Aku, Kau dan Kepam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-kau-dan-kepam/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nab tak sangka confession yang dikongsi dapat sambutan. Alhamdulillah, syukur dapat sokongan positif, terima kasih.

Terharu Nab baca komen, reyau tau dak baca komen-komen hangpa. Nab bukan hebat sangat pun, malu aih. Tak dak pandai mana pun. Biasa je orangnya. Rupa pun biasa ja. Kerja pun biasa-biasa. Hamba Allah yang hina.

Ada yang macam tak percayakan benda ni berlaku dalam kehidupan harian kita??? Percayalah, perkara yang kita tak sangka, fikir macam tak logik kan?? Tapi itulah yang berlaku.

Cinta gila kata orang. Cinta boleh buat kita bahagia, cinta juga yang akan memusnahkan kita. Terpulang kepada diri sendiri sebagai nakhoda.

Sebenarnya Nab takdelaa tabah mana. Kalau korang nak tau, Nab nangis gak, masa cuci pinggan mangkuk, masa memasak, tumbuk sambal tu Nab nangis gak melepaskan rasa di hati.

Masa Nab drive pi keja pun Nab bantai melalak bila tiba sedih tu. Sampai tak nampak jalan. Puas nangis sensorang. Ni semua masa mula-mula depa kantoi. Orang kat ofis tegur pasai pa hang ni Nab tudung herot, muka pucat.

Nab amek cuti balik kampung cuti lama dok umah mentua tenangkan diri. Balik umah mak Nab, tengok ayam itik. Tu salah satu terapi Nab. Bila tengok muka mak pak, mak mentua tu akan ada kekuatan yang luar biasa untuk kita teruskan kehidupan.

Nab takdak cerita apa kat depa. Balik kampung buat biasa jaaa. Bukan kata hangpa ja terkejut bila Nab amek keputusan nikahkan suami lagi satu, mak pak, mak mentua Nab lagi super duper terkejut. Huhuhu!

Ada yang tanya macam mana Nab handle masalah tu. Yang pasti sebelum buat apa-apa kita kena kenal diri kita sendiri.

Setiap orang kena kenal diri sendiri, level sakit lagu mana, level sabarun kat mana, ketahanan diri macam mana, cembeng ka apa. Semua benda kena ambik kira.

Begitulah cita dia. Sebab Nab kenai diri Nab sendiri, maka keputusan Nab nekad nikahkan suami satu lagi. Masa tu Nab dah serah diri pada Allah, level redha. InsyaAllah baik-baik sahaja. Alhamdulillah.

Nab tak leh kawal laki Nab, tapi sebab tau diri sendiri lagu mana Nab hanya boleh kawal diri sendiri ja. Selebihnya kun fayakun.

Sesungguhnya hati manusia milik Allah. Dulu Nab dok fikir cinta suami buat Nab hanya untuk diri ini seorang selamanya, mencintai Nab sepenuh hati sampai bila-bila.

So bila diuji lagu tu, Nab sedar sesuatu. Yang Nab sebut seperti di atas. Allah yang punya. Manisnya nak bagitau tak sangka Nab boleh bertahan dan bersabar.

Nab tak cita kat kawan-kawan masalah. Nab pi cari kaunselor berdaftar. Minta pandangan dan nasihat.

Nab memang tak berapa yakin nak bercerita dengan orang lain. Google jer kaunselor berdaftar, ada laaa tu. Pandangan nak nasihat kaunselor berdaftar ni lain sikit daripada makcik bawang. Luar biasa.

Nak cita kat hangpa semua, masa rumah tangga Nab diganggu, elakkan dengar lagu sedih, drama sedih ka, movie sedih ka.

Bila kalut nak sedih, Nab dengar ceramah agama kat u tube. Solat tak yah laa Nab kena mention, benda ni wajib buat. Solat sunat semua tu, ikut cara hangpa la nak buat lagu mana.

Macam Nab share tadi, bagi masa untuk diri sendiri hadam semua yang berlaku tu. Nab sendiri amek masa 13 hari nak bangkit balik lepaih jatuh tersungkur. Nab buat peta minda, pro n cons kalau Nab amek action pukui budak tu, pukui laki Nab. Apa jadi kat anak-anak Nab untuk long term.

Nab tak pernah bergaduh depan anak-anak. Yang ni Nab sangat jaga. Sebab apa yang Nab tahu budak-budak seawal usia 4 tahun, dia boleh ingat apa yang jadi.

Tinggi suara bergaduh suami isteri depan anak-anak memang Nab elakkan. Biasanya kami berbincang dalam keadaan emosi yang terkawal.

Kalau nak jerit pun, nab amek bantal tekup muka sendiri jerit sekuat hati. Ikutkan hati memang nak order je dak kepam ngan laki sendiri.

Itu yang orang kata ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa. Sebabkan Nab tak terbawa-bawa, alhamdulillah kensel jer niat nak order nama depa ni.

Semua Nab lukih. Apa kesan kalau Nab amek tindakan sekian, sekian. Macam tu lah gayanya. Nab dok kira dari semua segi, financial, hak jagaan anak, semua dok kira. Kalau Nab undur diri apa jadi?

Kalau Nab kasi depa nikah mesti Kepam ni takkan stop ganggu hidup Nab, silap-silap Nab kena cerai dengan cara yang lebih menyakitkan.

Semua Nab kaji. Sebab apa jua keputusan yang Nab ambil akan memberi kesan kepada orang keliling Nab tau dak, termasuk diri sendiri.

Nab ni ada kekurangan tau hangpa, Nab takdak rahim dah. Histerektomi nama dia. Bleeding teruk lepas beranakkan anak yang bongsu.

Histerektomi ni boleh mempengaruhi keseimbangan hormon dalam badan. So Nab rasa la, suami ni dah tak puas ke nak bersama sebab tu punca dia dok cari lain. Mana nak tau kan?? Bila tanya tak ngaku plak an.

So ni antara sebab Nab amek keputusan yang besar dalam hidup Nab nikahkan suami lagi satu bagi memenuhi keperluan biologi beliau walaupun tak pernah nak confess bab tu sebagai wanita dewasa maka fahamlah Nab.

Struggle tau nak lawan emosi, tapi itulaaa dia kehidupan harus diteruskan. Bayangkan orang lain yang sempurna pun boleh kena gangguan emosi, Nab ni lagilaaa hormon upside down korang bayangkan. Kalau tak kenal diri boleh gila tau dak. Umur Nab tak sampai 40 taun lagi weh.

Nab dok fikir, nak mengalah bagi ajelah suami nikah dengan si kepam tu. Tapi bila dok kaji lukisan Nab tu, potong teruih! Pasai pa tau kalau betoi kepam ni bermaruah dia takkan buat lagu tu kan? Takkan Nab nak bermadu dengan bangsa kepam???

BIG NO!!! Silap-silap when depa dah nikah mesti kepam suruh suami pilih antara kepam dan Nab. Nab yakin sangat permainan bangsa kepam ni. Depa ni tamak!! Banyakkan kes jadi lagu tu. Sebabkan Nab dah buat penilaian dak kepam ni, macam psiko gak.

Pasai pa, staf suami Nab yang jadi pegawai penyiasat tu bagitau kepam ni datang dari broken family. (Nab bukan nak hina keluarga yang broken ye, nak cita pasaipa tau) Mak dia sendiri isteri nombor dua, kakak kepam pun ada dua orang yang nikah dengan suami orang.

So Nab rasa macam tak best lah pulak tambah lagi info pegawai penyiasat Nab bagitau dia pernah nampak kepam hantuk kepala kat dinding bilik air ofis sebab bengkek Nab berhuhu lunch dengan suami sendiri.

Bare in mind ye, Nab bukan nak buka aib kepam, tapi nak jawab persoalan hangpa, tau? Sebab tu Nab tak nak nikahkan suami dengan dak kepam psiko tu. Kang haru biru keluarga kami.

Nak berjodoh kena tengok agama, keturunan, harta dan cantiknya macam mana. Takkan Nab nak hentam jer, kehidupan Nab pun diperjudikan ni tau dak! Kita nak hidup tenang-tenang jer bila usia dah bertambah. Buat apa nak tambah masalah???

Macam mana Nab yakinkan madu nikah dengan suami? Nab bagitau dia terang-terang. Niat Nab ikhlas nak pinang dia.

Nab bentangkan kertas kerja siap lukih-lukih lagi tau dak hangpa wat presentation. Apa plan Nab 10 tahun akan datang, short term long term. Mula-mula dia ingat kita ni melawak.

So bila Nab dah buat presentation dan antara sebab lain Nab bagitau dia andai kata Nab dijemput Ilahi hati tenang sebab zuriat Nab inshaallah akan dijaga dengan baik oleh sahabat yang dah lama Nab kenai ni and vice versa(terpakai utk anak-anak dia).

Korang bayangkan kalau kepam yang bermadu dengan Nab, apa jadi kat anak-anak Nab di kemudian hari?? Silap-silap melukut ditepi gantang. Kepam tu nak handle emosi diri pun tak terkawal, inikan nak handle budak-budak punya emosi.

Nab bagi sahabat fikir, tak paksa. Sebagai psikologi Nab kasi dia sebentuk cincin. Kalau dia setuju, silalah sarung cincin dijari manismu. Ambiklah gambar selfie, bagi kat Nab. Huhu! Sebab kita tau dia bercerai mati dengan suami kan?

Kasih dan sayang tu masih ada, nak plak ada anak-anak dengan arwah. Dalam masa yang sama Nab keluar sama-sama bawa jumpa suami, kasi depa suai kenal. Suai kenai dengan anak-anak. Bermula dengan pertemuan pertama, kedua dan seterusnya.

Berputiklah cinta antara mereka. Alhamdulillah cincin yang Nab beri pada sahabat akhirnya sarung dijari.

Syukur alhamdulillah riangnya hati, tak tau nak gambarkan macam mana. Dari bermadukan kepam yang takdak hala tuju dalam kehidupan baik Nab pilih bermadukan sahabat Nab sendiri.

Manis yang Nab dapat, kasih sayang suami lagi bertambah pada Nab. Nab tahulah sebab dia suami Nab. Lagi rapat, kemas dari yang dulu.

Lagi satu Nab ada masa me time sendiri bila tiba giliran di sana. Join ceramah online, class agama, class mengaji. Manjah- manjah kan diri pergi spa. Berhuhu sana sini. Alhamdulillah setakat ni kami takde bermasam muka, 4 tahun kami bermadu. Syukur sangat.

Kalau ada pertikaian pun diselesaikan cara yang sangat baik. Syukur sangat. Terharu Nab dengan kasih sayang Allah beri. Madu Nab kerja guru sekolah menengah. Ya Allah sangatlah sibuk tau tak. Masa PKP paling struggle. Nab ngasuh anak-anak madu bawa rumah Nab.

Anak-anak ni dah pandai urus diri dan pandai bawa diri tak banyak ragam. Comel je masing-masing panggil Nab mama. Anak-anak Nab pun boleh klik dengan adik-adik baru. Alhamdulillah syukur! Macam tu jugak kalau Nab out station.

Anak-anak, madu yang bantu uruskan. Masa madu pantang, Nab amek cuti gilir-gilir dengan suami jaga dalam pantang. Senang cerita setiap perkara dalam keluarga kami muafakat, Allah permudahkan.

Semua tahu tanggungjawab, tahu peranan masing-masing. Alhamdulillah syukur, kami harmoni. Terima kasih Allah atas kurnia dan rahmatMu.

Bagi menjawab soalan kenapa Nab masih terima suami walaupun dia ada kekasih lain???

Yang ada bukti di depan mata Nab, dia ada kekasih lain. Geli-geli macam tu. Sama ada dia ada melakukan lebih dari itu, itu urusan mereka dengan Allah. Nab dah tanya, katanya tak lebih dari itu.

Bukan perangai Nab nak main tuduh tohmah tanpa bukti. Walaupun hati Nab hancur, nak kentalkan hati dan kuatkan semangat bila Nab tanya adakah suami masih ada kasih dan sayang pada Nab dan anak-anak.

Dia jawab dia takkan lepaskan Nab, maka ku pegang kata-katanya dirinya masih ada peluang untuk kami sama-sama perbaiki diri jadi lebih baik. Nab bulatkan hati, nak maafkan khilaf dia (walaupun amat menyakitkan, sakit sangat hanya masa menyembuhkan luka dihati).

Tapi kalau jawapan suami masa tu you dah tiada lagi dihatiku, dah takde perasaan. Maka Nab akan move on dan undur diri. Sebab cinta tak boleh dipaksa Nab bagi je dia kat kepam tu.

Sebab tu Nab kuat fight balik demi perkahwinan kami bila dia kata masih lagi sayang dan cintakan Nab. Masa Nab cakap abis dak kepam tu macam mana, dia membatukan diri tak tau nak jawab apa. So Nab tau dia ada feeling lagi kat budak kepam tu.

Tu yang puas fikir find a conclusion kepada permasalahan ini untuk sailang si dak kepam kena cari calon yang lebih hebat daripada dia.

Selain kenal diri sendiri kita kena kenal betul suami kita tu.

Dia lelaki. Bodohlah kalau lelaki tolak nak kahwin lagi satu. Pada Nab, biarlah Nab berbaloi bermadu, puas hati daripada dak kepam yang tiada hala tuju dalam kehidupan tu.

Kalau suami nak kawen dengan si kepam jadi nombor tiga amacam?? Soalan hang pa pun!! Kalau kepam dah mematuhi piawaian yang Nab tetapkan dan suami mampu, why not!

Maksudnya kepam kena level lebih daripada madu kedua ni. And of course kena dapatkan consent daripada beliau.

Kalau tanya Nab, sekiranya Kepam dah sampai level yang Nab boleh consider why not??? Sebab performance suami amat cemerlang sekali ada dua rumah pun kasih sayang melimpah ruah asalkan kena gaya dan caranya, maksudnya cara yang terhormat bukan scandal sana sini.

Kepam ni dah move on ke??? Ada jugalaa drama dia buat. Ingat Nab cerita suami dulu lock hp kan??? Lepas kejadian dengan kepam, dia dah takde letak finger print lock ka, password ka kat hp. Takdak dah. Semua benda dia share dengan kami.

Tapi kita ni isteri hormat lagi privacy suami. Sekali sekala ja buat spotcheck..kikikiki. bila mai instinct tak sedap hati tu. Tapi jarang pun nak ada spotcheck.

Terpulanglah kat suami, kot ada hp satu lagi ka kat ofis. Satu je nak bagitau, setiap kesalahan yang kita buat cepat, lambat pasti terbongkar jua akhirnya.

Kepam ni dia tak dapat contact suami guna hp, dia call ofis. Bila panggilan ditapis, dia contact via email. Kat socmed semua dah kena block.

Dia buat fake akaun. Lepas dia resign pernah dia datang buat kacau kat ofis suami. Tu Nab cakap, kot ye pun nak scandal carilah yang senunuh tengok dah terkena bangsa kepam ni, mental.

Buat malu jer kan. Adalaa drama lain, malas Nab nak cerita aib orang. Dia pun dah jadi sejarah dalam hidup kami.

Itujelaa Nab share. Dah takdak idea nak melalut apa. Maaf kalau ayat berterabur. Santai-santai jer ni bercerita.

Nab tak tabah mana pun, tetapi pengalaman tu mematangkan diri kita. Jalan cerita kita tak sama, Nab fight untuk keluarga Nab. Bukan nak tunjuk Nab hebat bagi suami kawen lagi.

Tidak! Macam mention sebelum ni, kita kena kenal diri. Kita tau keupayaan diri kita macam mana. Kalau tak sanggup bermadu itu pilihan masing-masing. Nab dah pilih jalan sendiri.

Cerita ni Nab kongsi supaya sesiapa sahaja yang ada masalah atau diuji jangan fikir itu adalah pengakhiran kehidupan buat korang, kita kena bangkit dari kesedihan berjuang untuk diri sendiri, untuk insan-insan yang kita sayangi. (Mak, ayah, anak-anak) Buat pilihan, bangkit!

Kepada yang ada hati nak memadukan orang rumah, pilihlah cara yang terhormat, kata imam keluarga?? Janganlah tipooo sana sini ianya hanya memakan diri, dosa sana sini memeningkan diri.

Kalau kena cara dan gayanya, ada kemampuan tak salah pun. Yang salah bila kepercayaan dikhianati, pengorbanan tidak dihargai. Sakitnya la hai hati Allah jer yang mengetahui.

Buat persatuan kepam silalah ingat diri. Banyak pilihan lain kenapa laki orang yang dicari. Belum terlambat nak undur diri kepam oi.

Jangan jadikan alasan sayang dah kau beri. Alasan je tu kepam-kepam semua.

Nab doakan semoga urusan kalian semua Allah permudahkan. Sayang diri, sayang Allah. Tenang. Maaf andainya coretan ini ada yang tersakiti.

– Nab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *