Aku Menangis Kerana Perokok

Bismillah.
Assalamualaikum readers..
Terima kasih sbb sudi utarakan confession saye di sini.

Menangis sbb aku Perokok.
Izinkan saya menggunakan penggunaan kata nama yg selesa. Aku.
Aku tulis confession ni buat semua perokok dan perokok pasif macam aku. Sungguh! Aku tulis dgn penuh hati-hati sbb aku tak nak sakit kan hati sape-sape.
Aku nurse dan aku pengidap Asthma. Dari kecik aku asthma, dan berpanjangan sampai aku kena brain abcess (nanah di otak.) Umur aku 4 tahun, tak berhenti kena asthma sampai la melarat ke otitis media dan last sekali aku menghidap brain abcess. Tahun 1996 umur aku 5 tahun, di bawak ke Hosp. Besar Kuala Lumpur untuk admit ward neuro under peads dan esoknya operation buang abcess.
Perjalanan kisah aku masa sakit dulu tak apalah, aku tak cerita.

Last aku kena asthmatic attack sejak lepas operation, masa umur aku 12 tahun, warded. Dan sepuluh tahun kemudian aku kena asthma lagi sekali, umur aku 23 tahun. Tahun ni, last June aku kena lagi. Dah makin kerap.

Ape aku nak cakap sekarang ni, bukan rokok ni yg punca aku kena asthma dari mula. Betul. Tak ada dalam family aku yg merokok. Tapi, korang perokok boleh jadi punca trigger asma aku dgn asap rokok tu.

Aku nurse, public health education ni benda harian boleh bawak sembang. Tapi, nak educate perokok pasal rokok ni bukan senang. Tambahan bila kita bukan dalam uniform. Makan kat tepi jalan, kat kedai roti canai ceruk kampung, tiba-tiba nak ‘sekolahkan’ abang tengah merokok ni pasal buruk merokok. Korang rasa dia nak dengar? Tak. Byk kali aku encountered dgn perokok yg ‘baran’ kalau aku slow talk soh merokok tempat lain.

Aku bukan tak ada kawan laki yg merokok, ada.
Satu hari kitorang kawan-kawan lepak kat pondok tepi pantai berlima. Kawan aku nak merokok, dia kata,
“Weh Ilah, ko tukar duduk kat sini, aku dok sane. Angin kuat ke sane.”
dia nak merokok tapi masih nak bersembang dgn kami yg lain. Yes, angin yg berasap tu tak kena kat aku, at least. Angin pantai kan kuat. Dan dia bertimbang rasa dekat aku, padahal aku bukan rapat sangat dgn dia. Dia bertimbang rasa masa merokok depan aku, dia hembus asap hala ke mana, dia sorok rokok berasap tu sbb aku. Aku terharu sbb dia hormat aku. Aku jatuh sayang kat dia sbb perangai dia yg bertimbang rasa tu.

Aku tau korang yg merokok ni bukan hati korang tu jahat. Tapi tabiat merokok tu tak elok dan perangai masa merokok tu, mintak maaf, tak senonoh.

Hari ni aku di uji bersabar dengan perokok-perokok masa makan kat kedai kampungan. 10 minit pertama meja A, sekumpulan budak baya aku merokok, 4 meter dari meja aku. Aku istighfar dlm hati, aku tutup hidung dgn tudung. Selesai sebatang. Sembang punya sembang. Sebatang lagi di bakar. Korang rasa tak apa perasaan aku? Seronok tengok diorang merokok? Tak. Aku bangun tinggalkan mak bapak aku tengah makan, aku pi cari tempat nyaman jauh sket, aku tarik hembus nafas dalam-dalam berulang kali. Lega sekejap, aku masuk kedai balik.
Borak lagi, dari meja A, singgah meja B, kawan kot, sebelah meja kami, 1 meter lbih sket je. Kawan tu tengah mengunyah makanan. Rokok kedua tak habis sedut lagi. Macam kami ni tak ada kat situ. Asap berkepul-kepul melintas depan muka kami. Lepas tu blah dengan tak ada perasaan.

Meja B berdua, dah abih mengunyah, dah abis borak hal hidup, keluar sekotak rokok. Bro, first impression aku sekilas, aku tau ko orang baik-baik. At least ko tak merokok. Tapi punah harapan aku. Aku diam tak lalu makan. Selera makan aku hilang! Aku jeling kotak rokok ko bro. Bile ko start bakar batang rokok tu, menghembus selesa tak ada rasa bersalah, aku bangun pi sinki basuh tangan. Bukan sbb tangan aku kotor. Sebab aku tengah berlawan dgn syaitan dlm diri aku. Klau ikut bisik syaitan, aku rasa nak terbalikkan meja ko. And drama besar akan berlaku la kat kedai kampung tu. Tadi kawan-kawan ko merokok aku bersabar, tapi aku tak rasa sabar aku boleh kuasai badan aku masa nampak ko bakar rokok tu. Alhamdulillah, air sinki basuh tangan tu sejuk melegakan aku dgn istighfar tak putus.

Dengan merokok tu, ko rasa ko boleh tenang bro. Tapi buat aku, asap rokok tu ‘trigger’ semacam syaitan dlm badan aku, tau?
Menggeletar aku tahan sabar. Aku tak boleh bau asap rokok, nadi aku semacam laju. Itu yg trigger asthma aku bro. Masa kawan ko terpandang muka aku, aku sendiri pon tak tau rupa mana dah expressi aku masa tu. Nasib baik korang faham, bangun dan beredar. Aku tau korang budak baik, betul. Terima kasih sangat.

Lagi sekali aku cakap, aku tau korang yg merokok ni bukan hati tu jahat. Tapi aku pesan, tabiat merokok tu tak elok dan perangai masa merokok tu tolong senonoh.

Tolong hormat, tolong bertimbang rasa orang keliling. Orang lain pon bawak family makan kat luar, nak family bonding. Tolong consider orang lain masa korang nak merokok. Korang tunggu ada yang kena severe asthmatic attack live depan mata baru nak insaf? Please laaa… kalau gambar kt kotak rokok tu tak membantu korang berhenti merokok, kalau kempen-kempen berhenti merokok KKM tak membantu buang tabiat merokok korang, kalau fatwa dari ulama pon tak membantu,

AKU MINTAK SATU JE. TOLONG BERTIMBANG RASA DEKAT ORANG KELILING MASA KORANG NAK MEROKOK.

Kesian la kat budak-budak kecik, baby, orang tua, asthma patient macam aku.. Kitorang pon manusia bro. Macam mana korang boleh didik diri korang untuk tak park kereta kat parking lot OKU, macam tu lah kami minta pertimbangan korang utk kekurangan kami. Korang berhak pilih untuk merokok, tapi tolong wujud rasa kemanusiaan dalam hati tu untuk kami yang bukan perokok ni. Effect asap rokok tu lagi teruk kat kami. Aku bertindak pasif sbb aku tau korang lagi aggresif dari aku. Aku beralah, aku boleh menangis bersabar. Tapi tolonglah. Bertimbang rasa, dekat anak-anak korang, bini korang, mak bapak korang, orang lain sama.

Aku minta sangat tolong didik nilai bertimbang rasa kat orang lain. Kalau boleh aku nak jugak paksa korang berhenti merokok. Cume setiap orang tu, dia yg menentukan bentuk jati diri dia sendiri. Baik atau jahat. Ape la kuasa yg ade kt kami ni nak membentuk manusia sedrastik itu. Mak ayah dari rumah dah mendidik, cikgu-cikgu kat sekolah mendisiplinkan, kalau tak berjaya jugak, jadi ape kuasa yg kami KKM ni ade? Ape yg ade je la… doa la salah satunya.
Korang pandang kat orang kesayangan korang, diorang memang nak korang berhenti merokok, sbb diorang sayang korang tu. Hebat sangat batang rokok-rokok tu, smpai paru-paru anak korang pon korang sanggup korbankan. Tolong fikir balik, bertimbang rasa la.

Buat yg tak merokok, kalau korang tak boleh bau rokok, sama ada sebab berpenyakit macam aku atau tidak, TOLONG BERSUARA. Bersabar macam aku boleh, tapi professionally, dengan hemah tegur diorang elok-elok. “Encik, mintak maaf. saya tak boleh bau rokok. Tolong berhenti merokok atau merokok tempat lain?” senyum!
aku ni drama lebih plak kang kalau orang tu respond tak enak atas pertanyaan hemah aku. So aku pilih utk diam, tutup hidung dgn tudung dan jeling. Bodoh kan? Last-last, nadi aku jugak yg laju. Hmm..Tapi itu lah yg aku sabar sangat. Perokok pasif sangat pasif. Tapi ada je perokok yg tak aggresif, kalau ada ruang tmpt merokok, diorg akan merokok kat situ. Tapi kalau tmpt tu kampungan, tak de SMOKING AREA mcm kat bandar sane, tolong la bertimbang rasa. Itu je aku mintak. Terima kasih sangat bertimbang rasa kat kami yang tak merokok.

Kebaikan kena mula dari dalam diri sendiri, kita kena terapkan praktikkan dulu, jangan tunggu orang lain buat kebaikan baru kita nak mula. Peace!
Assalamualaikum buat semua readers.

Saya pesakit asma yang merayu nilai kemanusiaan awak, perokok.

– Fadhi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit