Aku Racist?

Kelmarin aku terbaca confession mengenai pengalaman hantar anak ke skjc (https://iiumc.com/pengalaman-hantar-anak-ke-skjc/). Di sini, aku nak cerita juga pengalaman dan pendapat aku tetapi bukan mengenai skjc sebab aku tak pernah hantar anak-anak ke skjc. Aku nak cerita mengenai kejiranan. Sedikit pengenalan diri aku, berumur 30+, dan mempunyai anak 4 orang.

Dulu, 8 tahun lepas sebelum aku membeli rumah sendiri aku menyewa di sebuah rumah teres selama 4 tahun. Masa tu kami baru setahun lebih kahwin dan ada anak seorang. Barisan rumah aku duduk ni semuanya melayu tapi ada satu keluarga cina tinggal di tengah. Elok je keluarga cina ni duduk kat tengah-tengah melayu tanpa bergaduh sebab mereka buat hal sendiri tak masuk campur hal sekeliling. Yang melayu pula elok je tak cari pasal dengan diorang buat tak tahu je boleh pulak.

Aku ingat bila duduk di kalangan melayu ni senang, tapi lagi susah rupanya. Jiran melayu ni suka menyibuk, suka bergaduh dan membawang hal orang. Jangan kan kata nak jaga sensitiviti jiran, lagi buat sesuka hati adalah. Yang jiran sebelah kiri ada anak lelaki bujang, tiap-tiap malam berkumpul dengan kawan-kawan buat bising main motor sampai ke 3, 4 pagi. Aku pun tak tahulah macam mana mak bapa nya boleh tahan bunyi bising, tak fikir ke jiran lain nak tidur esok nak kerja. Sepanjang aku tinggal di sini banyak dah drama aku tengok, jiran bergaduh sebab kucing la, parking la, sampah dan macam-macam lagi.

Kemudian kami pindah ke rumah baru. Kawasan perumahan ni ialah international lot, aku cakap dengan suami tak nak berjiran dengan melayu. Barisan rumah baru ni banyak cina dari melayu, ada melayu 3 rumah je. Kiri kanan aku jiran cina, sebelah rumah jiran cina yang kiri tu rumah melayu 2 buah dan yang lain tu semua cina. Barisan rumah aku ni belakang sekali. Depan rumah aku ada loji bertutup sebesar padang bola. Sejak duduk di sini dah 8 tahun berbeza sangat persekitarannya. Aku rasa aman dan tenang. Bagi aku jiran cina lagi tahu menjaga sensitiviti dan menghormati orang.

Pemikiran mereka lagi jauh ke hadapan berbanding orang kita. Contohnya bila mereka ada buat majlis, walaupun yang datang tu naik kereta besar-besar, elok je diorang parking keliling loji tanpa blok jalan dan rumah orang. Kalau kat loji dah penuh diorang parking tepi jalan sampai ke simpang jalan boleh je diorang jalan kaki walaupun jauh. Orang kita pula bila buat majlis malas nak nak parking jauh, depan rumah cina tak berani blok depan rumah aku la yang selalu kena blok. Kalau kenduri yassin datang naik motor penuh la depan pagar aku dengan motor sampai tak boleh buka, depan rumah cina tak berani pulak nak letak. Bila melayu jumpa melayu ni asal boleh je ke. Walaupun jiran cina aku ni kiri kanan bela anjing, takde la pula aku jumpa tahi anjing bersepah berbanding tahi kucing dulu hari-hari sampai depan pintu.

Banyak yang aku belajar daripada mereka ni sejak duduk sini. Contohnya semasa sambutan tahun baru cina, selepas mereka bakar mercun, main bunga api esok paginya mereka kutip dan sapu sisa mercun ke tepi jalan padahal bagi aku tak mengganggu laluan pun tapi mungkin sebab mereka tak nak orang marah sampah bersepah. Tetapi bila hari raya pula bila dah main mercun dan bunga api dibiar je bersepah atas jalan terutama yang batang bunga api. Aku pula yang rasa malu, jadi bila anak aku dah sudah main bunga api aku suruh diorang kutip dan buang dalam plastik.

Mereka ni sangat la cermat mengenai duit. Setiap hari rabu akan datang lori kitar semula kutip sampah. Bila mereka nampak sampah kitar semula yang aku letak kat depan rumah meraka cakap rugilah you tak simpan, nanti boleh jual balik. Aku cakap takpe, murah je. Tapi bagi diorang walaupun murah tetap ada nilai juga. Mereka kumpul sebulan dua. Lepas tu panggil lori untuk kutip, aku pun dah mula terikut. Siap tanya aku lagi, you punya dah banyak ke nanti jumaat mau panggil lari. Dapatla juga rm10-30. Duit juga kan.

Lagi satu yang ni mesti semua orang selalu nampak, mereka ni walau dah tua rajin bersenam pagi-pagi. Aku pergi kerja 6 pagi dah nampak mereka ni berjogging, yang bertongkat pun keluar jalan-jalan keliling taman. Sebagai misi bab kesihatan ni aku akui orang kita malas sikit. Bila sakit ramai yang terlantar atas katil je malas nak bergerak, dah sakit lagi bertambah sakit, berbeza dengan mereka atas katil pun boleh bersenam. Mereka tak percaya dengan produk kesihatan over claimed, Orang kita nak cepat baik kononya, banyak buang duit kat produk-produk macam tu.

Last sekali, mereka ni memang rajin. Anak bila habis sekolah je terus pergi tolong buat kerja kat kedai, yang ada kedai motor belajar repair pula. Pernah aku panggil repair pagar rumah yang karat, uncle cina ni datang dengan anak dia buat kerja. Bukan tak nak panggil melayu tapi melayu tak nak datang kalau dapat upah sikit. Bagi blue tick je. Mereka ni rm5 pun datang asal dapat duit.

Sejak aku duduk kat sini tak pernah aku tengok jiran bergaduh, aku rasa aman dan tenang je takde orang nak menyibuk dan membawang. Jiran aku kalau nampak aku pun tegur baik-baik je, lepas tu buat hal masing-masing, ko beli perabot baru ke, kereta baru ke takde orang nak iri hati. Lagi satu pandangan mereka mengenai kerja aku sebagai misi, mereka sangat respect kerja misi. Bila bertemu kat kedai ke, depan rumah ke, mereka selalu tanya penat tak kerja hari ni, penuh ke hoapital, kerja misi ni susah kan nak kena jaga orang. Tak pernah tanya pasal gaji aku berapa, untunglah kerja gomen senang buat loan, gaji besar, sedap lah.. Itulah yang selalu ditanya bila jumpa melayu.

Cuba la tanya benda yang berfaedah sikit boleh tak. Ya aku racist tapi dengan kaum sendiri. Bukan aku tak ingat asal usul tapi kenapa bila melayu duduk bersama ada je yang tak kena sampai sihir menyihir pun ada. Yang jiran melayu 2 orang duduk sebelah tu pun aku tengok dah pasang tirai kat tepi tembok sampai ke pagar tak nak tengok orang sebelah , ada la yang tak kena tu. Kalau aku pergi ke mall aku akan cari produk melayu, pergi ke kedai runcit melayu. Bukan aku benci malayu tapi aku benci dengan sikap kita. Ayik dengki dengan orang, cari salah orang. Bila kita nak berfikiran maju seperti mereka.

Sekian sahaja pendapat aku nak tahu jugak tahu pendapat pembaca yang lain macam mana. Sekian terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih admin kalau sudi siarkan confession aku ni.

– Cik Nor

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *