Aduhai Lecturer!

Hari ini, tarikh ini saya akan ingat sampai bila-bila. Sebelum saya nak cerita kat sini, saya nak minta maaf kalau pembaca-pembaca di luar sana ada terasa atau kecil hati apa yang saya nak sampaikan. Terpulang kalau korang tak nak terima pendapat saya.

Kali ini aku tak boleh nak tahan dah. Selalunya kalau aku ada masalah aku pendam dulu. Tapi kali ini tidak. Perkara ini baru ja berlaku siang tadi. Okay, aku seorang student diploma. Lagi satu sem saya akan habis belajar and terus praktikal.

Disebabkan pandemik covid-19 ni, dah setahun lebih saya tak masuk kolej termasuk classmates saya sendiri. Jadi, kami belajar atas talian dari sem dua sehingga sekarang. Sejak kerajaan mengumumkan pkp, kami langsung tak bersua muka. Cuma jumpa di google meet dan video call saja.

Pendek cerita, kami semua tak kenal pensyarah-pensyarah di kolej sangat. Kami cuma cam suara. Kolej saya ni kebanyakan lecturer baik-baik dan memahami terhadap pelajarnya.

Start saya mula belajar di kolej tersebut, alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar. Dapat pensyarah yang baik,lemah-lembut, memahami dan sentiasa bantu kami. Dapat kawan-kawan yang juga sentiasa di sisi semuanya nampak sempurna di mata saya.

Saya sangat gembira dan bersyukur dapat rezeki sebegitu. Alhamdulillah juga, segala ilmu yang dikongsi, saya boleh perform lantas membantu rakan-rakan saya untuk perform sekali. Dari sem pertama sehinggalah sem sebelum saya masuk sem ini.

Betul lah kata orang, langit tak sentiasa cerah. Saya mula masuk sem ini pada akhir bulan februari tahun ini. Saya terima enam subjek untuk sem ini. Semua subjek boleh dikatakan semua subjek killer.

Seorang pensyarah kami iaitu pensyarah yang telah ajar kelas saya masa awal-awal sem ada pesan pada kami semua yang dua daripada enam subjek tersebut tiada pensyarah lagi so kami semua kena tunggu dan belajar sendiri sementara pensyarah baru masuk.

Dengan berbekalkan nota yang diberi, kami belajar sendiri sambil-sambil itu berbincang dengan kawan-kawan. Sehinggalah minggu ke empat tak silap saya, seorang pensyarah wanita melapor diri ke kolej saya dan dia jugalah ajar kami kedua-dua subjek itu.

Sejak dia masuk dalam group chat whatsapp, saya dah boleh kenal bagaimana personaliti dia.

Untuk pengetahuan anda semua, saya mempunyai kelebihan di mana kalau orang describe tentang seseorang saya boleh menggambarkan sendiri bagaimana. Instict saya tak pernah tak salah.

Saya tak boleh dedahkan nama jadi saya panggil A di sini. Pada mulanya A perkenalkan dirinya dalam google Meet di mana kami menjalani proses pengajaran dan pembelajaran.

A pesan awal-awal dalam kelas, sekiranya kami ponteng kelas atau ada sebab kenapa tak masuk kelas sila buat surat kiriman rasmi dan hantar email kepadanya.

Jika tidak, dia tak akan membantu dalam kehadiran. Nak screenshot dalam conversation untuk bagitahu alasan dan sebagai bukti kenapa tak datang kelas pun tak boleh.

Yang kedua, mana-mana students yang tak masuk kelas tidak perlu buat tugasan selepas itu. Kalau buat pun, belum tentu dapat markah.

Sejujurnya saya memang tak faham apa yang dia ajar. Kedua-dua subjek itu saya tak boleh catch up sekaligus semasa proses pembelajaran.

A tak beri explanation based on nota tapi dia lebih banyak kepada bercerita tentang dunia pekerjaan di luar sana. At the end, ‘semua faham tak?’.

I bet semua orang tak nak mengaku sebab kalau kami minta explanation, dia tak terangkan apa istilah-istilah dalam nota. Takkan saya nak jawab final berdasarkan tentang apa yang A ceritakan tentang dunia luar?

Saya dimaklumlah oleh semua pensyarah sebelum ini, kalau nak jawab final mesti berdasarkan nota dan fahamkan. Tak boleh tiru di internet. Jadi, apa yang saya buat, saya terpaksa study sendiri.

Bukan tu je, tutorial pun bukan based on pada nota. Semua classmates saya keliru dan tak tahu nak jawab apa. Nak tak nak kena buat juga sebab nak jaga carry marks punya pasal.

Pelik. Sebelum-sebelum ni, tutorial yang saya dapat daripada pensyarah lain mesti based on nota. Tak pernah lari dari nota.

Jadi, bagaimana kami nak tahu jawapan kami logik atau tidak. Kalau soalan macam mengaplikasikan sesuatu mungkin ya kami semua boleh jawab, tapi ini tak.

Pasal hari ini pula, one of my classmate screenshot semua conversation dia dengan A ke dalam group kami tanpa lecturer. A tanya hari ini buat apa untuk subjek ni? kawan saya jawablah hari ini ada presentation yang A bagi hari ahad lepas tentang chapter sekian sekian.

Lepastu, A cakap kena buat video presentation pula. Dah lah bagitahu last minit and nak kena buat video tu dalam masa sejam! Sejam wey! Mana sempat.

Ahad lepas dah berbincang dan bersepakat cuma present dalam google meet sahaja dan tak perlu buat record video. Apa lagi, semua kawan saya memberontak siap kami semua ni voice call merungut itu ini.

Semua tak puas hati. lepastu Kami cadang nak minta tiga hari untuk preparation sebab selalunya kalau nak record video, pensyarah akan bagi masa. Paling busuk tiga hari.

Lepas tu, boleh pula A kata tak perlu tiga hari sebab nak tunggu sorang-sorang present makan masa nanti cakap banyak.

Duh, that is your work! Lecturer lain tak merungut pun nak dengar students bercerita dalam video. Kami bukannya ramai mana, kurang dari 15 orang.

Lecturer yang mengajar 20 orang ke atas tu tak ada pula nak merungut makan masa bagai. (oh ya! lupa, A pernah bagitahu kami yang jangan membandingkan A dengan orang lain. tapi peduli apa aku HAHAHAHA)

Tiba-tiba pula, dia buat keputusan untuk buat case study pula dalam masa dia nanti. Kelas A cuma sejam hari ni so kena buat case study dalam masa sejam sahaja.

Saya keliru. Mana satu nak buat ni? Case study atau record video during her class hour? A pun satu dia tak bagi keterangan dengan jelas yang dia nak buat case study pada jam 2 dan bukannya record video. Dah tu, apa motif A bagitahu semua tu?

Sekarang baru saya rasa dapat seorang pensyarah perangai macam ni. Selalu saya tengok kat Twitter orang selalu luahkan tentang lecturer mereka itu ini, saya pun kena juga dalam sem ni. Betul lah kata orang, kalau nak belajar ilmu, kena tengok pendidik bagaimana.

Dalam subjek ni, bukan kelas saya je malah ada beberapa budak repeat. Cuba bayangkan kalau kawan saya tak screenshot conversation A tu dekat kami semua? Maknanya, dia seorang je lah yang buat.

Untuk pengetahuan, bukan kami je tak tahu nanti malah budak repeat pun tak tahu. At the end my classmate cakap ada elokya kena bincang dalam group sebab ada student yang tak tahu tentang conversation ni.

Nak tahu dia balas apa, ‘ biarlah dia student repeat ke apa, kenapa dengan dia? kalau dia repeat subjek saya tak boleh buat video ke?’ dan ‘ tak perlu bagitahu’

Boleh bayangkan tak bagaimana perasaan kami masa baca chat-chat A tu? Even budak repeat sekali pun, bagitahu je lah. bukannya susah mana pun. Tak rasa ada kesian ke? Dahlah repeat, takkan nak repeat lagi. Pensyarah sepatutnya membantu bukan tak nak pedulikan student dia.

Bukannya kami kata tak boleh buat video tanpa budak repeat? HAVE A COMMMON SENSE LAH! kami pun ada hati dan perasaan terhadap orang lain walaupun kami tak kenal siapa budak-budak repeat tu.

Last-last, A upload case study so kitaorang buat secara berkumpulan dan masa hanya diberi sejam setengah dengan soalan tahap pengajian master.

Sekejap tadi, dia bagitahu dalam group tentang case study tak boleh ambil soalan sama memandangkan ada empat soalan. Lahhh, mana lah kami semua nak tahu? habis buat baru nak bagitahu.

Lain kali cakaplah, ‘boleh listkan nama dan kumpulan dalam group ni untuk pilih soalan supaya group lain tak ambil soalan yang sama’. Aduh, kenapa tak cakap awal-awal?

Saya rasa ini kali pertama saya dapat lecturer yang tak memahami students dan suka memutarkan belit perkara yang dah simple untuk faham. Baru tiga minggu dengan A.

Sem ni berakhir pada bulan enam atau tujuh. Tak pasti sama ada saya boleh tahan atau tidak. Tolong doakan kami dipermudahkan.

Lecturer A dia ajar dua subjek dalam sem saya seperti yang dikatakan tadi. Dalam seminggu, kami kena hadap A hari-hari kecuali hari Khamis. Memang bercinta lah dengan dia untuk sem ni.

Kawan-kawan saya pula nak buat laporan pada hal ehwal tentang lecturer ni supaya diminta tukar ke lecturer lain.

Apa-apa pun, saya harap saya boleh habiskan sem ini dengan hati yang kental, fizikal dan mental saya terjaga. Terima kasihlah sebab sudi baca luahan hati saya ni. Anda boleh komen tentang pendapat-pendapat, komen atau cadangan. InshaAllah saya akan baca.

– unknown11 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *