Aku Terluka

Assalamualaikum.. Terima kasih admin kalau kisah hidup aku disiarkan.. Yang baik jadikan teladan yang tak baik buatlah sebagai pengajaran.. aku hanya perlukan tempat aku luahkan perasaan aku yang semakin hari semakin dalam lukanya..

Aku anak sulung ada adik2 yang ramai.. Aku jarak banyak tahun dengan adik2 aku.. dengan adik no 2 bawah aku pon jarak lebih dari 5 tahun.. Aku pelajar ipta di semenanjung.. Mempunyai ijazah sarjana muda.. Aku habis belajar 3 tahun lepas 2016.. Aku habis belajar aku terus dapat kerja.. dari bawah sampai la naik jawatan.. tapi rezeki aku hanya 2 tahun sahaja lepas tu kilang aku tutup..

Aku nak cerita apa yang jadi antara aku dan keluarga aku.. Aku anak sulung, cucu sulung.. Aku memang dimanjakan oleh atok dan tokwan..tapi tokwan dah meninggal..maka tinggal la atok aku.. Umur 9 tahun ibu dan abah hantar aku tinggal dengan atok dan tokwan..seronok sebab dapat manja dan perhatian lebih dari atok dan tokwan.. Tapi tak lama ibu abah aku balik kg tinggal sekali.. maka mulalah konflik bila ibu abah aku tak suka arwah tokwan lebih2kan aku..

Sampai 1 tahap bila aku buat salah sampai ke hari ni bila aku buat salah aku dimarah ibu akan cakap “perangai terok mcm ni sebab tokwan manjakan dia lebih.” sedangkan tokwan dah takde.. sedih aku.. Aku sejak tokwan dah meninggal atok dah takde aku berdikari dalam semua benda.. Aku kena cari sendiri duit.. Dari spm, aku sambung ke stpm dan kemudian degree.. Aku sendiri.. aku cari duit aku sendiri.. Duit yuran semua sendiri.. Aku cuba faham sebab adik2 aku ramai..

Lepas habis belajar aku kerja.. dari jawatan kerani sampai la jadi junior exec.. Aku pergi sana sini travel sana sini.. Ada elaun, ada claim, dan lain2.. so aku boleh simpan dan bagi duit kat ibu abah aku, kadang2 setiap minggu.. aku meniaga aku tak lupa bahagian untuk ibu abah aku.. aku beli barang dapur, barang basah untuk masak aku bagi duit bulan.. Tapi kadang2 aku rasa aku tak dihargai.. Aku ibarat kena jadi anak yang sempurna tak boleh ada salah.. bila aku buat salah ibu aku akan marah tarik muka dengan aku, tak bercakap dengan aku kadang2 berbulan..

Bukan aku tak cuba tegur ambik hati tapi masih sama.. aku tanya hanya diam dan muka yang mencuka.. sedih hati aku.. Yee mungkin aku salah.. marahlah aku! Tegurlah aku, bagi tahu apa salah aku.. jangan diam seribu bahasa sampai ada masa aku tak tahu apa salah aku.. Sampai 1 tahap sekarang aku dah jadi makan hati.. aku berdiam diri dalam bilik.. kalau aku nampak ibu aku masak aku nak tolong aku tanya tapi ibu tak jawab aku buat keputusan masuk bilik dan bersendiri.. sebab aku tahu orang tak suka aku.. aku cuba bahagiakan ibu.. macam2 aku belikan ibu aku cuba nak penuhi keinginan ibu.. tapi masih sama.. aku terluka.

Dengan adik2 aku.. ibu marah ibu cepat reda tapi dengan aku tak.. adik aku bangun lewat pon kadang ibu okay jer dengan dia takde marah2.. tapi aku pasti akan tarik muka dan berdiam jer dengan aku.. Adik aku perempuan 3 orag tak pandai masak takpe ibu aku masih layan dengan baik.. aku? Walaupon aku masak setiap hari kemas dapur kalau ada 1 kesalahan atau sesuatu dia tak puas hati pasti tarik muka dan berdiam..

Aku ingat lagi tahun ketiga aku belajar aku kena tinggal luar rumah sewa.. tapi tempat aku belajar ada masalah transport awam.. aku harapkan ibu abah akan ikhtiarkan aku belikan aku moto walaupon cuma second.. Tapi aku kecewa.. ibu abah buat tak tahu dan ibu aku marah aku teruk sampai aku ambik keputusan aku masuk rumah sewa awal.. tapi alhamdulillah aku ada bapak saudara yang baik.. dia yang belikan aku motor.. moto elok dan cantik.. tukarkan tubeless dan mcm2 bapak sedara aku buat supaya moto tu tak bagi masalah pada aku..

Bila emak saudara aku tanya pada ibu aku kenapa buat aku mcm tu ibu “aku kata aku berlagak, tak sedar diri, dan aku ni pakai barang jenama2 so ibu aku tak nak ambik tahu hal aku..”luluh hati aku.. so emak dan bapak saudara aku bagi semangat pada aku dan biaya pengajian aku. Akan tanya keperluan aku dan sebagainya.. Sampaikan hari aku nak konvo pon kami ada selisih faham dan ibu aku tak nak pergi.. tapi Alhamdulillah Allah lembutkan hati dia dan ibu siapkan aku waktu konvo.. tulah kenangan indah ibu aku bagi untuk aku..

Abah aku pula.. Hermm aku tak faham dia.. ada masa dia okay ada masa dia marah2.. abah seorang yang baran.. sebab baran dia jugak aku suka bersendiri dan duduk dibilik sahaja.. Tapi kalau abah marah aku.. pasti ibu pon akan marah walaupun bukan salah aku.. Ibu tak pernah pertahankan aku.. Sebaliknya aku akan kena lebih teruk.. banyak kali aku gaduh dengan ibu dan abah.. mula2 dulu aku takut sebab mereka garang tapu lama2 aku dah tak boleh tahan aku akan pertahankan diri aku.. so akan jadi pergaduhan..

Aku dah biasa diboikot oleh kedua ibu abah aku.. abah pernah ada perempuan lain.. ibu abah bergaduh besar.. ibu akan mengadu pada aku.. tapi bila mereka baik aku jadi mangsa.. aku pernah disalahkan ibu katanya aku punca abah aku ada perempuan lain sebab aku kenal perempuan tu.. Padahal aku tak tahu apa2 dan bila aku tahu aku jumpa perempuan tu aku sound dia.. Tapi aku balik disalahkan.. Abah aku tuduh aku malukan dia bagi tahu keluarga perempuan tu dan ibu aku call aku di pejabat marah aku dan cakap aku punca semuanya.. luka hati aku..

Adik2 aku pula.. Mereka tak pernah hargai aku dan hormatkan aku.. sebab apa? Sebab bila aku marah kesalahan mereka pasti ibu abah akan bela mereka.. Tapi kadang2 ibu abah pon tak tahan dan biar aku marahkan mereka.. Adik2 aku selalu ambik barang aku tanpa kebenaran.. dan bila aku tanya tak mengaku dan bila kantoi masih nak tegakkan benang yang basah.. Macam2 barang aku mereka ambik..laptop aku 2,2 adik aku rosakkan..

Motor aku beli cash nama ibu aku.. adik aku lelaki janji akan bayar sedikit2 sebab dia nak gunakan motor tu untuk bekerja.. Tapi hanya 2 kali bayar dan diam sampai hari ini.. Moto pon dah rosak sana sini.. padahal baru setahun lebih.. walaupon aku beki second.. tapi waktu aku beli keadaan baik.. masih boleh bawak jalan jauh.. tiada repair tapi sebab tak dijaga dan service rosak motor tu.. motor bapak saudara aku belikan jugak sama rosak ditangan adik2 aku.. dan aku buat keputusan untuk repair dan hantar balik pada bapak saudara aku..

Terbaru aku ambik kereta.. ibu abah aku pernah ada kereta tapi sebab tak jaga maintanance kereta dah tak boleh pakai.. So kereta aku yang akan mereka guna ke sana ke mari.. aku tak kisah.. aku ambil kereta memag untuk keguaan bersama.. cuma aku marah bila orang tak jaga kereta aku.. orang guna tak jaga.. Aku tegur dan jadi pergaduhan ibu abah tak cakap dengan aku dan mula akan keluarkan ayat “kami tau kami sudah tak pandai macam hang, kami tak pegang dah kereta hang..” aku terluka lagi.. Tapi lepastu guna juga.. haha dan masih sama..

Sekarang aku tiada pekerjaan.. hampir 2 bulan aku tidak bekerja.. tapi sumpah aku tak mintak duit ibu abah sebab aku ada simpanan aku.. dan aku masih beli barang2 macam biasa.. sama macam aku kerja.. cuma tak sebanyak dulu.. dan aku mula rasakan ibu abah sudah mula tidak suka aku.. Ibu pon ada masa elok ada masa masam muka dengan aku.. Paling sedih aku diperli, diperlekeh oleh ahli keluarga aku.. Sedih hati aku.. lagi sekali hati aku terluka.. Sedangkan aku susah hati berusaha cari kerja sana sini.. buat bisnes online.. Aku nak kumpul duit kahwin.. sampai 1 tahap aku guna simpanan kahwin aku untuk keperluan keluaga dan aku.. tapi masih tak dihargai dan dibenci seperti aku tiada perasaan..

Adakala aku dilayan dengan baik.. adakala aku dibuang dan terasa hidup aku sendiri sorang2.. Aku sampai 1 tahap putus harapan dan lost.. aku sedih, terluka setiap masalah aku, aku tanggung sendiri.. Aku hadap sendiri.. aku tiada tempat untuk mengadu nasib atau bermanja.. Tapi apa pon mereka ibu abah aku.. aku sayang mereka.. Mungkin mereka sendiri tertekan dengan masalah mereka sendiri dan lepaskan pada aku.. aku cuba bersangka baik dan fikir positive.. aku harap aku dapat jadj anak yang bahagiakan mereka dan menjaga mereka sebaik mungkin.. doakan aku kuat.. Doakan aku dapat kerja cepat2.. doakan aku dapat bina keluarga bahagia aku sendiri.. doakan aku jadi anak yang baik..

– Anak sulung

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *