Adik Beradik Dari Neraka

Aku tak tahu salah aku kat mana. Aku disisihkan oleh adik beradik aku sendiri. Adakah kerana cemburukan aku?

Aku ada kerja tetap dan berpendidikan hingga peringkat sarjana. Adik beradik aku tahap sijil dan diploma je. Tapi alhamdulilah la semua kerja tetap dan hidup masing-masing.

Cuma masalahnya sekarang aku rasa macam aku disisihkan oleh mereka.

Kami ada family group. Aku perasan kalau adik beradik lain birthday ke, naik pangkat ke, berjaya capai sesuatu ke, semua akan wish yang baik2. Bila turn aku pula, takda langsung.

Mungkin salah aku juga sebab jarang reply dalam whatsapp group keluarga. Mak aku yang rajin post or inform yang lain kalau aku capai sesuatu atau pun birthday. Tapi tu lah, takda seorang pun yang wish aku.

Ada la abang sulung aku tapi ringkasnyalah hai. Macam tak ikhlas. Sekadar memenuhi syarat je. Tak macam kalau yang lain birthday. Semua ucapan baik2 diungkap.

Lagi satu, adik beradik aku suka cari gaduh dengan aku. Mereka suka provoke aku sampailah aku membalas dan kami akan gaduh besar.

Hampir setiap kali kalau kami berkumpul macam hari raya ke, sambutan apa2 ke, memang ada je hal yang melibatkan aku. Aku pula mana boleh nak diam je.

Aku terfikir, ada ke adik beradik orang lain macam adik beradik aku ni? Aku rasa makin malas nak jumpa adik beradik aku. Cuma aku kesian kat mak je yang nak tengok anak2 dia berkumpul.

Tapi tu lah, berkumpul pun bergaduh. Tak sah tak bergaduh. Gaduh ringan2 takpe, ni tak, sampai nak sampai tangan pun ada.

Baik aku tinggal sendiri je daripada nak hadap muka satu2. Nasib baik aku ada rumah sendiri dah sekarang. Tapi aku tak boleh ajak mak sebab nanti mesti jadi isu dengan yang lain.

Tu jelah.. Tak pandai nak mengarang panjang2. Nak cerita satu2 kehidupan aku dari kecil hingga besar dengan adik beradik aku ni memang takkan cukup satu kotak luahan ni.

– Cik Siput Parit (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Allahu… Salam cik. Boleh amalkan doa pelembut hati. Doa pada Allah agar Allah lembutkan hati cik dan adik-beradik untuk bersatu. Syaitan memang suka ahli keluarga berpecah belah.

  2. Sy ada baca kisah ni di iium confession fb.Teruk sgt komen2 sana sebab bermula dgn 1 komen buruk yg pertama maka berjela2 pnjg org sambung.

    Sabarlah sis.Org bkn di tmpt kita takkan fhm situasi yg kita alami.Mrk akan mengejek2 salahkan kita pula konon rasa diri entitled dsb..

    Hati sis kena kuat hadapi benda ni.Dr pemerhatian sy mmg anak perempuan ni selalu akan disisihkan di kalangan adk beradik majoriti lelaki.Lepas tu kalau kau anak sulung prempuan dan bawah kau kebanyakan adik lelaki..siap la..kau akan dibuli,dilayan mcm takde perasaan dan tidak dihormati.Kau takkan rasa mcm kau seorang kakak..sampai ke matilah hdp akan di belakangkan..segala keputusan akan adik beradik yg lelaki tentukan dlm keluarga.Ibu pun lebih sayang dan lebihkan anak lelaki.

    Skrg sis kena berlapang dada terima mmg dah itu sikap dorang.Jgn harap utk diberi perhatian atau dibelai manja mmg takkan terjadi.Tmbhn sis dah ada rumah sendiri..belajar hidup berdikari dan jgn harap kasih syg perhatian makhluk.Jgn expect apa2 tau.Benda ni 1 hari nanti bila dorg dah berkeluarga ada anak2..akan berbalik kat dorang.Hukum alam pasti terjadi.Apa yg kita tanam itu akan dituai kelak.

    Belajar utk asingkan diri drp dorang dekatkan diri belajar ilmu ugama seperti mengenal Allah,tauhid dan betulkan amalan solat dll…jgn biarkan bisikan setan kuasai diri..abaikan mereka just layan biasa2 je dan jgn amik hati perlakuan mereka..walaupun famili..hati lain2 ye..semoga sis kuat dan positif ..doa yg baik2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *