Aku Dah Penat

Assalamualaikum, terima kasih IIUMC kalau sudi siar cerita ni. Saya nak cerita dan luahkan sedikit rasa dihati.

Sebelum tu saya kenalkan diri serba ringkas, Nama Cik Bunga, umur 20an dah bekerja 4tahun. Cukup setakat tu.

Ceritanya begini, saya sebelum ni ada berkawan dengan seorang lelaki. Saya selesa sangat dengan dia. Lama kami berkawan dalam 4-5tahun dan masatu kami berdua masih belajar lagi, sampailah akhirnya saya konvo dahulu dan bekerja.

Saya boleh kata dia ni memang lelaki yang sangat baik. Yang faham saya, kerja saya. Dia ada putus asa banyak kali dengan study sebab ada beberapa kali dia terpaksa repeat paper dan sem.

Awalnya saya tak terfikir nak berkahwin lagi memandangkan saya baru bekerja dan dia masih seorang pelajar. Saya teruskan beri semangat sebab saya yakin dia boleh berjaya satu hari nanti.

Pernah sekali dia sedih sebab kawan kawan sama batch di dah konvo tapi dia tengah struggle dengan sem ulangan. Tapi saya masih di sini beri dia semangat dan yakinkan dia yang dia boleh berjaya.

Dia tak cukup duit, saya bantu walaupun tak banyak. Dia tak ada kemudahan macam laptop, saya sanggup beli dan beri dia pinjam. Sungguh saya nak dia berjaya dan banggakan mak dan ayah dia dan jadi anak yang berbakti pada mak ayah dan adik beradik dia.

Saya yakin dia mampu, kuat dan boleh lakukan yang terbaik sebab dia memang pelajar yang pandai sebelum ni, mungkin ada silap di mana mana dia stuck dekat situ. Tapi saya yakin dengan dia.

Dan konflik bermula bila saya dah masuk 3 tahun bekerja dan dia masih lagi seorang pelajar ulangan semester. Saya bertanya sampai bila dia nak duduk dekat situ je. Saya bagitahu dia, dia kena ada cita-cita kenapa dia perlu habiskan study ni dengan baik. Tak baik buang masa macam ni.

Dan kami pun mula gaduh mungkin dia terasa dengan apa yang saya cakap. Dan saya pun tak tahu nak cakap apa jadinya saya diam jelah dan terus menyokong. Bulan 12 tahun lepas sepatutnya dia dah boleh habis study tapi dia gagal subjek dan perlu repeat paper bulan 2. Repeat lagi.

Masa ni saya dah mula rasa sedikit penat dengan perkara ni. Mungkin saya dah berdepan masalah ni setiap 6bulan sekali selama hampir 3tahun kami berkawan.

Tapi macam biasa saya masih nasihatkan dia dengan ayat yang sama, fikirlah masa depan sendiri. Masa ni saya dah sedikit matang dan mula berfikir jauh, mula berfikir masa depan dan tentang perkahwinan.

Lumrah kehidupankan. Saya bagitahu dia, kalau dia tak fikirkan masa depan dia, tolonglah fikirkan saya yang menunggu dia selama ni. Kita berkawan mestilah nak sampai ke jinjang pelamin.

Dan masa ni dia ada cakap, kalau saya tak sabar nak kahwin, boleh lah cari orang lain. Kalau dah jumpa, bagitahu dia.

Saya macam tersentak. Saya tak adalah sejahat tu, tak pernah terlintas saya nak curang atau cari orang lain hanya untuk kesenangan saya. Saya nak susah senang bersama-sama dia. Dia tak nampak ke usaha saya selama ni?

Long short story, dia habis study jugak bulan 2 awal tahun haritu dan mula cari kerja. Banyak jugak panggilan interview yang dia pergi tapi dia tolak sebab gaji kecil, katanya.

Dan sampailah pandemik bermula haritu. Lagi susah nak dapat kerja. Saya rasa susah sangat untuk kami halalkan hubungan ni. Saya ajak dia bisnes, dia taknak.

Bila saya ajak bincang, mesti akan bergaduh. Masani saya dah penat, letih dan lelah sangat. Dan akhirnya saya cari semula kekuatan saya di malam hari. Saya bangkit malam dan minta petunjuk pada Allah.

Dia tak dapat kerja ini asbab dari saya ke? Atau ini petunjuk dari Dia untuk saya pergi dan cari bahagia saya sendiri. Seminggu saya bangun malam dan saya tak dapat apa-apa ilham atau tanda dari Dia.. kehidupan diteruskan seperti biasa.

Dan malam terakhir saya bangun tu, saya cuma minta satu je. Kalau dia benar terbaik untuk saya, mudahkan. Kalau sebaliknya, jauhkan dan lapangkan hati saya, dan datanglah si dia yang benar-benar serius untuk bersama saya.

Dia, masih begitu. Dengan kata-kata, carilah yang lain kalau tak sabar sangat nak kahwin. Dan sebulan lepas tu, ada kenalan mak saya datang dan merisik saya untuk anak dia.

Belum apa-apa saya dah menolak sebab saya tak terfikir untuk bersama dengan orang lain sebab saya ada pilihan saya sendiri, tapi mak saya suruh fikir dulu sebaik-baiknya.

Saya pun minta masa untuk istikharah. Ada juga saya bertanya tentang anaknya pada kenalan-kenalan rapatnya. Saya buntu sangat.

Saya beritahu dia dan minta jawapan dia, saya cuma harap dia dapat yakinkan saya untuk kekal dengan dia, walaupun hanya dengan kata-kata.

Dan jawapan dia sangat menyesakkan jiwa saya. Katanya, terpulang pada saya nak pilih siapa. Dia tak kisah pun dan dia tak akan buat keputusan dan tak akan buat apa-apa.

Dan saya mendiamkan diri seminggu, macam biasa dia tak akan cari saya bila saya mendiamkan diri. Cuma bezanya kalini saya mendiamkan diri dan mencari jawapan. Sama ada untuk kekal bersama dia, atau teruskan kehidupan saya tanpa dia.

Dua minggu berlalu dan saya sedia dengan jawapan saya. Dan saya terima risikan tu. Tapi tiba-tiba dia cari saya dan minta maaf.

Dia menyesal, mungkin selama ni saya tak melayan lelaki lain jadi dia tak rasa saya akan terlepas pada tangan orang lain.. berbeza dengan kalini. Saya akan pergi dari hidup dia tanpa berpatah semula kepada dia.

Saya juga manusia yang punya rasa penat, penat memberi tapi tak disambut. Penat memberi tapi tak dilihat. Dan saya pergi mencari bahagia saya sendiri. Urusan saya dengan anak kenalan mak saya kelihatan mudah sangat. Mak saya pun ada tegur, nampak mudah.

Kalau tak ada apa-apa yang menghalang, in shaa Allah, pertengahan tahun hadapan kami akan dinikahkan. Semoga segala-galanya dipermudahkan.

Dan saya teringat doa saya 2 bulan sebelum ni, Allah makbulkan harini. Saya pergi dengan tenang dan berlapang dada. Tanpa rasa sedikit penyesalan.

Kesimpulannya, bila ada lelaki yang mengatakan, tak ada perempuan yang sudi bersama dengan lelaki yang susah dari awal. Saya hanya mengomel dalam hati.

Tahukah dia ada perempuan yang sanggup bergolok bergadai segalanya untuk mulakan kehidupan dengan seorang lelaki dari bawah? Cuma mereka ni tak pernah dilihat atau diketengahkan sahaja.

Dan sampai satu masa, kami juga akan rasa penat. Kami juga berkeinginan untuk berumah tangga dan melahirkan zuriat. Inilah lumrah. Jadi jangan lah judge perempuan yang memilih untuk pergi bila mereka dah penat berjuang. Perjuangan kami hanya sia-sia jika tidak dilihat.

Mungkin ada perempuan yang mencari lelaki yang berharta dan berduit untuk dijadikan suami. Tapi ada juga perempuan yang sudi terima lelaki yang biasa-biasa sahaja, tetapi berusaha keras untuk beri kelengkapan dan kecukupan, dan itulah saya.

Saya bukan anak raja untuk demand tinggi-tinggi. Saya sedar saya cuma perempuan yang biasa sahaja.

Apa-apa pun, saya doakan awak tetap lah berjuang untuk masa depan. Saya tak pernah menyesal mengenali awak.

Doakan kebahagiaan saya, semoga setiap doa yang dihadiahkan pada saya, akan berbalik pada anda semua. Maaf jika confession ini agak panjang dan membosankan. Terima kasih.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *