Adakah Saya Tidak Bersyukur?

Assalamualaikum. Saya Wardah (bukan nama sebenar). Ini kali pertama saya nak meluah.

Saya buntu, tertekan, sunyi, saya tiada ahli keluarga di sisi kerana ahli keluarga saya semua di luar negara. Hanya saya dan adik bongsu yang sedang belajar tahfiz di pondok.

Saya berumur 25 tahun. Masih tahun 3 degree. Saya dah berkahwin dua tahun setengah. Maaf jika tulisan saya ni kebudak budakan.

Kawan saya semua kata saya manja, baik hati, suka tolong, positif sentiasa.

Tapi saya rasa semakin lama semakin hilang diri saya yang happy go lucky, baik hati. Semakin lama semakin rasa diri ini tak berguna.

Tolong bagi kata kata semangat untuk saya teruskan perkahwinan ni ataupun berpisah.

Kalau berpisah saya malu sebab baru dua tahun setengah kahwin.

Kalau bertahan, saya rasa mental saya dah tertekan.

Saya ni sensitif orangnya, tapi penyayang, dan naif bak kata mak saya. Suka bebel, tapi semua tu tanda saya sayang.

Saya dah buat yang terbaik untuk pasangan saya, saya tak pernah terlepas untuk wasap tanya suami saya makan dah makan ke belum sebelum balik kerja. Sebab suami saya makan nasi sekali je sehari.

Kalau dia kata dia dah makan nasi, maka saya akan masak selain nasi.

Saya tak pernah tak mendengar nasihat suami saya, saya tak pernah pegang fon kalau suami saya datang mendekat.

Saya selalu sediakan makanan yang sihat2, saya selalu nasihat suami saya agar tak makan benda2 yang terlalu manis, saya selalu jaga ironkan baju, saya selalu spa kan muka suami saya.

Saya ambik order baking dessert berpenat lelah untuk dapatkan duit happykan suami saya.

Suami saya seorang cikgu. Orangnya kadang2 banyak cakap, kadang2 dingin sedingin dinginnya, kadang2 tegas. Saya pulak orangnya kalau ditengking saya akan automatik jadi baran dan bising balik.

Jadi kebanyakan masa bila suami saya tegur kasar2 saya akan berubah jadi kasar juga. Saya nakk sangat suami tegur secara lemah lembut, pegang kepala apa semua tu tapi tu dalam drama je ke. Ke saya tak bersyukur sebenarnya?

Betul la mak saya kata, perempuan kena cari yang sayangkan kita. Bukan kita yang terhegeh sayangkan orang.

Semua orang yang kenal saya kata beruntung dapat saya boleh menjahit, boleh memasak, dekan setiap sem, boleh berniaga, tapi kenapa hidup saya masih lagi tak bahagia.

Kenapa suami saya masih lagi tak hargai saya. Saya tak minta emas permata, saya cuma nak kasih sayang, perhatian dan kata kata yang lembut je.

Sekarang saya dah hilang sifat manja saya, sifat keanakan, saya lebih suka berdiam. Suami cakap sepatah saya akan jawab sepatah.

Adakah saya dikira derhaka? Saya mental dah rasa. Saya tertekan. Mungkin saya kena tahajud 40 hari berturut turut kan.

Sape2 yang ada suami dingin, tak banyak cakap, boleh kongsi tips atau nasihat tak?

– Wardah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam sis,

    First thing first sis, karier seorang suami itu sangat mempengaruhi rumahtangga yer, kerana habit kebiasaan tempat kerja akan menular ke dalam diri, masuk ke relationship dan wujud dalam rumahtangga.

    Seorang guru, bekerja dalam industri yang sistemnya tak boleh diubah sesuka hati, kalau A, A lah, kalau B, B lah. Sistem pegun, tak flow naturally, jadi mereka kena fake 100%, tak boleh tunjuk emosi, sebagai seorang murid yang nakal disekolah lol, saya kagum dengan keupayaan guru guru yang mampu tak jadi diri sendiri dalam tempoh yang lama dari pukul 7 sampai 1 tengahari.

    Kalau murid nakal, dorang tak boleh pukul, kalau murid membalas cakap dorang tak boleh tengking, kalau murid prestasi merosot dorang tak boleh kata lebih lebih, alamat makpak datang sekolah, agak bergasak, ini boleh mencemar imej seorang guru. Suka tak suka mereka kena jaga imej. Buat muka tegak jer. Numb their emotion, dengan beban dari pihak atas, kena jadi penurut. Law is a law.

    Berkenaan sis yang resah gelisah tak dapat pujian dari pihak suami, dari confession sis, terlihat sis memang suka dipuji, jiran puji kawan puji, sis rasa macam ada di awang awangan, sis rasa semua manusia sama, mereka menghargai sesama manusia dengan puji pujian, kalau tak puji tanda tak sayang, kalau tak puji tanda tak ikhlas, kalau tak puji sis down.

    Sini saya tuliskan tentang penghargaan, ada suami menghargai isteri melalui PERKATAAN iaitu pujian. Memuji jer kerja dia, awak cantik awak manis, awak pandai awak bijak, untung saya dapat bini macam awak. Tolong buat kerja rumah biasa jer, bagi hadiah kadang jer, luangkan masa dengan keluarga ada jugak, puaskan isteri di ranjang biasa jer, yang paling dia natural. BAGI PUJIAN, PUJI ITU TANDA SAYANG. Kalau dia dapat isteri yang suka pada hadiah, payah tak menyambung. Isteri nak hadiah banyak banyak, time birthday dia, time anniversary, time hari ibu, nak bunga tiap minggu, bukan nak pujian, walaupun suami puji ikhlas, isteri akan anggap omong kosong, PADA ISTERI HADIAH TANDA SAYANG, BUKAN PUJIAN.

    Ada penghargaan suami pada isteri melalui SENTUHAN, SEKS, BATIN. Suami puji isteri si suami kurang, tolong isteri kat rumah kadang kadang jer, hadiah, atau bunga tak pernah bagi, tak banyak luang masa dengan isteri, yang pasti batin isteri cukup, dia bagi betul betul puas, DIA PUASKAN ISTERI ITU TANDA SAYANG. Kalau suami dapat bini yang jenis nak suami tolong buat kerja rumah, payah, tak menyambung, isteri anggap lelaki nak seks jer, isteri tak anggap puas seks itu tanda sayang, PADA SI ISTERI, SUAMI TOLONG DIA BUAT KERJA RUMAH BARU TANDA SAYANG.

    Ada suami menghargai isteri melalui hadiah, rumah penuh dengan hadiah, bunga jangan kata, tak sempat kering, ada lagi bunga baru, dapat emas, dapat kereta, dapat rumah. Nak apa semua suami beli, siap bungkus letak reben bagai, SUAMI BAGI HADIAH TANDA SAYANG, si suami memuji isteri jarang, seks biasa jer, kerja rumah buat bila isteri suruh jer, jarang luang masa dengan isteri sebab busy kerja. Kalau suami dapat isteri yang jenis suka fizikal touch dan berhubungan badan, payah, tak menyambung, bila suami tak pegang tangan isteri, tak peluk isteri, performance di ranjang pula kurang, isteri anggap suami tak sayang, abaikan kepuasan dia, walaupun emas penuh badan, kereta banyak, hand beg banyak. Nope, isteri tetap tak rasa disayangi. DIA NAK SENTUHAN SUAMI DAN SUAMI PUASKAN DIA BARU TANDA SAYANG.

    Ada suami menghargai isteri melalui meluangkan masa bersama, seminggu sekali mesti bawa isteri pergi jalan jalan, sebulan sekali keluar daerah berjalan, 6 bulan sekali gi oversea melancong, SUAMI LUANGKAN MASA UNTUK ISTERI TANDA SAYANG. Buat kerja rumah biasa, seks biasa, bagi hadiah sometimes. Kalau si suami dapat isteri yang suka kan pujian, payah, tak menyambung, bawa lah bini tuh ke hujung dunia sekali pun, pergi 101 negara sekali pun, yang si isteri nak kan adalah pujian, dia tak peduli minggu depan nak pergi Paris, yang dia peduli kenapa suami tak puji dia cantik manis, puji dia pandai masak, pandai hias rumah, pandai jaga badan pandai jaga makan. PADA ISTERI TAK PUJI TANDA TAK SAYANG, isteri tak kesah pun pasal bergambar dekat menara Eiffel tuh.

    Melalui karangan saya yang panjang diatas harap sis boleh cari tahu, suami sis menghargai sis melalui apa, pujian, sentuhan, pertolongan, hadiah atau waktu lapang. Mana satu yang dia sangat natural, tak dibuat buat, sebab itu lah diri dia.

    Kalau sis suka dipuji, sis puji juga lah suami, suami sis seorang guru dia duduk dalam sistem penurut, kalau sis buat dia akan ikut, cuma kalau tak natural pada dia, dia akan rasa kekok sikit, jangan cakap dia tak ikhlas pula. Cukup seharian suami sis bekerja melayan kerenah student yang memeningkan kepala. Perangai student bila dapat score subjek gurunya, memang akan minta guru puji melambung. Guru tak puji senyap, student sentap, anggap guru tak menghargai.

    Sis, suami sis tak perlu another student dalam rumah, yang dia perlu seorang isteri yang boleh bagi dia rasa nyaman yang tak wujud kat tempat kerja. Sis you’re not his student, you’re his wife, please act like one. Zaman student sis dah berakhir lama. You passed it very well, a big congrats, now is your new phase of life, make sure you pass it too, see your husband as your man, not as your teacher, as your friend or as your neighbour.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *