Aku Letih

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab siarkan cerita saya. Saya harap agar netizen-netizen diluar sana yang akan memberikan kata-kat semangat kepada saya dalam menghadapi keletihan ini.

Setelah ibu aku, insan yang paling aku sayangi, hormati dan yang paling aku banggakan telah menjadi seorang yang sebaliknya kepada aku. Dia telah bertukar menjadi manusia yang paling aku benci, hina dan yang paling aku nak rahsiakan kewujudan dia. Sampai satu tahap tu bila orang tanya aku, “Ayah kerja mana? Sihat ke? Ada lagi ke?” Aku nak jawab aku dah tak ada ayah. Dah mati. Tapi aku tak boleh cakap macam tu. Belum mampu.

Ayah aku ada. Dia tak meninggal tapi dia tak ada dalam hidup aku. Disebabkan jawatan dia, kebanyakan orang kat bandar ni tahu dia. Kenal dia. Bila orang baca ‘binti’ yang ada pada nama aku, orang tahu dialah orangnya. Sebab ini jugak menjadikan aku berazam nak keluar dari badar ni. Bawak ibu dan adik-adik aku pindah ke tempat lain. Tempat yang tak ada sesiapa mengenali kami. Mulakan hidup baru. Tapi aku belum bekerja lagi. Masih dalam pengajian tahun terakhir aku. Aku dah letih untuk ada perasaan ‘macam mana kalau terserempak bila kat luar?’ Aku dah letih untuk tengok kewujudan ayah aku. Aku dah letih.

Buat masa ni aku, ibu dan adik-adik jalani hidup macam biasa walau kasih sayang dah dibahagikan. Bila dia balik rumah mak aku, kami layan macam biasa. Layan bagai raja. Sama macam dulu-dulu. Segala keperitan dalam hati kami simpan. Tak luahkan. Tak tunjukkan diwajah. Kami maniskan muka. Melayani dia kerana hormatkan kedudukan dia sebagai ketua keluarga. Setiap satunya disediakan. Bila terbaca luahan bekas isteri ‘ustaz selebriti’ tu.

Dia sama macam ibu aku. Layan suami dari dia mula melangkah masuk dalam rumah bila balik kerja sampai tibanya waktu tidur. Makan, minum, pakaian, tempat rehat, urut badan bila nak tidur. Ayat yang sama keluar dari mulut ibu ‘Ibu buat semua tu sebab tu tanggungjawab ibu. Ibu tak tau bila ibu nak mati. Sekurang-kurangnya bila Allah panggil ada jugak perbuatan ibu yang akan jadi saksi depan Allah nanti.’ Ya. Ibu aku baik. Sangat baik. Sangat-sangat baik. Kalau aku ditempat ibu, memang dah lama ayah masuk kubur dulu.

Aku bersyukur aku belajar dalam bidang agama jadi aku dikelilingi insan-insan yang banyak memberikan nasihat dan amalan untuk dilakukan bagi mengubat hati. Aku berkongi dengan ibu. Ibu amalkan. Mujur la kolej aku dekat je dengan rumah. Jadi aku duduk dengan ibu. Teman dia. Kalau bukan aku siapa lagi? Adik-adik? Dorang masih kecil lagi. Darah tengah panas. Aku sebagai yang tua ni la yang kena control. Kena pastikan keadaan tenang sentiasa. Home is not home for her anymore.

Ibu memang rapat dengan aku. Segala cerita dikongsi, segala aktiviti dilakukan bersama. Buat masa ni aku memainkan peranan sebagai penasihat dia. Dikala datangnya ketidak stabilan emosi ibu, aku ajak ibu buat aktiviti yang tak pernah dia buat. Macam orang bujang. Main roller coaster, tengok wayang, pergi berjalan ke tempat-tempat yang dia nak. Akulah pemandu, akulah tukang masak, akulah segala-galanya. Aku buat semua tu sebab nak buat ibu lupakan kesedihan dan kepedihan hati yang dia alami. Penat memang penat tapi demi ibu aku paksa jugak badan aku ni.

Setiap hari aku berdoa supaya Allah berikan aku pekerjaan yang bagus dan jauh dari bandar ni supaya aku dapat merealisasikan niat untuk mulakan hidup baru dengan ibu. Semoga aku diberikan jodoh dengan lelaki yang baik. Yang mampu menerima ibu aku dalam hidup dia. Jodoh yang boleh menerima ibu aku sentiasa ada bersama kami dan menghargai kehadiran seorang ibu dan memenuhi segala keingin ibu aku.

Cukup ibu aku dah bersusah payah dahulu jaga kami. Kini biar kami yang jaga ibu. Kepada mana -mana majikan yang perlukan pekerja yang cepat belajar, cekap buat kerja dan kelakar boleh la reply. Kalau boleh nak area Johor, Penang, Perlis ehh promote diri pulak.

Buat anak-anak yang mengalami perkara yang sama macam aku, tak kira la mak/bapak korang yang buat perangai. Tolong jaga perasaan insan yang disakiti. Hormat walaupun benci sebab nanti dorang akan malu alah sendiri. Orang yang suka menyakiti hati manusia ni hidup dia takkan tenang. Balasan Allah tu ada cuma cepat atau lambat je.

Insyaa Allah akan ada sambungan lagi. Cuma tu lah, rajin atau tak je.

Sekian…

– Si Gebu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *