Aku Menantu Di Rumah Mertua

Assalamualaikum semua. Aku baru saja baca confess ‘abang berkahwin, mak terbeban’ (https://iiumc.com/abang-berkahwin-mak-terbeban/).

Just nak share kisah aku. Aku berumur 30-an dan ada seorang anak. Ini tahun ke-enam aku berkahwin dan aku masih tinggal dengan mertua dan ipar duai.

Husband aku anak sulung, ada 2orang adik perempuan (aku gelarkan A & B) dan 2 orang adik lelaki (aku gelarkan C & D).

Disebabkan husband aku sambung belajar dari master sampai sekarang phD pula, mak mertua aku minta aku duduk dengan mereka.

Awalnya, sangat kekok, tambah pula aku tak bekerja pada awal perkahwinan.

Paling menakutkan, aku selalu dengar isu2 keluarga yang bermasam muka bila duduk2 dekat ni.

Dan aku takut juga adik2 ipar aku macam adik ‘abang berkahwin mak terbeban’ tu. Tapi atas kekangan2 tertentu, aku terpaksa akur dengan keputusan suami.

Alhamdulillah, selepas berkahwin, aku seolah2 seperti dapat kawan baik baru yang mendengar luahan perasaan aku dan yang sama2 dapat buat kerja rumah.

Bila aku basuh baju (bukan aku basuh pun mesin yang basuh), mama yang akan jemur. B akan angkat, dan kadang2 bila hujung minggu, suami aku yang akan tolong lipat baju.

The best part of this house is, mama tak merajakan lelaki dalam rumah ni. bab kerja rumah, ada bahagian masing2.

B & D selalu tolong buang sampah, A & C selalu basuh toilet dan bilik mandi. Mereka semua juga selalu tolong bersihkan foyer, vacuum rumah, tukang sarung kusyen, langsir.

Bab dapur saja dorang tak usik dan menjadi tanggungjawab aku dan mama. Tapi tak susah mana pun nak urus sebab just tinggal masak dan susun atur dapur. Pinggan mangkuk adik2 dah basuh sendiri.

Oh, keluarga mertua aku ni normal saja macam keluarga yang lain. Macam keluarga aku juga. Ada juga datang malasnya dorang nak buat keje rumah. Tapi bila mama bebel sikit saja, sepantas kilat masing2 jadi rajin.

Bila balik pasar, mama akan siang barang basah, manakala aku akan kemas sayur2 dan prepare untuk masak. Dulu, susah nak synchronize kerja, tapi sekarang, aku & mama dah ada chemistry dekat dapur tu.

Oh ye, aku banyak sangat belajar masak dengan mama, termasuk makanan favourite husband. This is priceless value bagi aku.

Keluarga husband aku ni tak berkira. A & C da bekerja. Setiap bulan, C akan belanja makan sekeluarga.

Biasanya makanan kegemaran dia, KFC. Kitaorang jugak ada kumpul duit, RM200 sorang dan akan bagi RM400 dekat ayah & lagi RM400 dekat mama.

Bab belanja isi rumah, kitorang bahagi2 kan. Aku akan bayar coway dan netflix, suami aku bayar wifi dan beli barang basah, C bayar air, dan A bayar elektrik dan barang2 kering dapur. Rumah da settle loan bank, sebelum ni ayah yang bayar.

Aku ada tambah lagi RM250 bagi dekat mama & RM100 bagi kat B sebab tolong jaga anak aku masa aku kuar kerja.

Aku sangat2 bersyukur, hasil jagaan dan didikan mereka, walaupun anak aku baru berusia 2 tahun 7 bulan,

Tapi anak aku dah kenal huruf A-Z, da tau nombor 1-20, dah pandai baca surah Al-Fatihah, doa makan, doa tidur dan speaking dengan kitaorang (makcik dia ajar speaking).

Aku fikir, kalau aku tak akur dengan keputusan suami aku dulu, mungkin aku meroyan jaga anak sorang2 (sebab suami aku selalu balik lambat).

Alhamdulillah, kat sini ramai yang melayan anak aku. Yela, first cucu, dia sorang pulak tu. Mama cakap tak ada dia, sunyi rumah ni (aku pnh 1 keluarga balik kampung aku beberapa minggu).

Disebabkan pandemik ni tak boleh rentas negeri, tak boleh balik jumpa mak ayah aku, aku bersyukur sebab at least aku masih ada family husband aku di sini. Masih dapat beraya dengan mereka.

Boleh pakat2 dengan ipar nak beli apa. Ko beli kambing perap, aku beli sate, ko beli ketupat, aku tempah nasi minyak. Haa, gituu..

Kat sini jugak ada geng nak solat jemaah. Husband kan selalu balik lambat, so aku jemaah la dengan mertua aku.

Setiap hari aku selalu minta mama doakan aku. Setiap kali sebelum pergi kerja, aku akan salam mama dan minta mama doakan aku dan suami aku.

Aku tak pernah rasa aku orang luar dalam keluarga ni. Sebab bukan mama saja baik, adik beradik mama pun sama.

Bila bulan puasa, adik mama akan bagi hadiah baju raya sedondon dekat kami sekeluarga. Dan aku pun boleh dapat sekali. Konpius aku.

Aku pernah tanya mama. Kenapa mama sangat baik dengan aku. Mama jawab, ‘sebab dulu mama bukan menantu pilihan’. T_T

Oh ye, awal tahun depan aku da duduk sendiri. Husband da beli rumah. Sedih pulak rasa. Berat mama nak lepaskan kami. Macam2 alasan mama bagi.

Tapi nak buat macam mana kan, perlu juga pindah untuk kami create suasana family sendiri. Tambah pula kami plan for 2nd child.

Dan nanti, kalau family aku datang nak jenguk aku dekat sini, at least tak perlu lagi mereka sewa homestay.

Apa2 pun, banyak yang aku belajar dari mama, dari keluarga suami aku. Dari segi urus rumah tangga, komunikasi dengan pasangan, cara handle problem, cara asuh anak, menu2 masak, banyak sangat la.

Dan sungguh, aku tersangat la bahagia bersama mereka. Doakan kami bahagia sampi syurga ye. Dan doakan juga urusan pengajian suamiku dipermudahkan.

– Heureuse (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *