Aku, Keluarga dan Masyarakat Penting!

Aku anak pertama. Dah tua. Adik beradik 9 orang. Aku rasa sedih, kecewa, confuse bab keluarga.

Kesannya buat aku rasa aku tak bagus dalam masyarakat. Hilang keyakinan diri. Aku stress dan skeptikel dengan kaum lelaki.

Ada masa hidup aku happy. Ada masa sedih. Tapi yang memori sedih lama dan panjang jadi ingatan dalam kepala sebab melibatkan keluarga aku dari aku kecil sampai sekarang tak berubah.

Aku belajar berdoa dekat Tuhan sejak aku umur 5 tahun aku ingat sebab tak tahan dengan perangai makbapa.

Aku pernah doa dekat Allah tolong ambil bapa aku dan matikan supaya hidup mak aku dan aku semua adik beradik tak kecewa pedih hancur.

Aku kurang kasih sayang mak bapa sebab aku anak sulung yang dari kecil tengok pergaduhan makbapa teruk.

Pernah mak aku patah tulang bahu sebab bergaduh dengan bapa. Pernah berkejar pakai pedang panjang berebut telefon bapa yang main perempuan.

Mak aku sajanis dahulukan bapa dari anak-anak dari segi belanja, makan minum, layanan walaupun bapa aku sajanis pemalas bekerja, bengis, garang tak bertempat, pengotor, pemalas.

Mak aku pernah belikan henfon ansuran di court mammort untuk bapa aku yang berhenti kerja askar dan kerja main-main lepas tu.

Mak aku kerja niaga buat makanan sendiri sambil jual makanan orang lain.

Apa perasaan anda yang baca ni bila tahu ada manusia bernama lelaki yang jadi suami dan ayah tapi sikap macam ni? Korang tak rasa dunia ni tak adil ada lelaki yang jadi punca kehancuran masyarakat.

Kerana lelaki nama ayah dan suami macam ni ramai, anak² ramai jadi rosak!

Sama ada rosak minda atau rosak akhlak kerana terpengaruh didikan secara tak sedar melihat dari kecil tertanam dalam kepala.

Aku anak perempuan memang mengharapkan seorang ayah yang mampu jadi hero keluarga!

Tapi hancur impian aku. Jangan cakap hati aku hancur, adik-adik aku yang ramai tu pun semua perangai jadi keras sebab tengok masalah makbapa depan mata dari kecil sampai tua dah sekarang.

Bayangkan hidup aku kena berdikari dari kecil masuk sekolah balik sekolah sendiri. Kerja sendiri, masuk universiti sendiri (siap dihalang bapa tak payah masuk U).

Korang rasa pernah tak keluarga aku beri belanja duit atau makanan ke aku masa di U? Tak pernah!

Korang rasa pernah tak makbapa aku call aku masa masuk U? Tak pernah!

Kalau aku call sebab rindu dan cakap nak balik, ko tahu apa bapa aku cakap? “Tak payah balik sebab duit tak cukup. Ma demam tak boleh berniaga.” Habis bapa tu kenapa tak niaga atau kerja?

Aku menangis, otak aku penat, jadi ingatan dan memori pahit aku. Aku tak dapat lupakan. Dan tak tahu macam mana nak lupakan.

Aku ingat Allah akan ubah perangai makbapa aku bila aku besar, masuk sekolah rendah, sekolah menengah, masuk U, dah kahwin, dah dapat cucu. Tapi semua tu sia-sia harapan aku.

Sebab sampai aku dah tua sekarang, ada anak sendiri dah besar, perangai makbapa aku sama. Malah makin menjadi-jadi dari segi perangai.

Siap aku tahu kalau mak aku tiba-tiba call dan cakap lembut dengan aku mesti sebab nak minta duit untuk kepentingan dia sendiri. Bukan kepentingan adik2 atau keluarga.

Ya. Aku tahu korang semua suka nasihat dan beritahu, ala tu mak kita, jahat macam mana pun telan dan sabar saja. Buat saja baik. Mereka yang bergelar ustaz dan ustazah pun akan beri nasihat sama.

Korang rasa nasihat macam tu membantu ke orang yang hadap ni? Tambah-tambah bila orang yang beri nasihat tu tak hadap situasi makbapa sama.

Aku berharap gila ada orang beri sokongan pada aku dengan kata-kata yang betul.

Contohnya ko hebat ujian besar macam ni. Allah sayang gile dekat ko sebab itu ujian ko besar pasal makbapa (aku menangis harapkan kata-kata gini).

Walaupun aku tahu benda tu. Tapi hati dan perasaan aku perlu dengar benda tu dari orang lain tanda sokongan moral dan kekuatan. Bukan kata-kata toksik positif macam atas tadi!

Korang janganla menghukum manusia yang hadap ujian tu dengan suruh sabar dan jadi baik. Tapi tolong beri ayat macam ajar aku menerima kekurangan diri dan keluarga sebagai ujian yang bagus.

Aku jumpa ramai orang untuk aku hilangkan rasa kecewa, sedih dan perasaan tak bagus ni. Supaya kehidupan aku sendiri lebih baik. Dan tak beri kesan pada anak-anak dan suami aku.

Tapi aku tak jumpa lagi kawan atau orang yang dapat bantu.

Aku harap Allah tolong aku. Hadirkan aku kawan yang beri aku sokongan macam nabi Muhammad ada Saidina Abu Bakar.

Aku memang tak mulia dan hina. Tapi aku nak Allah bantu aku. Jaga aku sentiasa. Aku nak Allah hadirkan aku kawan yang boleh bantu aku rasa dihargai. Didengari. Disokong.

Aku nak jadi insan hebat kuat yang membawa perubahan pada keluarga terutama adik-adik aku dan anak-anak aku.

Kadang-kadang aku rasa aku kuat tapi kebanyakan aku lemah dan tak mampu bimbing adik-adik aku.

Aku menulis di sini sebab aku nak meluah untuk sekian kalinya. Aku nak korang baca dan doakan aku walaupun tak kenal aku.

Doakan aku dalam hati saja minta makbapa aku berubah jadi baik, tak bergaduh. Doakan aku jadi orang yang kuat mental, fizikal dan mampu jaga bimbing dan jaga adik-adik aku yang terbiar.

Doakan juga supaya aku berubah pandangan negatif terhadap lelaki. Aku trauma dengan lelaki.

– Ani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *