku tak menarik pun. Aku takda duit nak beli macam2. Masa pun takda nak tepek macam2. Nak berurut betulkan urat sana sini, nak makn supplement semua perlu duit.

8. Jadi kat sini adakah aku terlalu berdikari? Dan dia seolah2 take me for granted. Aku rasa aku macam bibik, macam hamba dia. Dia tak pernah letak aku sebagai priority. Pernah 1 hari aku cirit birit muntah. Lembik sangat. Aku gak pergi kerja. Anak2 tak sekolah. Dia pagi2 dah keluar ada kerja penting. Aku bagitau, tengahari balik la belikan lunch.

Aku tak larat langsung nak masak. Keep on muntah, cirit. Tapi anak2 ada kat rumah. Kejap berak la lapar la. Aku tak rehat mana pun. Tengahari dia still tak balik. Pukul 6.30 petang baru balik. Rumah dan office dia tak jauh mana pun. Langsung tak balik. Aku lembik, lapar. Banyak situasi yang boleh gambarkan betapa dia tak pentingkan aku dalam hidup dia. 3 orang anak semua memang check up aku sorang je pegi.

Adakah aku expect terlalu tinggi? Aku tak paksa dia tapi what your roles as father/husband kalau balik rumah takda buat apa? Where is your effort? Kita ni sebanyak2 tugas kat tempat kerja, tapi tugas hakiki adalah di rumah. Anak2 perlukan kita. Aku selalu bagitau dia, dalam masa sehari apa yang kita buat untuk anak? Ruginya kalau takda apa2. Anak2 cepat membesar.

Dengan dunia mencabar ni, anak sangat perlukan seorang ayah yang hero di mata mereka. Ayah yang ada masa kualiti dengan anak. Ayah yang beri nasihat baik2 pada anak. Entahlah.. Isteri mudah dapat dosa, tapi sikap suami yang menyebabkan isteri susah macam ni.

Now dah almost 2 minggu hubungan kami renggang sangat. Cakap yang penting2 je. Aku sangat kecik hati dengan sikap dia. Sangat2. Sampai aku unfriend FB dan IG dia. Tak tahulah dia perasan ke tak. Atau dia diam buat tak tahu. Sebab aku rasa dia macam dah tak ambil tahu sangat pasal aku.

Bila komunikasi dah teruk macam ni memang both parties ada salah masing2. Aku faham. Tapi aku dah penat berusaha. Macam2 tapi dari side dia macam takda apa2. Dia berserah je tengok aku ‘cold’ macam ni. Takda rasa nak tanya, nak usaha pulihkan keadaan.

Sori kalau cerita aku berterabur. Seriusly aku tawar hati ni. Apa patut aku buat sekarang?

– Pandora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *