Agama dan Pekerjaan

Assalamualaikum admin.. Nama aku nurul. Umur aku 23 tahun. Aku graduan lepasan Diploma Perakaunan. Aku anak bongsu dlm 4 beradik.. Masa aku belajar, mmg aku tak sabar nak habiskan belajar sbb nak keje nak cari duit utk mak ayah aku.. Aku bukan datang dri keluarga yg terlalu senang, bukan yg terlalu susah..

Aku hidup dlm keluarga yg sederhana.. Pembelajaran diploma aku ditanggung sepenuhnya oleh keluarga aku.. Aku bebas dari pinjaman PTPTN.. Ayah aku bekerja. Dan mak suri rumah.. Kalau nak cerita bab pengorbanan mak ayah aku mmg bnyak.. Tak habis nak cerita.. Tapi alhamdulillah kejayaan aku yg pertama utk mak ayah aku, aku buktikan dekat mereka yg aku berjaya raih anugerah pelajar terbaik akademik pada hari konvokesyen diploma aku.. Aku berjaya raih RM 1000 dan trofi anugerah pelajar terbaik.. Alhamdulillah..

Menitik airmata aku sbb aku boleh buat mak ayah tersenyum dgn pencapaian aku..Selang beberapa bulan selepas konvo, alhamdulillah rezeki berpihak pada aku lgi, aku diterima kerja sebagai pembantu admin/akaun di syarikat swasta berhampiran rumah aku.. Alhamdulillah aku anggap ni kejayaan kedua utk aku utk buat mak ayah bangga dgn aku sbb diusia aku yg muda, fresh graduate” dalam erti kata yg lain “budak mentah” yg first time nak masuk dunia pekerjaan, tapi aku mampu meraih pendapatan bulanan 2k utk jawatan ni..

Dan sekali lagi alhamdulillah masuk bulan ni dah genap 8 bulan aku berkerja di syarikat ni.. Alhamdulillah juga sbb aku dah boleh bgi duit belanja dkat mak ayah hasil titih peluh aku berkerja walaupun tak bnyak dan mereka tak mintak. Itu tanggungjawab aku utk balas jasa org tua aku.

Sepanjang 8 bulan ni mmg jujur aku happy dengan kerja aku.. Tkde sebarang masalah. Utk pengetahun korg, dekat syarikat aku ni ade dua org boss.. Aku gelarkan mereka chan dan chin. Mereka dua org ni non muslim. Tpi pemegang share yg bnyak kt syarikat ialah chan.. Chan mmg baik, tak kedekut, good looking, selalu belanja makan, selalu ajak pergi dinner satu ofis, dan yg paling best die renovate ofis tu dan die sediakan ruangan khas utk solat walaupun ofis kitaorg kecik jee tak besar mana pun (sebelum ni solat kt bilik meeting) Boss pun tkde bilik khas.. Dduk sekali ngn staff.. Utk pengetahun korg semua staff kt ofis tu semua muslim. Chan dan chin je non muslim.

Nak dijadikan cerita, chin ni pulak perangai die semua negatif and terbalik dari perangai si chan.. Harini hati aku btul2 tersentak dgn kata2 si chin. Aku toleh jam kt dinding tepat pukul 5 dan semua kerja aku utk harini dah settle. Jadi aku kemas2 barang aku atas meja, dan siap2 amik wudu’ utk solat asar. Utk pengetahuan korg aku balik keje pukul 5.30. Jadi, lepas selesai aku solat asar, aku tngok masa masih bnyak masa sementara nak tunggu utk balik..

Usai solat aku pun bukak al-quran. Aku mulakan dgn baca asma ul-husna dan aku teruskan mengaji. Tak lama pun aku amik masa utk mengaji, dlm 10 mnit shaja.. Aku ingat takde sebarang masalah.. Rupanya aku keluar je dri bilik solat tu, ofis mate aku tu suruh aku tngok fon and baca whatsapp. Aku pun terus capai fon baca whatsapp dri ofis mate aku.. Die kata si chin ni lalu di bilik solat dan terdengar aku mengaji dan die bgtau ofis mate aku ni yg aku tak sesuai utk mengaji dekat ofis. Aku sepatutnya mengaji tmpat yg privacy. Aku taktau maksud privacy bagi die. Mungkin di rumah.. Sedangkan dekat ofis tu majoriti staff is muslim.

Aku bukan nak racist kt sini.. Tapi hati aku sebak sngt.. Besar sngt ke kesalahan yg aku buat? Sbb bukan hari2 aku mengaji dekat ofis. Bukannya aku mengaji guna mic.. Bila ade waktu free saja atau keje aku dah siap baru aku akn mengaji lepas solat.. Dan yg paling penting aku mengaji di bilik khas yg chan sediakan bukannya mengaji dikhalayak ramai. Mngkin kali ni bru die ternampak dan terdengar org mengaji sbb sebelum2 ni die jarang ade dekat ofis. Patut lah masa aku keluar dri tmpat solat tu, aku tngok muka die masam je. Rupanya aku mengaji. Silap aku ke admin sbb mengaji dkat situ?

Dan ofis mate aku sarankan aku jangan mengaji masa die ade kat ofis. Mungkin aku aku perlu hormat die sebagai boss dkt company tu. Tapi sebabkan perkara ni aku jadi tawar hati utk kerja seolah olah menganggap aku buat kesalahan yg besar kt syarikat dgn hanya aku mengaji. Aku bukannya mengaji depan muka die.. Aku percaya rezeki Allah itu luas. Terima kasih sudi baca luahan hati dari hamba yg kerdil ini. Aku cuma sebak dan geram.. Assalamualaikum.

– Nurul

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *