Aku Stress Atau Depression?

Assalamualaikum. Hai semua. Ini kali pertama aku menulis dekat sini. Maafkan aku jika cara penulisan aku tak berapa teratur.

Aku nak bercerita tentang diri aku sendiri. Tentang hidup aku.

3 tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Aku namakan dia Eddy. Mulanya aku tak sangka yang aku akan serius dengan Eddy sebab kami selalu bergaduh. Akhirnya kami sama-sama jatuh hati.

Eddy layan aku macam permaisuri. Sampai aku betul-betul jatuh sayang dan cinta dekat dia. Aku kalau sayangkan seseorang memang aku akan sayang sepenuh hati. Setiap hari kami akan whatsapp, video call, otp.

Selepas 10 bulan bersama, Eddy mula berubah. Eddy selalu marahkan aku, abaikan aku. Aku menangis, tiap2 hari. Aku cuba baiki hubungan kami dengan merayu kepada dia. Ya, aku berjaya.

Eddy kembali seperti sediakala. Layan aku dengan baik. Tapi lama-kelamaan Eddy kembali lagi dengan perangai itu. Aku mula rasa stress, sedih. Aku rasa rendah diri, menangis dan sering persoalkan kenapa aku yang diuji begini.

Hubungan kami sekejap dingin, sekejap okay kemudian gaduh dan akan berbaik kembali. Toxic kan? Tapi aku tetap sayangkan Eddy. Eddy juga selalu lafazkan yang dia sayangkan aku. Sebab itu dia masih bersama aku.

Tapi dalam hubungan aku lebih banyak air mata dari ketawa. Aku jadi pemarah, bercakap dengan ibu aku pun aku tak ada mood. Menyesal kalau aku ingatkan balik apa yang aku dah buat. Aku sayang sangat kat ibu aku. Maaf ya ibu.

Aku selalu beritahu Eddy lebih baik aku mati jika dia berterusan melayan aku begini. Keadaan ni berlanjutan sehingga lah aku terlibat dalam kemalangan yang membuatkan aku patah anggota badan dan tidak boleh berjalan.

Waktu itu aku rasa macam hidup aku sudah tiada masa depan yang cerah. Aku down 100%. Menangis mengenangkan nasib diri.

Sepanjang tempoh ini, Eddy banyak menaikkan semangat aku dan menasihati aku agar selalu redha dengan ujian Allah. Eddy juga datang dari jauh untuk melawat aku dan membelikan aku buku berkisar tentang keadaan yang aku alami sekarang. Eddy mengambil berat tentang aku.

Aku rasa dihargai. Tetapi semua ini tak lama. Dia mula mengabaikan aku lagi. Walau dalam sehari Eddy ada menghubungi aku, aku dapat merasakan hubungan kami makin hambar. Bergaduh. Tak dapat berjumpa sebab jarak yang jauh.

Aku mula rasa tertekan kembali. Aku rasa mahu mati dan bunuh diri. Aku rasa aku depression. Tapi aku tak pernah pergi kepada pakar untuk mengesahkan keadaan aku.

Setiap hari aku merayu kepada Eddy agar dia kembali menjadi Eddy yang aku kenal dahulu. Tapi Eddy tetap ego dan terus melukakan hati aku.

Sepanjang aku tidak boleh berjalan, aku sangat tertekan, aku sedih dengan diri sendiri dan sering mempersoalkan kenapa aku, bukan orang lain. Sehinggalah aku boleh berjalan kembali, aku mula berusaha mencari kerja dekat dengan Eddy.

Alhamdulillah, rezeki aku boleh duduk berdekatan dengan Eddy. Hubungan kami kembali normal. Eddy rajin datang berjumpa aku dan mengambil tahu tentang aku. Aku bersyukur keputusan yang aku buat tidak salah.

Suatu hari, aku telah membuat Eddy sangat marah kepada aku. Dia ingin menamatkan hubungan kami. Aku menangis semahu-mahunya.

Ketika itu, aku rasa sakit aku datang kembali. Aku tak mampu untuk bekerja, aku cuma duduk berkurung di rumah, tidak makan. Yang aku tahu aku hanya mahu mati, bunuh diri, aku tidak mahu hidup.

Aku menangis menelefon ibuku. Akhirnya aku pulang ke kampung untuk mengubat hatiku. Ibuku bertanya, jadi aku terpaksa bercerita. Dan ibuku menghubungi Eddy.

Setelah itu, Eddy menghubungiku dan memberi kata-kata semangat, katanya anggaplah segala yang berlaku ini ujian dari Allah. Kemudian, dia diam lagi, untuk memberi aku masa.

Wahai Eddy, tidak sedarkah kau yang aku sakit kerana engkau?

Setelah keadaan aku okay sedikit, aku kembali ke ibu kota untuk bekerja. Aku cuba menghubungi Eddy, dia melayanku dengan baik dan kami bertemu. Sekali lagi kami berbaik dan meneruskan hubungan.

Jujur aku letih untuk meneruskan hubungan ini. Dan aku keliru dengan diri aku. Adakah aku depression atau sekadar stress?

Kadang-kadang aku menangis sehingga tidak sedar diri dan sesak nafas. Aku akan sakitkan diri sendiri semasa menangis. Stresskah aku?

Jika admin publishkan confession aku ni, aku akan sambung lagi kisah bagaimana hubungan aku dan Eddy.

– Pesakit Hati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *