Adik dan Balasan Tuhan

Assalamualaikum pembaca iiumc semua. Sejak akhir akhir ini banyak betul tulisan tentang cerita zina. Ini akak nak ceritakan kisah tentang seorang adik. Mohon jadikan pengajaran bukan hinaan.

Kisahnya adik ini anak yang bongsu. Mak bapak sibuk cari duit walaupun masa tu kehidupan mereka dah senang tapi mak bapak rasa tak cukup kena kerja keras.

Jadi bela anak bongsu mereka sub kepada pengasuh. Kesemuanya. Mak bapak cuma hulur duit cukup masa. Adik dihantar ke tadika kristian pun mak bapak ni tak tahu. Bila sudah sekolah rendah beralih tanggungjawab kepada mak bapak semula.

Itu pun mak bapak rasa tak tahan mohon anaknya yang sulong ambil bela. Gap umur anak pertama dengan adiknya ada dalam 20 tahun.

Tapi anak sulong kepada mak bapak ini tolak mentah tempat tinggalnya di bandar sangatlah tidak sesuai nak membesarkan adik. Jadinya nak tak nak hadaplah mak bapak dengan kenakalan anak bongsunya.

Seorang mak mestilah sayangkan anaknya kan. Tambahan pula anak bongsu. Apa sahaja yang adik minta semua di beri. Kalau tak adik akan mengamuk.

Bapak tak masuk campur sebab fikirnya urusan mendidik anak itu kerja seorang mak. Adik masuk sekolah menengah duduk kelas akhir kawan pun dengan geng yang bebas.

Bebas keluar masuk rumah pukul berapa pun. Aku dulu kalau pukul 7 tak ada di rumah. Satu kampung akan dengar pekikan suara arwah ayah. Sampai rumah siap kena sebat.

Arwah ayah pesan malam adalah waktu syaitan berjimba jimba di luar. Adik ni pula maknya akan cover baik punya setiap kali tidak ada di rumah waktu malam.

Bapak percayakan mak. Sepatutnya usianya itu sibuk dengan mentelah pelajaran. Cerita tentang crush ke boyband idola ka. Tak dia skip habis ke next level. Asm4radana.

Aktiviti bersengama. Benda busuk lama lama mana boleh simpan. Bila dah nasi jadi bubur nak kata apa. Bapak mengamuk macam orang gila, adik beradik yang atas pun sama.

Adik beradik di atas semua dewasa dan tinggal di luar kawasan. Yang serumah dengan adik hanyalah emak dan bapak. Tak mau jadi kes polis si lelaki mohon nak menikah dengan adik. Kawin lah mereka.

Ditanggung mak bapak makan tempat tinggal semua. Adik dan lakinya tak payah pikir banyak. Dah kawin kau ingat boleh bahagia percuma serupa fasa bercinta ka.

Kenapa Allah melarang zina. Kau dah mencuri rahsia manisnya perkahwinan. Welcome to neraka. Laki adik hisap dadah. Semua barang adik tergadai.

Tak cukup tu jadi mangsa punching bag pula. Tak cukup adik anaknya pun jadi mangsa. Mak bapak tak tahan tengok anak dan cucu kesayangan jadi mangsa. Di bawa berubat merata katanya anak perempuannya di guna guna. Itu yang b*d*h.

Dah semayang pun tak pernah. Tak perlu di guna guna. Senang ja syaitan nak masuk dalam badan keluar masuk.

Tapi kasih sayang mungkin kekuatan doa seorang mak. Adik berjaya dipisahkan daripada lakinya. Minta cerai. Laki masuk lokap. Kita ingatkan adik dapat pelajaran yang bergunakan. Melesit lah sama sekali.

Hidupnya mudah. Anak tak perlu difikirkan sangat mak bapak rasa bersalah tidak tumpukan perhatian kepada adik waktu kecilnya.

Cucu kesayangan jadi peluang kedua. Adik hanya perlu fikirkan dirinya sendiri sahaja. Mohon mencari kerja untuk mencari duit. Mak bapak percaya.

Tapi itulah sudah biasa merasa kan. Tiada laki boyfriend pun boleh. Macam tak biasa. Aktiviti lama check in check out hotel kembali semula. Mak perasan perubahan adik tapi seperti biasa dia tukang cover.

Benda lama berulang kembali. Perut kempis lama lama bulat jugalah kalau dah kerja bersama tanpa pencegahan kan. Mak tahu diberikan sekian wang untuk gugurkankan kandungan. Senang hidup.

Pengalaman mendewasakan kan. Sekarang adik dah pandai makan ubat pencegahan. Mak seperti biasa tahu tapi tolong tutupkan cerita. Adik tukar boyfriend serupa tukar baju. Check in check out juga benda biasa. Ya aktivitinya masih berjalan seperti biasa.

Adik beradik di atas semua sudah berumah tangga. Tahu pun nak boleh buat apa apa. Anak kesayangan mak. Marah dan jentik adik seolah declare perang dengan mak. Lalu bagaimana?

Bapak samada tahu atau pura pura tak tahu pun tahla. Serumah takkan tak perasan. Barangkali malas bergaduh dengan mak.

Setiap kali bercuti dengan boyfriend dia akan update dia media sosial. Bangga tunjuk kepada semua. Bangga dengan dosa.

Setiap perbuatan kita pasti akan mendapat balasan Nya. Dalam kes ni rasanya adik masih dalam lindungan Tuhan sebab berkat doa maknya. Kata mak nak buat lagumana sayang adik.

Kalau ada saran berguna bolehlah pembaca semua kongsikan. Buntu adik beradik yang atas nak fikirkan.

Anaknya adik makin membesar. Dia perasan aktiviti keluar malam balik pagi ibunya. Dia perasan sekian waktu maknya akan pergi bercuti bersama boyfriendnya.

Dia sampai sebut ibu bukan sayang saya pun. Seumur hidupnya itu yang jadi ibu ayah itu datuk dan neneknya. Setiap hari menagih kasih sayang seorang ibu.

Ibu pula setiap waktu tagihkan perhatian boyfriend seperti anak kecil. Silap bergaduh habis serumah jadi mangsa lampias marahnya.

Mak mana yang tak sayangkan anak kan. Tapi sampai merosakkan dengan kasih sayang tersebut. Agama tak diberi lalu apa lagi yang akan menghalangnya daripada takut kepada Tuhan.

Mak bapak masa anak kecil ya anak takut. Selepas usianya remaja. Mak bapak manusia yang akan tua dan lemah. Masa kuat bolehlah hawin bagi dah tua tak upaya nak hawin pun.

Benarlah pepatah melentur buluh dari rebungnya. Sekarang sudah liat sudah dewasa. Hanya doa yang mampu kami titipkan. Semoga adik mendapat hidayah Allah.

– Kak Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *