Assalamualaikum readers. Apa2 pun terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Tergerak hati nak confess lepas baca confession pasal “jangan terlalu meminta” (https://iiumc.com/jangan-terlalu-meminta/). Straight to the point, ni cerita tentang adik beradik ibu. Tentang ibu yang dikatakan mengemis dan kakak dia sentiasa berkira.
Aku nak bagi 1 point of view yang lain dari confession sebelum ni. Aku tak kata aku betul dan aku tak kata dia salah. Lepas baca confession dia, aku dapat rasa yang dia struggle untuk bagi yang terbaik untuk family dia tapi adik beradik ipar pulak ambil kesempatan. Betul kan? Lain ceritanya dengan ibu aku dan kakak dia. Aku tak pasti apa pandangan orang tentang ibu aku lepas bce confession ni. Aku cuma nak cerita yang bila sampai bab duit ni, adik beradik memang boleh jadi musuh.
Ceritanya, ibu ada 9 org adik beradik. Tapi cuma dia dan kakak dia sahaja yang berjantina perempuan. Nasib ibu tak sebaik nasib makcik aku. Arwah abah meninggal lepas 8 tahun perkahwinan. Ibu jadi ibu tunggal untuk satu tempoh dan kemudiannya ibu kawin dengan seorang peniaga kecil-kecilan. Ibu ada kerja yang tetap sebagai seorang pensyarah dan ibu besarkan kami 5 beradik seorang diri tanpa bantuan sesiapa.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab ibu banyak berkecil hati dgn family dia sendiri dan family arwah abah yang sangat2 berkira nak membantu kami sekeluarga. Bila ibu kawin, aku dapat rasa bebanan ibu bertambah sebab anak2 bertambah dan ayah tiri tak banyak membantu (aku sendiri tak faham kenapa ibu kawin masa ni, tapi yela. Mungkin ibu sunyi)
Aku ada 5 orang adik beradik, dan cuma seorang sahaja anak ibu yang dilahirkan sebagai lelaki. Jadi ibu putuskan untuk hantar adik lelaki aku ke sekolah agama swasta. Supaya adik lelaki aku boleh jadi imam dalam keluarga kami (masa ni ibu dah dapat rasa yang ayah tiri kami hanya mahu menumpang senang). Bagi sesiapa yang pernah ke sekolah agama swasta pasti tahu yuran bulanannya bagaimana.
Dipendekkan cerita, ketika kami dtg beraya ke rumah makcik, pakcik kami ada bertanya di mana adik lelaki kami bersekolah (pakcik baik, alim warak orangnya, pemurah dan sentiasa cuba menghulur bantuan). Ibu bercerita dengan ceria tentang sekolah adik sambil berseloroh “nak sponsor ke yuran abang? Boleh dapat pahala tolong anak yatim belajar agama.” tanpa disangka pakcik beriya mahu membantu. Mahu mengumpul pahala katanya.
Pakcik orangnye berduit sebab berkerja kerajaan denagn gaji tetap. Memang aku tahu pakcik selalu menghulur derma ke masjid2 dan anak2 yatim. Pada ketika pakcik aku hendak menghulur bantuan, ibu ketawa sambil berkata tidak perlu kerana dia hanya berseloroh. Dan kami menyangka segalanya baik sahaja.
Tanpa disangka pada malam tersebut, ibu terima mesej dari kakaknye dengan penuh kata2 hinaan dan makian.
“laki kau jadi peniaga, duit banyak2, kenapa nak mintak duit kat laki aku? Duit laki kau banyak2, nak simpan buat menara klcc ke2 kat negeri kau ke?” ibu menangis. Mungkin tak sangka kakak dia sendiri akan beri mesej macam tu. Aku tak tau kenapa ibu nangis sebab ibu tak bercerita. Aku senyap2 baca mesej2 dari kakak dia dalam hp ibu. Masa tu ibu pakai hp nokia 3310 tu jek yang ada game ular panjang. Hahahaha.
Aku terkedu masa tu. Dan kemudiannya barulah aku faham knp ibu tak rapat dengan makcik macam aku rapat dengan adik beradik perempuan aku. Aku faham kenapa ibu ajar kami adik beradik supaya tak berkira dengan adik bradik. Ibu selalu marah kalau kami mengungkit kebaikan yang kami buat sesama sendiri.
Kata ibu, apa pun jadi, adik beradik tetap adik beradik. Jangan berpisah, jangan berkira, jangan biarkan adik2 susah. Senang dan susah sama2. Aku dah faham semua tu bila aku baca sendiri mesej2 makcik aku. Patutla selama ni, ibu tak pernah nak meminta dengan sesiapa. Ibu besarkan kami sorang2, keluar dari tempat kelahiran dia dan merantau ke negeri orang.
Kami pernah takde duit nak makan, aku igt lagi ibu mintak izin nak guna duit dalam tabung aku. Aku yang seronok masa tu dapat tolong ibu. Kira duit syiling sama2. Dapatla rm120 masa tu. Boleh la beli beras dan lauk. Masa tu ibu baru je habiskan pengajian master dan menanti panggilan masuk untuk mengajar.
Banyak lagi sebenarnya yang makcik tu buat pada kami adik beradik, membangga tentang anaknya yang menjadi doktor. Membangga yang keputusan anaknya lebih baik dari aku. Mempersoalkan kegagalan adik aku untuk enroll ke ipg sedangkan katanya anak kawannya result bagus, ramai yang dapat. Hinaan kepada kami adik beradik kerana menerima ayah tiri. Susah aku nak lupa semua tu.
Aku taktau apa pandangan orang pada ibu. Tapi yang pasti, ibu bukanlah orang yang meminta.. Tapi bagi makcik, ibu umpama pengemis dlm keluarga sendiri. Sedangkan kami susah, tiada siapa yang datang melawat kami. Usahkan dia sebagai kakak, malah abang sulung ibu yang kerja sebagai doktor, sebagai akauntan, sebagai engineer, takde langsung yang membantu.
Melihatkan keadaan adik beradik ibu, aku sentiasa tanam dalam diri aku untuk tak berkira dengan adik beradik aku. Tapi aku tak salahkan confessor sebelum ni, sebab aku faham, kes dia lain dari aku. Maaf kiranya penulisan aku caca merba. Ohh lupa. Ibu dah kawin lain sekarang. Dengan orang yang lebih baik alhamdulillah. Anak2 tiri yang juga lebih baik alhamdulillah.
Aku nampak ibu lebih bahagia sekarang dan hidup denagn cara dia sendiri. Ibu masih seorang pensyarah yang disayangi. Pergi ke serata malaysia pasti ada yang mengenal ibu, pensyarah mereka yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Aku bangga dengan ibu aku. Dan doakan adik beradik aku tak jadi seperti adik beradik ibu. Terima kasih semua.
– Kaklong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit