AKU

Aku anak perempuan dari sebuah keluarga yang boleh dikatakan bahagia. Tapi cuma ada masalah sedikit.

Aku anak perempuan ke dua dari 6 orang adik beradik dan semuanya lelaki.

Ayah saya seoarang yang tegas tapi tak boleh jika berenggang dengan anak bini.

Walaupun ayah tak la semesra ayah orang lain. Tapi setiap aspek hidup kami ayah titik berat. Ayah aku seorang yang agak overprotective sehingga turun ke abang aku.

Mak aku pula, open minded tapi bila perkara yang libatkan aku, agak sedikit terkongkong. Banyak benda yang tak boleh hanya disebabkan aku perempuan. Dari segi education sampai apa cita3 dah diatur.

Bohonglah kalau tak terasa. Zaman remaja aku banyak dihabiskan dengan belajar. Nak keluar dengan kawan-kawan memang tak dibenarkan.

Nak pergi party hari jadi kawan aku di taman sebelah pun tak dibenarkan.

Handphone pun aku dapat lepas dah habis spm walhal abang aku dapat handphone seawal 13 tahun begitu jugak adik2 yang lain. Adik2 aku pun dibenarkan untuk keluar bersama kawan2nya yang lain.

Masuk kolej, aku dapat kolej agak jauh dari rumah. Disebabkan aku memang tak dibenarkan kemana-mana waktu sekolah dulu, aku jadi sedikit fobia dengan kereta dan jalan raya.

Nak ingat jalan lagi la hauk. Ayah sampai tak nak belikan motor dan lebih rela aku menumpang orang untuk ke kolej.

Aku tak nafikan aku memang tak tahu langsung bawa motor mahupun kereta waktu itu. Asal aku suruh ajar, mesti ditentang

“Ayah ada nanti ayah hantar”

“Abang ada nanti abang hantar”

Awal masuk kolej memang agak struggle untuk aku. Aku hampir menangis sebab sesat ke lebuh raya tapi aku redah je guna waze untuk balik rumah.

Sampai rumah memang aku bangga sebab first time naik motor dan boleh pulang dengan selamat. Aku cerita dekat mak dan keesokkannya abang aku follow belakang. Haha

Fast forward, dah semester ke tiga aku di kolej. Kali pertama aku makan di kedai mamak tu pun lepas habis exam dan kawan-kawan ajak. Aku inform mak aku.

Boleh dikatakan setiap perkara aku akan inform mak,ayah & abang. Jika tidak, balik rumah mesti kena bebel. Padahal aku tak pernah buat benda tak elok. Nak berkawan dengan lelaki pun ayah & abang tak kasi.

Aku memang tak ramai kawan sebab mungkin diorang meluat bila tiap kali ajak keluar, aku tak boleh join sebab parents tak kasi. Sedih jugak aku. Tapi semua aku simpan sendiri.

Masa kolej aku dah berani sikit ronda jauh sorang2. Semua aku belajar sendiri atau ada kawan yang akan guide. Tapi bila dapat tahu balik rumah kena perli :)

Tak tahu nak rasa apa. Parents aku terlebih sayang aku ke? Abang aku dengan adik2 lain okay je keluar mana2 bila part aku semua tak boleh.

Habis kolej aku kerja di sebuah pasaraya sementara tunggu result upu. Kawan2 tempat kerja kau berlatar belakangkan pelbagai. Masa ni aku dah gain keberanian sedikit demi sedikit.

Walaupun ayah aku tentang habis habisan untuk aku kerja. Katanya duduk rumah saja. Tapi aku tak nak. Aku lebih suka teroka benda baru.

Ada satu ketika, aku dan kawan2 kerja (lelaki & perempuan) decide nak pergi sebuah expo tepi rumah aku. Aku dah maklumkan kepada mak dan mak benarkan.

Tapi alangkah malunya waktu tengah berjalan dengan kawan2 kerja, tiba2 mak dan abang muncul hanya sebab nak menghendap aku.

Kawan2 aku auto jadi kaku sebab ada mak dan abang aku. Terus aku balik tinggalkan kawan2 bersama mak dan abang. Balik rumah kena perli :)

“Aik balik? Kenapa tak jalan2 lagi dengan kawan2?”

“Dia dah makan sedap2 kat expo tadi mana nak makan kat rumah”

Sumpah aku tersentap. Aku hanya diam. Aku cuba fikir apa salah yang aku dah buat. Mintak permission, sudah. Siap snap lagi gambar kawan2 aku.

Bila aku merajuk dikatakan makin besar main kuat sentap. Padahal abang aku boleh je pergi mana2.

Aku fikir positif lagi mungkin diorang risau aku.

Fast forward lagi, aku dapat tawaran uni di selatan tanah air. Which is 14 jam perjalanan dari rumah aku.

Bohonglah kalau cakap ayah & mak aku tak bising. Ayah sampaikan tak benarkan aku pergi tapi aku berkeras sebab ini melibatkan cita2 aku.

Parents aku mahu kan aku menjadi seorang doktor tapi bukan rezeki aku bila aku tak diterima masuk ke universiti idaman parents aku, bukan nya aku tak berusaha.

Aku berusaha sampai sakit2 aku masa exam. Tapi yang terlebih kecewa adalah parents aku. Diungkit benda yang sama sampai sekarang.

Padahal cita2 aku nak jadi polis sebabkan aku memang minat badan uniform. Tapi ditentang katanya masa kawin nanti keluarga akan terabai.

Sumpah sedih. Dari sini aku dah mula hilang minat untuk mencari pasangan dan aku pun berniat tak nak berkahwin. Sebab aku rasa aku akan makin terkongkong.

Masa di uni, aku pegang beberapa jawatan tinggi. Aku bercerita kepada mak aku bertapa seronoknya aku tapi balasannya buatkan aku kecewa.

“Boleh ke pegang jawatan tu”

“Nanti jangan gedik2 sangat”

“Akademik jangan lupa”

Sejak dari tu aku tak pernah cerita lansung apa2 saja berkaitan achievement aku di uni. Apa yang aku dapat aku diamkan saja dan hanya kawan2 sebilik yang banyak beri semangat.

Dulu mak aku selalu pesan, kalau nak belajar, dia tak kisah di mana sekali pun. Tapi bila aku dapat jauh, dikatakan “haa tu la asyik cakap nak dapat belajar jauh, kan dah mendapat”

Aku pun jarang balik sebab kos mahal dan aku agak tak suka dengan cara layanan family aku.

Asal aku balik dikatakan orang jauh dah balik. Kadang2 aku suka menggunakan slang dari negeri tempat belajar aku. Tapi diperli dikatakan lupa daratan.

Aku tak tahu sama ada itu perlian atau gurauan. Sekali dua aku masih terima tapi ini tiap2 kali benda yang sama diulang.

Aku juga ada libatkan diri dalam unit beruniform di universiti sebabkan aku memang minat. Tapi lansung tak disokong. Tapi bila adik aku masuk univerisiti, dan join unit beruniform, 100% sokongan diberi.

Aku terasa sangat. Aku tak nak fikir akan term pilih kasih sebab aku rasa macam parent aku beri kasih sayang yang sama ke semua adik beradik.

Bohonglah kalau cakap tak pernah deep talk dengan parents aku. Pernah tapi mereka seakan menolak untuk terima. Padahal cita2 abang & adikku yang lain semua diterima bulat2.

Bila part aku ada saja yang tak kena. Sampaikan aku potong rambut aku sehingga pendek kalah rambut abang aku. “baik jadi lelaki ja, semua benda boleh. Jadi perempuan menyusahkan” kata aku kepada parent aku.

Masuk usia 20 an aku masih tak tahu cara memandu kereta walaupun dah ada lesen. Pernah untuk aku suarakan mintak diajar sebab aku tak suka susahkan orang lain. Tapi banyak alasan diberi.

Kalau minta diajar pun, pasti akan dimarah2 bukan diajar dengan baik.

Pernah sekali aku berani kan diri untuk bawa kereta dan semua ahli keluarga aku ada sekali. Tapi jadi agak kekok dan anxiety aku menyerang. Jadinya kereta agak melelong tapi aku cuba be professional.

Aku fokus betul2. Tapi ayat dari abang aku buatkan semangat aku untuk bawa kereta hancur.

“Nak bunuh semua orang ke? Kau bawak banyak nyawa ni” aku dimarahi bukannya diajar bawa dengan betul. Terus aku hentikan kereta dan keluar.

Sekarang, aku tengah menjalani latihan praktikal dan hanya bawa motor walaupun jarak agak jauh.

Aku tak peduli dan tak akan minta tolong diajar lagi. Aku diam2 belajar berkaitan motor & kereta bersama kawan chinese aku di bengkel dia sewaktu habis waktu kerja.

Aku juga belajar benda2 asas kehidupan seperti financial and lain2 dari kawan2 dan pensyarah sebabkan banyak benda yang plan untuk masa depan pasti ditolak atau dikatakan riak.

Aku sumpah terkilan bila keluarga ku lebih mengharapkan adik aku berbanding aku. Aku pun tak faham kenapa.

Planning aku :

1) Habis belajar, bekerja dan bayar hutang ptptn.

2) If can do 2 job in one day untuk cover perbelanjaan sebab aku jenis suka bekerja.

3) Ambil takaful and hibbah.

4) Medical card.

5) Kereta & rumah.

6) Gain more money sebab aku tahu krisis kewangan sekarang macam mana.

Ini pun dikatakan riak. Aku pun pening..

Dan aku pun ada suarakan untuk bekerja di negeri lain untuk mencari pengalaman walaupun mak aku tak benarkan. Aku disogokkan dengan ayat2 ugutan halus.

“Nanti jadi apa2 dekat family, susah nak balik”

“Kenapa? Dah tak suka duduk dekat sini ke?”

“Haa cakap la banyak2 nak tempat kerja jauh2, dah dapat baru padan muka”

Aku tak peduli, kerana diantara semua adik beradik, aku yang lebih suka merantau berbanding yang lain. Abang dan adik2 lain lebih suka duduk berdekatan parents.

Aku nak minta pendapat, if aku teruskan niat aku.. Adakah aku akan dilabel sebagai anak yang tidak bersyukur?

– Dian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *