Aku Liat Solat

Aku Liat Solat

Assalamualaikum warga iium confession. Aku confess dekat sini sebab tak tahu nak cerita dengan siapa. Aku malu. Aku harap rakan-rakan boleh beri cadangan supaya aku boleh ikut. Intro tentang diri aku, nama aku M, berumur mid 30s. Seorg wanita, isteri dan ibu kepada 4 orang anak dan menetap di selatan tanah air.

Aku dibesarkan dalam keluarga kategori middle income class yang alhamdulillah boleh dikatakan bahagia, kami sekeluarga sangat rapat dan bertukar-tukar khabar setiap hari dan berjumpa paling kurang sekali sebulan, sama juga dengan keluarga mertua.

Ayah dan ibu aku sangat menitikberatkan perihal solat, aurat dan agama terutama ibu kami. Selalu ingatkan kami waktu solat, namun begitu kt rumah kami tak pernah solat berjemaah bersama-sama. Aku mula menjaga aurat selepas akil baligh.

Aku beruntung, diberi pendidikan formal di tadika/sekolah agama dari seusia 5 tahun lagi sehingga darjah 6. Waktu sekolah aku memang terkenal dengan kepetahan aku berkata2, confidence, dan selalunya mendapat nombor 1-3 dalam kelas.

Bila aku tingkatan 1-3 aku sekolah menengah harian, masa ni cuma ibu pantau solat aku dan waktu ni lah yg aku selalu duduk dalam bilik waktu solat, atau kalau solat pun memang cincai boncai je.. Ape lah nak jadi dengan diri aku ni. Namun Allah maha pemurah, masa nak dekat2 PMR join solat hajat, Alhamdulillah aku cemerlang PMR, aku apply masuk sekolah berasrama.

Bila aku masuk tingkatan 4 dan sekolah berasrama, aku ada juga dikelilingi dengan rakan-rakan yg alim, aku seronok, aku suka dapat kenal dan baca almathurat, yasin, Al mulk, tapi aku selalu terlajak solat subuh. Tapi kt sini aku dah jarang tinggal solat sebab selalu ada yang ingatkan, namun kadang-kadang aku solat, tapi masih ada rasa terpaksa, takut ada yang tegur tengok aku tidak solat maklum lah duduk dalam dorm, mesti orang perasan kau solat ke tak.

Sama juga keadaan ni masa matriks. Dekat sini aku selalu buat latih tubi mcm robot, disamping solat, roommate pun semua baik2 dan tak tinggal solat, aku beruntung… Sekali lagi Allah maha pemurah, aku dpt result matriks cemerlang, 4 flat.

Segala perjalanan terasa mudah bagi aku, Aku masuk IPTA pula, kursus yang aku minati. Aku setiap sem dekan, ada juga 4 flat. Kt sini aku dah mula lalai sedikit demi sedikit, duduk rumah sewa, xde siapa yang tengok. Subuh memang burn, solat kalau in between class ya, kalau tidak aku skip je tanpa rasa bersalah. Orang pandang aku tinggi, yelah budak pandai.

Secara luarannya aku bertudung/shawl, nampak mcm jaga solat sbb bila keluar ramai-ramai dengan kawan-kawan aku solat, bila sendiri-sendiri tak pulah. Ah, munafik nya aku. Kat sini aku mula ada thoughts semua yang aku dapat result cemerlang ni semua atas usaha aku sendiri, tak solat pun tak apa. Bongkak kan aku….

Waktu zaman belajar ni lah aku kenal dengan suami aku sekarang. Suami aku ni pun dari keluarga biasa2 juga, dan ada juga mendapat didikan agama, dia jaga solat, tapi malangnya kitorg pernah ringan-ringan masa couple dulu, bila teringat sekarang rasa jijik betul. Pun begitu, aku masih menjaga kesucian aku sebagai seorang wanita.

Kalau lah ayah dan ibu aku tahu tentang hal ni..mesti mereka kecewa dengan aku..mujur Allah menjaga aib aku. Tidak pernah terkantoi berbuat maksiat. Allahu… Maafkan hambamu ini..Tapi ibu aku punya instinct memang kuat, asal aku hampir ke lembah maksiat je mesti hp aku berbunyi, ibu aku call. Selalu soalan pertama tanya, dah solat ke..

Selepas berkahwin Allah maha pemurah, diberikan aku zuriat serta merta (bunting pelamin)..Nikmat yang mana lagi aku nak dustakan. Awal2 kahwin kami rajin juga solat jemaah maghrib dan isyak, tapi sekarang dah jarang. Ah rindunya nak solat jemaah dengan suami aku. Kami selalu pillow talk, nak jadi lebih baik. Dulu subuh memang aku tidur selalu terlajak, bangun kul 8am tu memang dah biasa. Suami aku tak kejut aku pun, dia kejut masa nak salam je sebelum pergi kerja.

Aku, suami dan anak-anak alhamdulillah sangat bahagia hidup, suami aku baik dan utamakan keluarga, kami selalu luang kan masa bersama, rezeki suami selalu murah, dapat bonus, kalau teringin nak makan apa-apa tu memang cepat je aku dapat, sebut je suami terus belikan, beri aku duit belanja utk diri sendiri paling sikit 1k sebulan, pergi jalan2.. Allah Allah nikmatmu yang mana yang aku dustakan. Aku bersyukur sangat, tapi kenapa aku masih liat nak solat.

Suami aku masih solat subuh tapi dalam 7.30am lepas mandi semua, aku bangun 7.45am sarapan sama2, memang rasa tak sempat je nak solat subuh. Macam mana korang boleh bangun awal dan lawan perasan tu. Aku selalu kalah dengan syaitan..kadang-kadang aku rasa aku lah syaitan tu atau lg teruk dari syaitan.

Zohor dan Asar memang aku ada masa yang fleksible tapi aku rasa bersalah sikit je bila tinggalkan solat..aku risau… Aku takut andai satu hari nanti rasa bersalah yang sedikit ni terus hilang sampai tak rasa bersalah langsung tinggalkan solat fardhu.

Maghrib dan Isyak suami aku solat sorang-sorang, tapi tak pernah ajak aku. Aku pun kalau ternampak dia solat insaf sekejap, ambil wudhu dan capai telekung utk solat di bilik lain. Kalau nak jemaah aku minta dia tunggu sekejap aku nak join solat, dia pun tunggu. Aku teringin nak jadi kan solat jemaah ni kebiasaan di rumah.

Aku bersyukur, walaupun aku tak jaga solat, Allah berikan aku rezeki yang tak putus-putus utk keluarga aku, kesihatan kami sekeluarga, rezeki anak2, rezeki bisnes aku. Namun Aku takut… Aku takut andai satu hari nanti Allah uji dengan tarik semula nikmat-nikmat yang Dia berikan.

Fast forward, sekarang aku dah ada 4 org anak, yang sulung dah masuk darjah 1, dulu aku hantar ke tadika swasta yg Islamic, aku kerja sendiri, ada beberapa orang staff juga so timing memang sangat flexible, tapi Allahuuuu kenapa la aku liat nak mampus utk solat.

Usaha tu ada, setiap tahun pasang azam baru nak solat penuh, tapi mesti sekerat jalan, tak istiqamah. Aku nak anak-anak aku membesar dalam iman, tapi aku rasa tak mampu utk cukup kan solat 5 waktu tu. Aku tak ingat bila last sekali aku solat cukup 5 waktu sehari semalam. Sedih kan?

Tadi aku solat maghrib, aku doa kepada Allah utk tetapkan hati dan iman aku. Berikan aku Hidayah agar aku rajin kerja kan solat. Lepastu Aku teringin nak baca Al Quran, cari punya cari tak jumpa Al Quran nya. Suami aku pun tolong cari. Nampak sangat dah lama tak mengaji. Aku nak beli Al Quran yg baru sekejap lagi kt Lazada/Shopee.

Aku sangat berharap moga rakan-rakan dapat membantu aku berikan jalan macam mana nak bangun Subuh, istiqamah dalam mengerjakan solat fardhu, aku teringin merasakan “halawatul iman” tu dimana rasa manisnya beribadah, bukan terpaksa, bukan buat sebab nanti orang mengata, tapi buat sebab Allah. Mohon bantu aku, si tua yang liat nak mampus untuk solat.

– M

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap