Adat Yang Perlu Dihapuskan

Assalamualaikum. Adat yang perlu kita hapuskan seiring dengan waktunya. Tahun sudah pun menginjak 2020 dimana adat adat pada zaman dahulu yang dah tak relevan dan tak perlu diguna pakai pada abad kini.

Contohnya:-

1. Tak boleh keluar dengan pasangan sebelum majlis merisik/bertunang kerana risau dilanda kecelekaan. As we know zaman dulu tiada bekalan eletrik yang mencukupi, pergerakan terbatas kerana tiada kenderaan, laluan yang sunyi semua ni menjadi faktor terciptanya adat orang tua.

2. Mandi pada lewat malam menyebabkan punca penyakit. Dahulu tandas diluar rumah. Orang tua cuma tidak mahu anak mandi malam kerana risau akan binatang berbisa atau diganggu jin.

Maka untuk menghindarkan anak2 berbuat demikian maka terciptalah adat mandi malam menyebabkan penyakit. ”Kau mandi la malam lagi tu Pak Leman hujung kampung baru lepas meninggal”

3. Tak elok minum ais. Peti sejuk di rumah sangat lah jarang dijumpai pada zaman dahulu. Maka untuk memberi alasan kepada anak kecil yang sering meronta ronta seperti pekan.

Maka orang tua tiada jalan lain selain memberi alasan minum ais tak elok boleh menyebabkan buncit, sakit, lemah badan, kembang badan dan sebagainya. Walhal apabila air panas atau sejuk jika sudah diminum ianya automatik bertukar menjadi suhu badan. Jadi ais tak bersalah.

4. Bayi tidak perlu dibedung lagi pada era serba moden ini. Kerana tok nenek dahulu tiada kelengkapan yang mencukupi ditambah pula kekangan kewangan.

Maka dibedung lah bayi itu dengan kain batik untuk mengelakkan dari kesejukan. Bukan lah kerana takut bayi itu mendapat masalah tulang pada masa akan datang.

Pada zaman ini yang serba canggih boleh la ibu bapa yang serba moden memakaikan bayi stoking baju lengan panjang yang tebalnya menepati cuaca. Kesian lah cuba kita tidur kena bedung. Lagi2 cuaca Malaysia aduh kejung la kamu semua.

Banyak lagi yang harus diterangkan. Cukuplah sampai disini contohnya. Untuk fakta kesihatan boleh lah kita follow dan refresh ilmu 2020 di Page Kementerian Kesihatan. Manakala untuk fakta agama sila lah merujuk ke blog mufti, www.muftiwp.gov.my

Jadi marilah kita mengamalkan budaya dan mencari ilmu sejajar dengan era kini. Sampai bila nak bawa adat yang sudah lapuk dan tidak relevan. Cukup menyebarkan fakta bukan momokan.

Terima kasih sudi membaca. : )

– 25 tahun pada 2020 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *