Aku Seorang Surirumah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para pembaca budiman. Saya perkenalkan diri saya sebagai Puan S sahaja.

Confession ini saya tulis setelah beberapa hari saya terjumpa gambar lama bersama-sama rakan sekerja yang saya sayangi.

Sebenarnya dah lama saya bekerja tapi selalu bertukar-tukar lokasi atas pelbagai alasan. Kali terakhir saya bekerja disebuah pejabat ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa saya berhenti kerja?

Bukanlah sebenarnya cita-cita saya nak jadi surirumah sepenuh masa tapi takdir kita tiada siapa yang dapat menolaknya.

Ini kerana anak saya telah disahkan sebagai autisme dan hyperaktif dan baru memasuki sekolah rendah tahun ini.

Anak saya sebelum saya berhenti kerja telah dihantar ke sekolah tadika khas dan transit petang ke rumah saudara terdekat saya.

Saya pun baru saja berhenti kerja hujung tahun lepas setelah hampir 15 tahun bergelumang dengan dunia pekerjaan.

Syukur ke hadrat Allah swt kerana walaupun saya sudah berhenti kerja tapi masih ada cabang rezeki buat saya walaupun hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan dirumah.

Keputusan saya berhenti kerja sebenarnya mengejutkan ramai pihak terutama ibu mentua saya.

Yelah, anak-anak dan menantu yang lain semua bekerja. Tapi dia lupa bahawasanya anak kami tak normal macam cucu-cucu dia yang lain.

Saudara saya sendiri pun dah tak berminat nak jaga anak kami apatah lagi nak hantar ke rumah pengasuh yang tak dikenali.

Kalau kami nak hantar ke pusat jagaan anak-anak autisme lagilah tak mampu memandangkan kos sahaja paling murah pun dekat RM1k.

Gaji bersih akhir saya pun tak sampai RM2k. Mana nak hantar adik dia lagi ke pengasuh. Adik dia pun baru lahir dan masih dalam pantang. Dah tentu paling murah pun RM400.

Sejak jadi surirumah memang kawan-kawan lama saya menghilang. Tinggal seorang je yang masih sudi jadi kawan baik sehingga kini.

Yang ada pun saya add friend fb tak sudi nak accept sampai sekarang dah berbulan-bulan. Yang saya whatsapp pun nak tak nak je jawab.

Agak terasa hati sebenarnya tapi saya tak boleh paksa diorang kawan dengan saya sebab itu pilihan masing-masing kan.

Sekarang saya masih lagi belajar menyesuaikan diri menjadi surirumah disamping berniaga dari rumah.

Agak struggle sebab anak autisme saya tak boleh dengar adik dia menjerit/ menangis pasti dia jugak akan menjerit marah-marah dan pukul adik dia,

Tapi saya perlu bantu ekonomi keluarga memandangkan gaji suami saya dipotong sejak pkp pertama.

Di sini saya nak mohon pandangan surirumah macam mana anda semua menguruskan masa seharian supaya anak-anak tak terbiar dan dalam masa yang sama masih boleh mencari pendapatan hanya dari rumah.

Terima kasih di atas respon anda semua dan didoakan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah swt hendaknya.

– Rindu Kawan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *