Adakah Dyslexia?

Adakah Dyslexia?

Assalamualaikum semua. Aku alang. Aku sebenarnya nak meluahkan permasalahan ni dan aku harap ada pakar psikiatrik atau pakar psikologi boleh bantu aku.

Aku ceritakan pengalaman aku dari kecik dulu supaya korang paham la. Aku mempunyai masalah percakapan pada usia aku kecik lagi. Mak aku ingat aku ni sorang bisu disebabkan tu tapi aku tak ingat bila aku mula bercakap. Masuk darjah satu aku tak pandai membaca. Yang peliknya, aku dapat skor matematik 100% masa darjah satu dulu.

Masuk darjah 2 aku dimasukkan kelas pemulihan aku diajar membaca sampai pandai. Start dari situ aku minat membaca terutamanya non-fiksyen. Aku akhirnya keluar dari pemasalahan membaca aku tapi skill matematik aku jadi sangat lemah. Aku tak pernah excel matematik sampai tingkatan 3.

Masuk sekolah menengah aku boleh kata bijak orang cakap. Aku minat membaca benda macam sains, sejarah geografi tapi kalau bab bahasa melayu ni aku biasa-biasa je. Matematik aku masih lemah dan gagal sampai aku start tingkatan 3 aku dah boleh lulus.

Kehidupan lepas tingkatan 3 sampai SPM aku excel especially dalam sains sejarah akaun matematik moden tapi matematik tambahan aku banyak kali aku fail tapi nasib aku baik aku lulus masa SPM. Kalau bahasa ni aku boleh kata bernasib baik aku dapat A cuma English aku C.

Masuk U sampai grad aku boleh kata average person. Tak pandai sangat pun. Lagi satu aku tersalah pilih kos yang tak sesuai dengan jiwa aku. Aku sepatutnya ambik sejarah sebab tu minat aku tapi aku silap dengar cakap orang. Apapun aku grad jgk tapi gred aku boleh kata cukup utk lulus saja.

Disini bermulalah permasalahan aku, aku mempunyai kesukaran dalam berkomunikasi dengan baik. Banyak aku pergi interview aku gagal sebab aku punyai bahasa berterabur teruk. Lupa nak bagitau aku ada masalah bila buat presentation. Kalau presentation aku bahasa English aku memang akan terabur.

Bukan sebab tak pandai tapi aku tak dapat construct word secara pantas dalam fikiran aku. Aku kena take time utk bercakap dengan betul. Kalau cakap bahasa melayu pun kalau topik spontan memang payah, aku tak mampu buat presentation dengan baik.

Aku ada jugak terima kerja tapi semuanya so stressful. Aku gagal menjadi pekerja yang baik. Aku gagal untuk paham arahan orang dan aku mempunyai permasalahan yang serius dalam multitask yang pantas.

Aku pun start tanya kenapa susah sangat aku bekerja. Aku cuba try untuk multitask still tak boleh jgk. Aku cuba jadi employee yang mudah terima arahan pun still susah. Aku tak dapat tangkap arahan yang disampaikan dengan cepat. Kalau orang tu bagi arahan dia kena ulang banyak kali baru aku paham.

Sekarang ni aku tengah kerja dkt familymart, aku sekarang still kecewa dengan diri aku. Aku gagal menjadi pekerja yang baik. Aku selalu kena marah dgn member sebab aku tak dapat buat kerja dengan laju. Kalau buat laju pun jadi silap. Lepas tu, aku kena marah jgk sebab aku lambat paham.

Aku takleh nak paham sebab aku banyak cover kerja dalam satu masa tak sempat nak learn apa yang dia buat (dia suruh aku tengok apa yang dia buat sambil aku buat kerja). Aku ada masalah dalam short term memory. Aku akan cepat lupa kalau arahan tu ringkas dan cepat sgt. Kekadang jadi cashier ni aku fail. Aku kena buat kerja slow takut jadi short pulak.

Aku tanya kenapa aku susah sangat nak perform. Aku try hard kot. Aku still tak dapat kerja laju2. Aku selalu kena marah dengan member kerja even benda simple bagi diorang pun susah aku nak buat.

Ni soalan aku, berdasarkan penceritaaan aku ni adakah aku ada masalah dyslexia. Kalau betul apa patut aku buat. Kalau salah jgk apa yang patut aku buat. Sorry kalau aku punya penulisan ni tak teratur. Aku harap pertolongan korang.

– Alang

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit