Kisah yang akan saya coretkan ini adalah kisah yang berlaku dalam keluarga saya. Mama saya ada adik. Adik mama saya bekerja sebagai pembantu kedai makan. Saya panggil makcik saya ni Cik Na. Suami Cik Na bekerja sebagai penjawat awam beruniform dan berpangkat . Cik Na punya 2 orang anak. 1 sudah berkahwin, 1 lagi masih bersekolah. Saya menulis kerana saya sudah tidak tahan tengok mama saya rasa serba salah dan saya benci Daud.
Hampir setiap bulan Cik Na akan telefon mama saya untuk minta bantuan kewangan. Pinjam nanti bayar semula, itulah ayat dia selalu. Tapi belum sempat bayar dah pinjam lagi. Kami kesian kat Cik Na sebab fikirkan Cik Na tak makan . Lagi- lagi selalu dia ditinggalkan suami kerana suaminya kerap ada tugasan luar. Kadangkala Cik Na akan minta bantuan untuk bagi suami dia duit kocek kalau kena kerja luar. Bila difikir- fikir, di usia yang hampir pencen, perlukah lagi bantuan wang saku untuk bekerja perlu diberikan? Lagi- lagi suami Cik Na seorang yang berpangkat. Rasanga sampai dah hilang rasa malu Cik Na untuk pergi pinjam meminjam saban bulan. Cik Na hanya bekerja sebagai pembantu kedai.
Tapi kami tahu juga, duit yang dipinjam adalah untuk kegunaan anak lelaki dia yang sudah berkahwin tetapi tidak bekerja iaitu Daud. Pernah bekerja, tapi tak pernah kekal. Daud sudah punya 4 anak. Allah berikan dia rezeki anak yang sempurna sifat dan ramai. Tapi Daud tak pernah bersyukur. Saya meluat tengok keletah Daud yang ‘buget’. Kalau tengok facebook, Insta, whatsapp semuanya update yang ‘buget good’. Pasal nasihat agama, update solat, update doa, update masjid, update sayang isteri. Hakikatnya, watak dan perwatakannya jauh dari yang sebenar. Daud suka menipu, mengugut dan membuat ancaman kepada Cik Na. Dia selalu minta duit Cik Na sampai 1 masa, Cik Na takda duit pun nak beli makanan. Saya sendiri pernah nampak, Daud melemparkan nasi ke atas kepala Cik Na sebab tidak puas hati dengan Cik Na.
Cik Na juga kerap minta bantuan nenek yang tidak ada pendapatan. 1 lagi sifat Daud yang menjengkelkan, Daud ni suka tunjuk dia kategori orang ‘ada- ada’. Taste tinggi, i phone, adidas, lepak pavilion. Nak ketawa pun ada tengok perangai dia.
Sebenarnya banyak lagi la bantuan yang kami sudah berikan untuk keluarga Cik Na. Malah kami juga pernah dikeji kerana tohmahan saudara mara yang mengatakan kami tak membantu keluarga Cik Na. Cik Na juga sudah terdesak untuk meminjam wang kepada saudara mara lain. Cik Na terlalu banyak berkorban untuk Daud dan keluarganya. Tapi sampai hari ini Daud tidak pun menunjukkan rasa bersyukur dan berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Daud terlalu selesa. Daud terlalu angkuh. Dengan umur yang sudah 30an. Daud masih berkelakuan seperti anak- anak tadika. Masih mengharapkan bantuan ibunya Cik Na, dari lampin pakai buang sehingga yuran persekolahan anak- anak.
Sampai hari ini mama saya masih dalam dilema. Dia membantu sebab mengenangkan adik kesayangan dia. Tapi sampai bila? Amaun dari ratus jadi ribu. Banyak persoalan di minda kami. Di mana pendapatan suami Cik Na? Kenapa biarkan Daud terus menghambakan orang lain? Bila Daud nak bekerja? Salah kami ke kerap membantu? Sampai bila aktiviti pinjam memimjam ini akan berlarutan? Kami juga ada keinginan lain yang perlu dipenuhi. Kepada Daud, tolonglah berusaha dan sedar diri. Kalau kita tidak cukup duit, belanjalah apa adanya. Suapkanlah rezeki kepada anak- anak atas usaha sendiri. Nak mengata lebih- lebih pun jadi takut sebab kita semua ni juga punya keturunan. Tapi cerita ini adalah sebagai pengajaran dan kehidupan seperti ini memang wujud di dunia.
Kepada adik- adik perempuan di luar sana. Sebelum kita berkahwin, kita kena selidik dulu tingkahlaku bakal suami kita. Sebagai perempuan, kita tidak boleh mengharapkan suami kita semata-mata. Hati manusia mudah berubah. Tidak semua antara kita direzekikan suami yang baik luar dan dalam/ zahir dan batin. Semoga Allah melindungi.
Kepada adik- adik lelaki diluar sana, anda akan dihormati dan disayangi jika anda menghormati ibu, isteri, bapa , saudara mara dan rakan- rakan. Harta bukan jaminan kebahagiaan. Tetapi dengan harta kita boleh membahagiakan. Apabila sudah berusaha, namun rezeki masih disitu, jangan risau sebab hati juga akan memandang kepada usaha. Allah akan memberkati
– Farhana Ibrahim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit