Aku Isteri Dan Adik

Assalamualaikum. Thanks admin kalau ini disiarkan. Aku sebenarnya ingin meminta pendapat readers tentang keadaan adik perempuan aku yang berumur 14 tahun ketika ini.

Ok, kami adik- beradik ada 5 orang. Aku yang ke 4, berumur 29 tahun. Memang jauh beza gap umur dengan adik aku tu. Ibu sudah meninggal dunia, dia tinggal dengan ayah je berdua. Kami berempat lelaki sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri.

Abang-abang aku tak ambil tahu sangat pasal adik perempuan kami. Mereka lepas tangan lah kiranya. Aku, ada la tanya dia khabar gitu-gitu keluar makan sekali sekala. Nak tahu lebih-lebih tu, dia takde lah nak cerita, memandangkan lain jantina dan gap umur yang besar. Tapi dia cuma rapat dengan aku lah..

Baru-baru ni, ayah kami ada urusan, jadi adik tinggal di rumah aku. Aku sibuk bekerja, tak berkesempatan borak dengan adik. Suatu hari lepas aku balik, isteri tanya, parut apa kat tangan adik? Adik memang biasa pakai baju lengan panjang. Kebetulan, isteri ternampak masa aku takde kat rumah.

Aku ignore je sebab masa tu busy dengan kerja. Mungkin parut kena gigit serangga ke apa. Tak lama lepas tu, adik makin menjauh, makin pelik. Sampailah one day isteri call kata adik cuba bunuh diri dengan toreh tangan dia. Astaghfirullah. Macam pelesit balik rumah hari tu.

Balik tu aku paksa adik angkat lengan baju dia. Terlampau banyak sangat parut kat lengan. Menangis aku tengok sambil persoalkan kat mana silap aku dan apa sebenarnya berlaku. Adik jerit suruh aku pergi keluar dari bilik. Dia cuma nak cakap dengan isteri aku je.

Malam tu isteri cerita, rupanya adik ada depression. Dia tak ada ibu untuk cerita, ayah tak fikir perasaan dia, kawan-kawan sekolah selalu sorok beg dia, lelaki yang dia ada crush pula cakap kat dia “aku tak hingin la dengan perempuan muka penuh jerawat”, kemudian dia cuba macam-macam produk sehinggakan mukanya seperti disengat lebah, end up mukanya makin teruk. Rupanya produk tu ada merkuri.

Dia rasa nak bunuh diri setiap hari dan sangat benci dengan orang yang buli dia di sekolah. Dia kata kat rumah ayah selalu tak ada, kawan-kawan semua taknak dekat dengan dia. Mereka panggil dia dengan panggilan “periuk muka lava”. Dia menangis salahkan ibu sebab lahirkan dia dan tinggalkan dia kat dunia. (Ibu kami meninggal masa melahirkan adik)

Sejujurnya, aku ingatkan muka adik berjerawat kerana hormon. Kami yang lain ada juga, cuma tak teruk. Sebiji dua je lah.. tapi memang nampak muka adik teruk cuma aku fikir yang ia akan hilang bila dia dah besar. Aku tak tahu apa aku perlu buat sekarang.

Patut ke aku jumpa cikgu dia? Dia kata kalau aku campur tangan, dia akan kena buli lagi teruk. Pening kepala aku. Patut ke aku bawa dia ke psikiatri? Tapi macam mana? Atau aku patut bawa dia ke dermatologist ke? Aku tak pernah experience benda-benda ni semua. Doktor nak layan ke masalah jerawat remaja?

Aku ada juga survey klinik dermatology swasta, tapi aku tak mampu. Aku ada isteri housewife dengan 3 orang anak nak kena suap. Ayah dengan abang-abang memang takkan faham. Mereka just biarkan je adik ni. Aku tak sampai hati, dan aku agak terkejut dia sampai nak bunuh diri. Dia tak pernah cerita apa-apa kat aku. Isteri aku pun minta maaf sebab sebelum ni tak pernah tanya masalah adik.

Benda ni masih baru dan aku betul-betul tengah pening. Pening kerja, pening nak layan kerenah anak bini.. aku taktahu mana satu nak uruskan dulu. Boleh ke aku bawa adik pergi klinik kerajaan biasa untuk masalah kulit? Aku ingat lepastu nak jumpa parents budak-budak yang buli dia kat sekolah.

Any idea? Atau apa-apa nasihat untuk aku improve diri aku sebagai seorang abang. Aku rasa agak awkward untuk jadi kawan dengan adik sendiri.

Buat masa ni aku cuma suruh isteri aku pantau aktiviti dia kat rumah dan banyak bawak dia keluar berjalan. Aku risau kalau aku masuk campur, dia akan benci aku…

– Concerned Brother (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *