Aku Seorang Pendosa, Bersubahat Melakukan Pengguguran

Hi.. saya rasa saya sangat hina dan jijik, rasa bersalah. Rasa Allah tak mau terima saya lagi. Sebab saya seolah olah bersubahat.

Dan kemudian dosa lampau datang menghambat dan saya tidak dapat nak selesaikan masalah tersebut.

Saya kenalkan diri saya sebagai Sofea. Dan kawan baik saya sebagai Mira. Kami kenal sejak sekolah menengah (vokasional) sehingga masuk ke Politeknik.

Saya ke University dan kemudian bekerja dalam bidang pendidikan. Mira gagal berhenti GB semasa di Politeknik. Tapi tetap teruskan persahabatan sehingga 5 tahun lepas.

Dia kemudiannya terus hilangkan diri selepas kahwin. Saya dah berkahwin sebelum tu lagi, dah 10 tahun usia perkahwinan.

Semasa dalam tempoh persahabatan. Mira agak liar. Kami berdua liar. Tapi saya tidak sehingga bermain jantan, tapi dia sebaliknya.

Pada tahun 2009 dia mengandung anak luar nikah pertama, lahir cukup sifat, kembar perempuan. Diserahkan pada keluarga angkat, kawan kepada kakak saya.

Family saya tahu, mira pregnant, keluarga saya yang bantu keluarkan kos bersalin, kos berpantang, kos anak anak dll.

Keluarga mira, tidak tahu. Anak kembar tersebut di jaga dengan baik, dan jugak di ambil sebagai anak anak angkat dengan prosedur yang betul.

Tahun 2014, Mira pregnant lagi, dengan teman lelaki yang sama. Kalini lahir anak lelaki, dan diserahkan pada 1 keluarga, saya tidak kenal, kakak saya yang uruskan.

Pada ketika ini, saya di University. Keluarga saya yang uruskan. Keluarga mira, masih tidak tahu.

Kemudian dia pregnant lagi 3x dengan teman lelaki yang sama. Tapi ini dia buat abortion di klinik di negara jiran.

Kemudian 3 tahun kemudian dia kahwin dengan teman lelaki tersebut secara sah. Dan lahirkan 2 anak lagi, sepasang.

Nak dijadikan cerita, anak kembar pertama dia, sudah berusia 12 tahun, ingin berjumpa dengan ibu dan ayah kandung diaorang pada Oct 2022.

Si ibu angkat hubungi saya, untuk saya arrangekan pertemuan untuk Mira jumpa anak anak dia.

Saya hubungi Mira, dan cuba arrange tarikh pertemuan, malangnya Mira dengan suami (ayah kandung anak anak tersebut, tapi tidak boleh dinasabkan sebab anak luar nikah) tidak mahu berjumpa dengan 2 anak tersebut.

Saya sampai kan ini kepada keluarga angkat tersebut. Anak anak tu tidak percaya. Mereka whatsapp saya sendiri, merayu rayu untuk saya arrangekan perjumpaan dengan ibu mereka. Tapi saya tiada kuasa untuk berbuat demikian.

Saya serahkan nombor Mira kepada anak anak dia, anak anak tu hubungi Mira, tapi Mira blocked. Kes ini senyap terus. Saya tak tahu macam mana nak cerita betapa kecewa ya hati anak anak mira.

Kemudian, anak lelaki Mira, berusia 9-10 tahun tersebut. Diagnosed sebagai autistics. Mild autism.

Dan keluarga angkat tersebut telah serahkan anak tersebut pada rumah kebajikan/rumah anak Yatim bukan badan kerajaan di Ipoh.

Bila keluarga kami dengar perkhabaran tersebut, kakak saya terus ke rumah tersebut, bagi menuntut anak tersebut. Sebab akak saya yang serahkan anak tersebut kepada keluarga angkat tersebut.

Dan ini pun dibuat secara legal. Jadi keluarga tersebut akan dikenakan tindakan atas akta pengabaian kanak2, masih in progress. So anak tersebut telah di jaga oleh kakak saya since Jan 2023.

Maka saya hubungi Mira, sekali lagi berkaitan dengan anak lelaki dia. Yang telah diabaikan keluarga angkat.

Saya minta dia dengan suami dia berjumpa saya untuk perbincangan since mereka berdua sudah berkahwin, sudah ada pendapatan tetap, agak berduit, saya cadangkan mereka ambik anak lelaki autism mereka semula. Dan jaga dia untuk tebus dosa silam.

Malangnya dorang tak nak. Berkeras, bergaduh memaki hamun, tinggalkan saya terkontang kanting. Malah mereka berdua telah melakukan report sispaa palsu berkaitan saya, sehingga saya di siasat oleh pegawai Intergriti.

Saya berbincang dengan keluarga saya, kami sepakat untuk bawak anak lelaki ini berjumpa dengan keluarga Mira, iaitu ayah ibu kepada Mira. Saya telah cerita kan ke semuanya kepada mereka.

Saya jugak ada ceritakan yang mira ada 2 anak lain, kembar. Tapi dalam keadaan baik dengan keluarga angkat, dan kembar teringin untuk berjumpa mira dan ayah mereka berserta keluarga sebelah mira dan ayah mereka.

Ayah Mira sangat ok. Ibu mira mengamuk, dan 2 hari selepas perjumpaan kami, Mira berserta ibunya membuat laporan polis mengatakan saya berniat jahat untuk memalukan keluarga dia.

Kes ini tidak di siasat, laporan di tutup, kes NFA. Saya tidak di panggil untuk keterangan pun. Hanya IO buat panggilan pemberitahuan berkenaan report yang di terima sahaja.

Mira blocked saya, keluarga Mira especially ibu dia, haram kan kaki saya melangkah masuk kawasan rumah dia. Apa lah salah saya? Saya langsung tidak berniat buruk.

Anak lelaki autistic Mira masih tinggal dengan kakak saya, kos terapi makan belanja RM1600 sebulan.

Duit bantuan OKU dapat pada keluarga angkat yang buang dia. Masih dalam proses untuk pengangkatan semula. Dia tinggal sementara di rumah akak saya.

Kembar masih whatsapp saya tanya khabar ibu mereka, iaitu Mira, dan saya tidak tahu dan buntu untuk jawab pertanyaan kembar, yang ibu dan ayah M mereka tidak mahu mereka. Tidak mahu mereka. Tidak mahu mereka.

Saya rasa bersalah sebab saya yang bermati matian minta Mira jangan buat abortion, 2 kandungan ini.

Saya rasa bersalah sebab saya/keluarga yang cari kan keluarga angkat kepada 3 anak ni.

Saya rasa bersalah disebabkan saya tidak beritahu keluarga Mira, masa kandungan pertama terjadi, jikalau saya bagitau, mungkin tiada 2nd, 3rd, 4th or 5th pregnancy.

Saya rasa bersalah sebab tidak dapat selamatkan 3rd, 4th dan 5th.

Saya rasa bersalah sebab selamatkan 3 anak tersebut, mereka bernyawa, tapi soul less disebabkan biological mother and father tidak mahu mereka, sehingga berjumpa untuk 1 pelukan pun tidak mahu.

Saya rasa bersalah sebab kembar meronta ronta dalam emosi merindui, rasa marah, perlukan perjelasan, jawapan dari ibu mereka sendiri.

Saya rasa bersalah, saya lihat gambar Mira dengan keluarga baru dengan anak no 6 dan 7 hidup bahagia, pergi Legoland, having fun, birthday party, shopping spree,

Sedangkan kembar menangis menanti jawapan, anak autistic dia overwhelmed, can’t speak, can’t eat healthy and properly.

I hope I gonna rot in hell, atas semua perbuatan jahat saya.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *