Assalamualaikum korang. Nama samaranku Nani. Aku cuma nak berkongsi secebis kisah hidup aku.
Sekarang kan musim kenduri jadinya aku pun rasa nak berkongsi kisah perjalanan mencari jodoh yang tak kesampaian.
As introduction, aku berusia 27 tahun dan bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah kilang. Tempat kerjaku dimonopoli oleh kaum lelaki. Jadinya aku satu satunya perempuan dalam team tu.
Journey kerjaku biasa saja ada ups and downs. Disini aku ada rapat dengan sorang kawan kerjaku, aku gelarkan Saleh ye.
Aku dengan Saleh memang ngam sangat. Kitorang betul2 rapat, selalu berkongsi pendapat, bertukar tukar cerita dari soal kerja sampai la personal life. Kitorang pun selalu spend time sesama. Disebabkan tu, aku pun mula timbul sedikit rasa suka dekat dia.
Okay before that, aku nak bagitaw siap siap la kitorang kerja 12 jam together everyday for five days. Aku taktahu perasaan dia macam mana.
Btw, kitorang memang dua dua masih single ye. Tapi aku rasa dia takdak perasaan pun dekat aku. Aku taknak buang masa berharap or tunggu orang yang tak pasti. So, aku pun teruskan berkawan dengan orang lain jugak. Berkawan je ye, bukan bercinta pun.
Tapi, none of them yang menjadi dengan aku. Masa ni rasa suka aku dekat Saleh masih sama. Mungkin sebab aku belum jumpa laki lain yang “nampak” aku.
Until one fine day, ada sorang new colleague masuk almost setahun selepas tu. Aku namakan dia Ali. Ali ni mula mula masuk lagi dah nampak effort dia dekat aku. Aku cuba bagi peluang dekat dia.
Fast forward, kitorang makin rapat, even lebih rapat dari aku dengan Saleh. Cumanya kitorang tak show off waktu kerja. Kitorang lebih spend time luar waktu kerja. Jadinya colleagues lain memang taktahu apa apa termasuk Saleh.
Ali ni perangai dia tak sama macam Saleh. For me, aku tak rasa that chemistry dengan dia. Aku tetap rasa lebih selesa dengan Saleh. Aku pun taktahu kenapa rasa macam ni.
Tapi disebabkan Ali layan aku dengan baik sangat, aku pun mula buka hati dekat dia. Ali pun dah set tarikh nak kenalkan aku dekat family dia raya hari haritu. Time ni aku dah start selesa dengan dia.
Guess what, tiba tiba dia menjauh. Secara tiba tiba dia silent treatment aku seminggu. Bila aku tanya apa salah aku, dia cakap aku tak salah. Dia yang buat salah kat aku.
Eh pening dengan dia ni. Kiranya dia tak bercakap dengan aku sampai la ke tarikh yang kononnya dia nak bawak aku jumpak family dia. Aku ada tanya jadi ke nak jumpa family awak? Dia diam membatu ja. Aku dah rasa redflag kat situ.
Sepanjang beberapa bulan aku berkawan dengan dia, ni first time dia buat gini. Time ni aku dah rasa fedup pun ada sebab aku dah try mintak maaf, aku dah tanya aku ada buat salah ke, dia ada masalah ke, semua dia diamkan je.
Dua minggu kemudian, dia cakap dekat aku “awak, mak saya cakap jangan pilih perempuan yang kerjaya dia lebih dari laki. Nanti kang dia besar kepala. Lepastu jadi queen control lak”.
Aku terkedu dengar dia cakap macamtu. Kalau dah tahu mak cakap gitu, kenapa dari awal kau try aku? Kenapa tak dari awal kau pilih ja perempuan yang kerjaya rendah dari kau? Kenapa kau buat aku berharap dekat kau lepastu tiba tiba nak cancel gini?
Eh, lupa nak cerita dekat atas tadi. Ali technician, and aku pulak engineer. Itu la perbezaan darjat yang mak dia cakap tu.
Then, aku cakap dekat dia boleh tak nak jumpa mak dia. Aku nak try convince mak dia. Mana tahu lepas tu mak dia terbuka hati nak terima aku.
Dia cakap tak boleh, sebab macam mana pun dia anak lelaki, kena ikut cakap mak jugak. Okay this is second redflag ya.
Aku dah malas nak pujuk rayu dia. Aku offer sekali je. Dah itu yang kau nak, lantak kau la. Pasni kang nak menyesal dah tak guna sebab aku takkan terima kau dah.
Kat tempat kerja aku act professionally. Bekerja macam takdak apa pun yang pernah berlaku antara kitorang. Tapi dalam hati tu hanya Allah je yang tahu.
Lepas kejadian tu, aku nekad nak resign. Nak start over. Alhamdulillah aku dapat kerja baru dengan cepat. Right after that incident, I’m just looking at the bright side. At least aku belum nikah dengan dia kan. Lagipun aku tak betul2 attach dengan dia.
Aku nangis time dia bagitahu pasal mak dia tu ja. Lepas tu dah takde nak nangis2 bagai. Aku pandang dia pun muka takda perasaan.
Aku pun banyak muhasabah diri. Aku fokus bahagiakan parents aku. Aku buat solat taubat, tahajud mohon ampun atas segala dosa dosa selama ini. Aku banyak pergi hiking, main badminton, pergi kelas kelas makeup laa, melancong.
Solat maghrib isyak pun aku dah rajin pergi surau sekarang. Join kuliah lepas maghrib tu, rasa tenang ja hati. Aku pun join kelas mengaji. Aku betul betul upgrade diri aku, untuk aku.
For now, aku dah malas nak mencari. Sebab tiap kali aku berkawan dengan lelaki, mesti aku doa sungguh sungguh kalau dia bukan yang terbaik jauhkanlah. And yes, ended up semuanya menjauh. Mungkin timeline aku belum tiba. Aku redha.
For now, I’m living my live to the fullest. Bahagia dengan cara sendiri. Kadang tu terfikir jugak, disaat sibuk mencari jodoh bernikah, rupanya jodoh dengan ajal yang menanti. Jadi, lebih baik usaha untuk bekalan ke sana juga.
Doakan aku istiqamah ya korang. Aku doakan korang yang belum berjodoh dipertemukan dengan pasangan yang tepat, buat yang menanti zuriat, semoga kalian mendapat zuriat yang soleh solehah dan buat semua reader semoga dipermudahkan urusan kalian dunia dah akhirat.
Doakan juga aku dipertemukan dengan jodoh yang terbaik ya korang. Aku harap aku jumpak lelaki yang ada chemistry and boleh click dengan aku, macam mana aku dengan Saleh before this.
Updated terkini pasal Ali, memang betul dia pilih perempuan yang kerjaya lebih rendah dari dia.
Akhirnya dia pilih operator tempat kerja lama kitorang. Katanya dorang bakal menamatkan zaman bujang awal tahun nanti. Semoga dipermudahkan urusan dia dengan pasangan.
– Nani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hidup ini penuh pancaroba. turun naik. baru seronok hidup. kalau tiada cabaran bukan hidup sebenarnya. selepas kejadian tu, you berubah ke arah yang lebih baik. kadang kita tak sedar, apa apa bagi kita yang menyakitkan tu musibah, rupanya adalah satu rahmat untuk kita sedar sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.