Ajaibnya Sedekah

Ajaibnya Sedekah

Hi. Nama aku julia. Aku adalah seorang ibu kepada 2 org anak dan bekerja biasa2 sahaja sebagai admin yg pendapatannya tak lebih daripada 30K setahun, Suami aku pula seorang pekerja di bahagian stor dan jumlah gaji yg hampir sama dengan aku. Aku bukan lah seorang student malah lepas SPM aku terus kerja, lepastu jumpa jodoh, then kahwin.

So, hari ini aku nak share cerita aku.

Dulu aku sangat2 kedekut. Waktu sebelum kahwin, aku kan kerja. Tapi aku sangat kedekut. Nak belanja parents KFC atau makanan yg have2 pun aku tak kasi, apatah lagi BF aku (dah jadi suami) skrg. Kalau boleh sedaya upaya nak sorok kalau waktu gaji. Tapi yg peliknya setiap tengah bulan mesti duit tak cukup, entah ke mana pergi nya tp memang sampai aku tahap meminjam dia punya tak cukup tu.

So bila aku dh kahwin, org kata hidup akan senang kan sbb suami ada even kita ada kerja sendiri, tpi tak bagi aku, tiap bulan hidup kiteorg mmg tak cukup. Pelik. Nak kata makan mewah, tak, nak kata shopping brg branded mmg tak lah sbb aku tak suka brg mahal2. Nak pergi kedai rm2 pun aku pikir dua tiga kali sbb tkot duit habis. Apatah lagi nak bagi duit pada parents aku. Memang tak lah.

One day, suami aku ckp dengan aku. “yang kita ni dah ada anak dua, even gaji byk, awak tak pelik ke setiap tgh bulan mesti duit habis” “Saya ada dengar satu ceramah, kalau nak hidup senang, kita kena rajin sedekah, bg adik beradik happy, parents, kawan” “apa kata bulan ni kita bg mak awak, mak saya duit?”

Time aku rasa mcm ada satu beban yg berat atas kepala aku “What!!? nak bg mak ke? kita dah lah duit tak cukup, tp nak bg mak lg, dah tu nak bg anak2 makan apa? pampers lagi susu lagi.” Suami aku yakinkan aku “takpe yang.. percaya lah dengan kuasa ALLAH” So nak dijadikan cerita, tibalah waktu gaji aku dan suami. So bila gabungkan dua tu ada lah dlm 4K+

2 ribu dah selamat pulang ke bank untuk komitmen bulanan termasuk rumah, astro, api, coway, kereta, anak2. Then lagi 2K tu, laki aku dah pandang aku. Korg nak tahu, Dia asingkan RM1K untuk parents aku, dan mak mertua aku. Time ni aku dh jegil mata! “ABG!! MANA CUKUP KALAU AWK BG 500 KAT MAK, 500 KAT MAK AWK . SO TINGGAL 1K untuk sebulan ni, awk ingat cukup ke! “tapi suami aku diam je. Sambil dia hembus nafas yg dalammmmm, dia ckp “percayalah dengan saya”

Aku pun tak bole buat apa, sbb aku nak ubah diri aku, aku taknk jadi kedekut, so aku percaya dengan suami aku. Esok nya aku pergi ke rumah parents aku, (parents aku dh tak kerja) aku hulur rm500. Time tu juga mak aku ambil sambil menangis “betul ke ni julia? ya Allah terima kasih nak, moga murah rezeki kamu”

Ntah lah, tapi waktu tu feeling aku dari seorang yg KEDEKUT terus bertukar jadi sayu dan rasa bertanggungjwb. Rasanya mcm aku nak banggakan mak ayah aku. Rasa mcm berdosa sgt sbb selama ni aku tak pernah hulur satu sen pun. Aku pun menangis siap minta ampun sbb selama ni aku tak pernah hulur duit.

Kalau korg nk thu apa yang berlaku dalam hidup aku bulan ni, mesti korg tak percaya. Kan ada lebihan gaji rm1k, Believe it or not, sampai tgh bulan, balance kitaorg masih ada dlm 400 lebih! Aku mmg tak percaya, selalu tgh bulan dlm bank mesti tinggal 30 ringgit.

Bab makan, aku satu family tiap minggu makan kfc, sbb anak aku fav nya kfc, tapi dlm 4 minggu tu, mesti ada org belanja, kadang2 abg ipar aku blnja, kdg2 pakcik aku belanja. Serius tak sangka. Then bila pergi shopping, tgk tag baju atau apa2 barang mmg mahal, tp bila dh byr, rupanya harga nya jauh lebih murah dlm 70% cashier tu kata ada sales, tp dorg tk umumkan, siapa cpt dia dpt. Alhamdulillah rezeki aku.

Lepastu setiap minggu aku akan pergi rumah mak mertua aku sbb dia nak tgk cucu nya, dtg je mesti mak mertua aku akan bagi lauk frozen yg boleh makan dlm tempoh 2-3hari. Jimat dh kat situ. Then ada satu haritu, kawan suami aku ada hulur rm689, katanya tu adalah hutang lama yg mana suami aku pun dah lupa! Ya Allah, kuasa Allah, dia lembutkan hati org tu untuk bayar.

Kali ni aku percaya dengan kuasa sedekah. Tiap kali pergi pasar malam, aku akan sedekah kan duit untuk peminta sedekah. Kadang2 kalau ada rezeki lebih aku belanja mak ayah aku makan, dorg nak makan apa, request je, sebab aku yakin dengan kuasa Allah.

Percayalah korang, rajinkan bersedekah, dan solat itu penting! Kerana solat itu adalah tiang agama. Bersedekah lah, dan saksikan keajaibanya…

– Julia

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit