Aku Yang Banyak Berkorban, Tapi…

Assalamualaikum semua. Aku Hana (bukan nama sebenar). Aku adalah tunang kepada jejaka pilihan sendiri & kami bakal berkahwin hujung bulan depan. InshaAllah.

Malangnya pilihan aku ini tak disukai oleh ibu sebab dia adalah duda anak dua.

Aku seorang yang bekerjaya dan mempunyai simpanan yang banyak tetapi belum lagi mempunyai apa-apa aset. Aku tiada kereta kerana belum ada lesen. Aku tiada rumah tapi dalam proses untuk membeli rumah.

Selama ini aku banyak membantu family dari segi kewangan. Tiap2 bulan aku hulurkan sejumlah wang sama banyak untuk ibu dan walid. Jika ada sambutan birthday, aku belikan hadiah yang mahal2.

Bukan itu je, adik beradik pun banyak yang aku tolong. Pantang ada adik beradik yang susah, aku orang pertama yang hulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Berbalik kepada hubungan aku dengan tunang. Alhamdulillah tunang aku baik orangnya. Solat tak tinggal. Selalu memerap dalam rumah jika tiada hal penting diluar. Tak ramai kawan.

Dah hampir setahun bertunang dengan dia, tak pernah dia sakitkan hati aku. Malah, dia tak pernah berkira apa-apa dengan aku. Family dia pun baik-baik. Mak dia selalu melayan aku dengan baik.

Tapi kekurangan dia hanyalah satu. Dia kerja biasa-biasa je. Gaji dia pun berkali-kali ganda lebih rendah dari aku. Oleh sebab kekurangan yang satu inilah, ibu sering menghina tunang aku. Macam2 kata nista dari ibu untuk tunang.

Setiap kali tunang datang menyinggah, ibu mesti takkan keluar dari bilik. Kalau keluar pun kerana terpaksa. Itupun ibu tak pandang langsung muka tunang.

Ketika kakak tunang meninggal, ibu refuse untuk pergi ke majlis tahlil walaupun emak tunang beriya2 mengajak. Macam2 alasan yang ibu bagi. Tak sihatlah. Ada banyak kerja kat dapurlah..

Macam awal2 tadi aku cakap aku dalam proses membeli rumah. Pembelian tu tertangguh kerana PKP yang melanda baru2 ni.

Disebabkan aku akan berkahwin tak lama lagi dan rumah yang aku nak beli tu tak dapat disiapkan sehingga hujung tahun ini, aku dan tunang decided untuk tinggal di rumah tunang lepas kahwin nanti.

Tunang memang dah ada sebuah rumah flat. Cumanya dia tak pernah duduk di flat tu sebab belum sempat duduk, dia bercerai dengan bekas wife dia.

Lepas bercerai, dia terus kembali duduk dengan mak dia. Jadi rumah flat tu tak berpenghuni. Tunang akan singgah bermalam di rumah itu hanya 2-3 hari je sebulan.

Dalam rumah tu dah lengkap ada semua perabot. Hanya barang2 elektrik je yang belum ada contohnya peti ais, mesin basuh, tv dll. Tv tunang dah ada 2 biji tapi dua2 ada di rumah mak dia.

Aku plak memang dah ada peti ais dan mesin basuh sendiri. So, aku decide nanti nak bawak je peti ais & mesin basuh aku tu ke rumah flat tu nanti. Tunang plak akan bawak tv tv dia ke flat tu jugak. So akan lengkaplah rumah tu dengan segala benda basic.

Aku ada berbual2 dengan adik beradik tentang planning aku untuk mencantikkan rumah tu tetapi hal ini didengari ibu.

Tanpa aku sedar, ibu mengumpat dalam nada marah tentang hal itu kepada abang aku. Mujurlah abang aku berpihak kepada aku. Kata abang biarlah aku nak cantikkan rumah tu. Rumah tu kan rumah aku dan bakal suami juga. Thanks abang sayang!

Tak cukup dengan itu, ibu membuat akal baru. Memandangkan kami berkahwin dalam tempoh pkpp, ibu bercadang untuk membuat jemputan seramai 20 orang sahaja.

Sedangkan dia tahu aku telah mengajak rakan2 pejabat & saudara mara ke majlis aku nanti selepas menteri announce boleh buat kenduri tak lebih dari 250 orang hadirin.

Alasan ibu, tak perlu jemput ramai2. Tak penting. Sedangkan duit untuk majlis itu 100% adalah duit aku. Btw, ibu memang seorang yang kedekut untuk buat makan2 kepada orang sekeliling.

Isu ini tak habis disitu. Ibu menghamburkan kata2 nista kepada aku. Katanya, “orang bukannya nak sangat dekat kau tapi orang tengok kerja kau tu!”. Allahu… kenapalah berfikiran sebegitu? Tak laku sangatkah aku?

Sebelum kenal dengan tunang, aku pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki. Semuanya suka ambil kesempatan dengan mengajak aku tidur sekali. Semuanya aku tolak kerana aku ingin menjaga maruah.

Tunang aku adalah satu2nya lelaki yang tak pernah mengajak aku ke arah kemungkaran sebaliknya dia mengajak aku ke arah kebaikan dengan sering mengingatkan aku tentang kebaikan solat dan ingat Allah swt.

Ibu masih tak puas hati. Dia sering mengumpat tentang aku. Hal rumah baru juga diumpatnya. Katanya rumah tu mahal. Banglo 1 tingkat (3 bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu utama, 1 ruang makan, 1 ruang tv, 1 dapur & 1 bilik laundry)

Dengan harga tanah pemilikan freehold bernilai RM280K adalah sangat mahal baginya. Sedangkan sudah puas aku survey sana sini. Banglo setingkat semuanya mencecah RM380K ke atas.

Bawah RM380K kebanyakannya hanyalah rumah semi-D. Aku pulak tak suka rumah semi-D. Tambah lagi dia mengatakan kawasan yang aku beli tu adalah kawasan banjir.

Aku pelik macam mana pulak ibu tahu itu kawasan banjir sedangkan aku tak pernah bagitahu siapa2 pun lokasi rumah baru. Hal yang tak berkaitan dengan dia pun dia nak mengumpat. Ditokok tambah pulak tu.

Kat mana walid? Walid ada. A keputusan ibu, A jugaklah keputusan walid. Ape yang ibu tak suka, itulah juga walid tak suka. Menyokong aku, tak. Membantah aku pun tidak. Dia hanya menuruti pendapat ibu.

Aku masih ingat lagi ketika walid sakit. Anak2 lain semua refuse untuk jaga walid. Aku je yang menjaga walid siang malam. Tapi ibu dan walid tak nampak kebaikan yang aku buat.

Dia tetap menyanjungi kakak yang kaya. Sedangkan sekaya2 kakak, ibu dan walid tak dapat tumpang pun. Even time walid sakit pun, kakak tak nak datang menjenguk. Tapi anak itu jugaklah yang disanjung2 sangat.

Ya. Dalam ramai2 adik beradik, memang aku yang banyak berkorban. Kalau nak ceritakan segala pengorbanan yang telah aku buat untuk family ni, 40 muka surat pun belum tentu habis lagi.

Tapi dalam sebanyak2 pengorbanan yang dilakukan, tiada satu pun yang diingati ibu dan walid. Sebaliknya aku pula yang diumpat selalu, aku jugalah yang mereka selalu berkata2 belakang.

Sedih. Memang aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Dengan adik beradik lain, ibu boleh bercakap dengan lembut. Tapi setiap kali bercakap dengan aku, pasti dengan nada suara menengking atau sinis.

Ibu buat seolah2 aku ni tak ada perasaan. Ada je benda yang tak kena dengan aku. Ada je benda yang nak diumpatkan. Walaupun ibu dah buat macam2, aku tetap sayangkan ibu. Aku jugak tetap sayangkan walid.

Entahlah. Hati disiat-siat tapi masih lagi boleh memaafkan hanya kerana mereka ibu dan bapaku.

– Bakal pengantin yang sedih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *