Aku Alien

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku merupakan pelajar tahun 3 di Universiti awam. Aku ingin meluahkan kisah dan kesukaran yang aku hadapi selama ini. Mungkin nampak biasa bagi orang yang tidak mengalaminya tapi ia amat mengganggu kehidupan seharian aku dan hubungan aku dengan orang sekekeling.

Dari dulu lagi aku merasakan diriku seperti berbeza dari orang lain. Kadang-kadang terfikir juga aku ini mungkin bukan manusia sebab tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku rasa seperti ingin hidup di dunia lain, dunia yang lebih indah. Dunia untuk orang seperti aku.

Antara isu yang aku hadapi :

1. Aku langsung tidak dapat memberi fokus dalam kelas since sekolah menengah lagi. Sampai sekarang dalam kuliah pun ibarat jasad sahaja yang hadir tapi fikiran entah kemana. Aku selalu terlepas perkara penting yang di sampaikan oleh pensyarah. Benda ini berterusan dan tak ada satu hari pun aku dapat memberi fokus.

2. Kalau buat benda yang aku suka, 3,4 jam tak makan pun takpa. Aku suka buat benda-benda yang melibatkan tangan dan pergerakan macam menjahit. Aku boleh spend berjam tanpa bosan bila buat perkara yang aku suka. Kalau dalam kelas kena duduk diam dan mendengar sahaja memang sangat mencabar bagi aku.

3. Aku juga mengalami kesukaran dalam membaca, ulang 3, 4 kali pun tak masuk dalam kepala. Sejak dari sekolah menengah lagi, memang macam tu. Tapi kalau baca novel permulaan baca tu ulang banyak kali, bila dah rasa seronok dan nak tahu cerita  baru boleh teruskan. Lepastu jadi nak baca sampai habis tak kisah dah tak makan/ mandi. Untuk nota pembelajaran memang baca pun tak masuk.

4. Dalam kelas sangat membosankan. Aku rasa tak boleh duduk diam. Dari form 1 lagi mesti kaki tak duduk diam, lepas tu macam-macam gaya dah duduk atas kerusi dan selalu tanggalkan kasut. Aku tak berapa suka pakai kasut dalam kelas/kuliah. Tapi terpaksa pakai sebab kotor. Zaman sekolah dulu jalan macam tu je biar stoking kotor. Asal selesa. Dalam exam lagilah.

Walaupun pakai kain aku tetap tak boleh duduk diam. Kadang bersila, kadang bersimpuh. Kalau kat rumah kan senang aku bebas berlari. Walaupun dah dewasa nak ke dapur pun aku suka lari. Kalau lewat ke kelas aku lari jugak. Tak boleh nak bertenang jalan macam perempuan lain. Mesti aku nampak teruk masa tu.

5. Aku macam lembab.  Kalau orang cakap ngan aku, aku selalu blur dan lambat respond. Sampai ada kawan yang rasa marah bila bercakap dengan aku. Ada yang menyatakan tak puas hati sebab aku selalu blur.

6. Kalau aku tengah fokus memang orang mengumpat kat tepi pun aku tak tahu dan tak dengar. Mengganggu jugak  sebab aku jadi tak alert kawan aku cakap apa. Aku tak bagi respond. Aku aware benda ni sebab dah banyak kali berlaku. Sumpah aku pun tak faham kenapa tak dengar diorang cakap dengan aku. Contohnya kalau aku main game, atau tengah main benda lain.

7. Aku susah nak alert orang cakap apa dah satu hal, pastu kalau orang suruh buat apa-apa, aku susah nak buat. Nak tukar dari benda aku buat sekarang pada benda yang disuruh tu susah. Walaupun aku tak buat apa-apa.

Benda ni pun sangat mengganggu sebab ayah selalu panggil aku anak derhaka. Sebab bila dia suruh aku lambat buat, kadang2 aku memberontak dan buat dalam keadaan terpaksa. Aku tahu aku salah tapi tingkah laku aku tak terkawal masa tu. Aku susah respond bila disuruh. Dan aku tak suka disuruh. Susah nak buat serta merta. Kalau cakap awal2 tak apa. Sempatla aku bersedia fizikal dan mental.

8. Aku selalu lupa. Planning apa-apa task nak buat memang takkan jadi seperti yang aku rancang. Sama ada lupa ataupun mental aku belum bersedia untuk buat. Susah sangat nak mula buat sesuatu benda tu. Aku selalu lupa letak barang. Kadang phone tak tahu kemana.

Dua minggu lepas aku lupa letak mana tuala padahal aku pakai tuala tu kat pinggang. Jenuh aku cari. Masa jalan-jalan bulan lepas aku tertinggal beg aku dekat mall. Dlm tu ada purse, dan barang-barang penting. Masa tu rasa bodoh sangat, cuai sangat. Bila buat silap aku pukul kepala aku sebab aku rasa aku ini terlalu bodoh.

9. Aku juga teruk dalam menulis. Kalau aku periksa banyak kali sebelum post apa-apa kat media sosial seperti whatsapp/Fb mesti ada juga kesilapan yang aku buat. Selalu silap eja, ayat tak tersusun. Lepas post baca balik baru aku nampak. Sekali lagi aku rasa bodohnyanya Aku.

10. Dalam kelas dari zaman sekolah smpai kat universiti memang aku berkhayal je dalam kelas. Daydreaming. Entah apa yang aku fikirkan. Macam-macam. Kadang-kadang buat drama sendiri dalam kepala lepas tu sedih, dan marah sorang-sorang.

Kadang- kadang aku perasan aku suka lakonkan watak yang tidak berlaku dalam dunia realiti dan ada juga bayangkan kalau sesuatu situasi tu berlaku. Kadang tak sedar pun. Bila aku sedar cepat2 aku control takut orang perasan mulut aku bergerak ~ gerak macam bercakap. Dalam kepala aku ni selalu bising, berfikir dengan laju. Nampak tak buat apa-apa tapi sarat dalam kepala.

11. Aku mudah down, mudah sedih, mudah marah, mudah terasa hati. Haritu pensyarah aku tanya soalan dalam kelas. Aku tak mampu jawab dengan baik. Sebab aku memang jadi panic dan nervous bila bercakap di hadapan ornag ramai. Ayat aku tak tersusun dan tergagap~gagap. Kawan- kawan sekelas gelakkan aku. Aku senyum ja. Sembunyikan rasa hati aku.

Balik rumah sewa, aku maki, aku mengamuk, aku marah sorang-sorang. Aku fikir tak nak dah masuk kelas pensyarah tu. Aku malu teramat sangat. Aku menangis teresak esak sampai ke malam. Masa tu aku fikir nak mati ja, nak mati, nak mati, nak mati tak guna hidup jadi orang tak guna.

Berminggu juga aku ambil masa nak settle down diri. Benda kecik ja, pensyarah tu xda niat pun nak malukan aku. Aku sedar yang bermasalah tu dalaman aku. Kesilapan kecil pun boleh menyebabkan kau rasa nak mati. Sem lepas ada orang malukan aku, cakap aku ni gedik nakkan perhatian hanya sebab aku pakai make up, malukan aku dalam confession Universiti aku.

Aku sedih sebab benda tu tak betul. Aku extreme introvert, memang aku tak suka tonjolkan diri, memang hidup aku pergi kelas dan balik kelas ja. Dalam media sosial pun jarang letak gambar sebab malu orang tengok. Hanya make up basic untuk tambahkan keyakinan diri.

Mascara pun tak pandai pakai. Tetap ada orang benci. Peristiwa tu pun menyebabkan aku rasa give up dan nak mati. Aku selalu simpan pisau hitam dlm beg. Bawa kemana mana aku pergi.

Aku pernah cuba toreh tangan. Tapi sakitlah juga. Sikit ja. Takda kesan pun. Saja nak cuba. Takboleh nak cuba banyak2 sebab aku takut pisau, dari kecik lagi kalau terkena pisau aku akan pitam tak tahulah sebab mabuk darah atau terkejut.

12. Aku memang pasif. Langsung tak join program dan tak pegang jawatan. Aku tak suka bergaul dengan ramai orang. Kalau orang pandang aku muka dia tak senyum mesti aku akan down jugak. Emosi orang sekeliling memang mempengaruhi aku.

Aku fikir dia tak suka aku. Lagi-lagi bila ada yang malukan aku dalam confession U aku. Lagilah aku susah nak bergaul dengan orang. Padahal aku tahu mungkin dia tengah fikir benda lain. Nak positifkan diri aku memang susah. Aku pun tak mampu.

13. Family aku selalu bising dalam rumah sebab aku suka kurungkan diri dalam bilik. Dalam gelap. Tak suka bercakap sangat dengan orang dalam rumah. Aku penat berkomunikasi dengan orang. Aku suka bersendirian.

14. Setiap kali lakukan aktiviti sosial aku akan rasa terlalu penat dan perlu recharge tenaga aku dengan bersendirian atau tak buat apa-apa. Ini pun buat kawan-kawan serumah  aku marah. Sebab tak keluar bilik bergaul dengan diorang. Aku cuma penat. Penat sangat.

Banyak lagi yang aku xmampu tulis. Dalam fikiran aku terlalu banyak benda. Masa nak tulis aku lupa. Maaf kalau ada tersilap eja atau susunan ayat yang tak betul. Harap penulisan aku difahami.

Dari dulu malam sebelum exam barulah aku study, tu pun macam orang tak tahu apa-apa atau belajar langsung. Aku push diri aku untuk exam. Nasib selalu menyebelahi aku, walaupun aku main tulis, main goreng ja jawapan exam, aku selalu dapat pointer 3.0 keatas. Tapi sebenarnya aku tak tahu apa-apa pun yang aku belajar.

Stpm dulu aku dapat 3.5. Mungkin kejayaan aku selama ni sebab doa mak dan ayah aku. Sebab hakikatnya aku budak lembam dan bodoh.

Aku buntu. Aku tak tahu nak minta tolong siapa. Dari dulu lagi aku rasa macam aku ni bukan dari bumi. Alien! Dunia ni terlalu memenatkan aku. Minggu lepas aku terjumpa simptom ADHD dewasa, sama macam aku. Tapi aku tak self dignosis pun.

Aku pernah hadiri beberapa sesi kaunseling dengan kaunselor di Hepa dan kaunselor pelatih di Universiti aku. Kaunselor Hepa tu entah guna teori apa kat aku, dua sesi ja. Sesi first cakap nanti sesi kedua dia nak ajar aku cara bahagia. Pastu sesi dua ajar buat jadual pengurusan masa.

Langsung tak membantu. Sebabnya perancangan dan jadual tu adalah kelemahan aku. Aku kalau boleh nak jumpa psikiatri. Tapi aku tak tahu macam mana. Masa jumpa Dr dekat PKU aku buat ujian DASS, dia rujuk aku pada kaunselor Universiti ja. Kaunselor tu pun macam tak pandai pun nak teroka isu aku.

Aku tahulah, sebab aku belajar psikologi dan kaunseling. Aku harap dapat settle down diri sebelum grad tahun depan. Tapi tak tahu nak minta tolong siapa. Kalau boleh tak nak dah pergi sesi kaunseling dengan kaunselor dekat Hepa tu.

Kadang terfikir, kenapa ada insan tak guna macam aku dekat dunia ni. Adakaha aku memang dilahirkan utnuk jadi bodoh dan takda kelebihan. Adakah aku memang dilahirkan untuk jadi derhaka dan pemalas?

Aku tulis ni untuk meminta pendapat dan sokongan. Aku juga ingin orang tahu insan seperti aku ini wujud dan sebenarnya tak minta pun lahir macam ni, macam menyusahkan orang ja. Sekian dari aku. Terima kasih pembaca.

~anxious introvert~

– Pencari Syifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *