Akaun ASNB Akan Jadi Sebahagian Daripada Harta Pusaka

Ada yang tanya “Kalau apa-apa jadi if tak ambil takaful dalam pembiayaan ASB macam mana?”

Tahu tak kalau kita punya sijil ada takaful sekali pun sijil tersebut akan jadi sebahagian daripada harta pusaka dan perlu dituntut di Amanah Raya dengan procedure-procedure tertentu?

Kalau takda takaful?

SAMA.

Process yang sama akan berlaku.

Jadi apa yang patut kami buat?

1. Pergi ke mana-mana cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) untuk Hibah Amanah (Muslim) atau Pengisytiharan Amanah (Non-Muslim).

2. Bayar RM90 sahaja untuk 1 kontrak Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah. RM90 sehingga 15Mei2019 sahaja, lambat harga kembali kepada asal iaitu RM180. Jadi kalau kita sebagai pelabur dalam mana-mana akaun ASNB kena cepat-cepat ke cawangan ASNB.

3. Kelebihan Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah ini, dalam setiap 1 kontrak, kita boleh letak 10 penama dan tujuan perkara ini diwujudkan adalah untuk memudahkan urusan tuntutan apabila meninggal dunia.

4. Kalau korang dah Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah akaun ASNB kita, jika berlaku kematian atas diri kita, penama boleh tuntut dalam masa 30hari untuk terima unit-unit Amanah yang ditinggalkan.

5. Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah membolehkan waris sebagai penerima mutlak dan tidak boleh ditentang sebab perkara ini tidak sama macam penama KWSP (Penama KWSP hanya sebagai wasi sahaja, masih perlu lalu amanah raya).

6. Kalau kita tak Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah akaun ASNB kita, unit-unit Amanah lebih sukar dituntut kerana perlu ikut undang-undang Malaysia.

7. Sehingga hari ini, lebih RM70 billion harta dibekukan atau tidak dituntut kerana process yang sukar, jadi kita perlu ambil peluang ini untuk mudahkan urusan waris.

Jadi sesiapa yang ada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), ASB2, Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), Amanah Saham Nasional (ASN), ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1 pergi lah Hibah Amanah/Pengisytiharan Amanah akaun tersebut.

Semoga Bermanfaat.

– Mimi Rozmiza Rozman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *