Aku dan Duit

Hidup ni bukan untuk mengejar kekayaan. Bukan semata-mata mengumpul duit dan harta. Tapi apakan daya, untuk hidup memang perlukan duit.

Aku bukan berasal daripada keluarga senang. Ayah seorang buruh kontrak, emak hanya suri rumah sepenuh masa. Adik beradik aku ramai, kehidupan kami dari kecik hanya cukup makan pakai. Kami hidup sangat sederhana.

KFC, MCD? Dari kecil memang tak pernah ayah beli. Bukan tak teringin, tapi tak mampu. Tapi waktu aku habis SPM, pernah juga aku belanja KFC Bucket buat mak ayah dan adik beradik guna lebihan duit biasiswa daripada MARA.

Alhamdulillah, keluarga aku happy gila. Nampak macam hal remeh. KFC je pun??? Tapi bagi sesetengah keluarga yang tak direzekikan lagi dengan nikmat duit melimpah ruah, its really means a lot. Belanja KFC sekali, tapi sampai hujung nyawa akan ingat moment tu.

Alhamdulillah, walaupun kami bukan daripada keluarga senang, ayah berusaha berikan yang terbaik buat kami. Adik beradik aku semua belajar sampai IPTA. Dan aku pun dah beberapa tahun habiskan degree dan bekerja sebagai penjawat swasta.

Tapi yela, jalan hidup ni bukan maca sinopsis drama petang-petang. Masuk IPTA jumpa anak dato lah. Habis belajar terus jadi eksekutif gaji ribu riban lah. Kerja kat company bercinta dengan anak CEO lah. Klise sangat ~~.

Walaupun in reality pernah lah juga aku berkenalan dengan beberapa orang anak Dato. Dato yang bercuculah tapinya (sorrylah, cuba melawak tapi tak kelakar). Dan aku dah berkahwin dah pun dan ada anak sorang. Suami aku pun lepasan Degree. Suami aku sangat baik dan bertanggungjawab.

Tapi, lagi sekali aku mention. Hidup ni bukan macam drama petang-petang ya! Habis study terus jadi kaya raya. Even nak dapat kerja zaman sekarang ni pun bukan mudah. Kami menyewa rumah yang kecil sahaja. Tak ada perabot, hanya ada aku, suami dan anak.

Pendapatan suami aku kecik, cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, dan nafkah aku RM200-300 sebulan. Jujur, 200 – 300 tu untuk duit minyak ulang alik sana sini sebulan pun tak lepas. Tapi, syukurlah. Rezeki juga. Sabar itu indah.

So, disini aku aku sebagai isteri yang mithali pun membantu suami aku, Bekerja untuk melengkapkan makan pakai sekeluarga. Gaji aku tak sampai 2k. Tapi dengan gaji tu lah aku dapat makan pakai, beri pada mak ayah kat kampung, bayar PTPTN, balik kampung yang jauh dan segala-gala cost of living lah aku keluarkan.

Sampai kerap kali juga lah kawan-kawan yang rapat tanya, macam mana kau boleh cukup ek?? Aku diam, senyum je. Tak tahu nak jawab sebab i feel the struggle alone. Kadang ada juga perasaan nak jawab, “Eh, aku baju baru setahun sekali pun susah nak beli tau.” Aku ada tanggungan banyak, tapi alhamdulilah setakat ni Allah cukupkan semuanya.

Even kawan aku yang gaji lagi besar dari aku pun pinjam duit aku sampai dekat 2 tahun tak bayar lagi. Tapi part beri duit pada mak ayah tu yang kadang aku rasa Allah bantu cukupkan segala keperluan aku. Walaupun hidup tak mewah, tapi sekurangnya aku tak berlapar.

Macam panjang pulak aku cerita. Aku cuma cerita sikit-sikit pasal background aku je sebenarnya. Main pointnya, aku sekarang tengah nak menambah pendapatan aku. saving pun makin menyusut. Anak semakin membesar. Cost of living semakin bertambah.

Aku nak cuba ceburi benda baru yang akan beri manfaat pada aku dan keluarga. Aku cuma nak minta suggestion readers semua cara untuk buat duit sampingan. Atau ada yang boleh bantu aku untuk buat duit tepi. Dropship ke. Agent ke. Kursus-kursus ke. Jadi mua ke walaupun tangan aku sejenis kejung kaku.

Tapi jujur aku bukan reti sangat nak berniaga. Dan aku tak pernah berniaga. Tapi aku tak nak suggestion merepek macam MLM (taknak sejenis perniagaan yang tepuk amai-amai sambil melaung-laung histeria tengok orang atas kau berjaya sorang-sorang).

Sekurang-kurangnya dengan bantuan dan pendapat readers semua, aku dapat ubah kehidupan sekeluarga. Esok lusa kalau tersepit, terbongkang, ada juga simpanan sikit-sikit.

Akhir kata, aku sangat berterima kasih atas pedapat dan bantuan readers semua. Tolong ya kawan-kawan. Jika kita melepaskan satu kesusahan orang di dunia, pasti Allah akan melepaskan satu kesusahan kita di akhirat. Who knows??

– Mrs Jelita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *