Aku Yang Banyak Kekurangan III

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/aku-yang-banyak-kekurangan-ii/).

Aku Maya. Sekali lagi, terima kasih kepada admin sebab siarkan luahanku yang sebelumnya. Juga para pembaca yang sudi membaca sekalian. Aku nak sambung cerita luahanku.

Aku punya mental illness kini semakin teruk. Aku merasa yang aku sudah menjadi manusia yang tidak normal. Aku selalu berfikir yang diriku ini gila. Hilang akal.

Aku selalu berhalusinasi. Kadang aku terdengar suara, ternampak bayang dan merasakan kehadiran seseorang sedang berada disisiku.

Aku sentiasa mendengar suara2 kat dalam kepala aku ni. Berpusing2, satu2 ayat dan kata2 aku dengar. Banyak yang terlintas didalam otak fikiran aku. Ada yang baik. Ada yang buruk. Tapi yang pasti, banyak sekali benda yang buruk dan negatif.

Aku banyak termenung. Macam setiap masa aku termenung. Sebelum tidur pon aku akan termenung.

Disebabkan aku tak leh nak tidur, aku pon ada banyak dengar suara dan kata2 kat dalam kepala aku ni. Jadi, aku akan termenung sampailah aku terlelap. Bangun2 ja, dah pagi.

Aku jadi pelupa. Serius aku dah nyanyuk dah. Belom tua pon dah nyanyuk. Banyak benda aku dah lupa. Lagi2 time bangun pagi. Setiap pagi lepas bangun ja, aku akan lupa.

Aku lupa hari apa. Berapa haribulan. Perlu buat apa pada hari tersebut. Kepala aku kosong, dan aku akan mengelamun disitu dalam berpuluh2 minit. Sampailah aku dapat trigger. Contohnya, aku rasa nak ke tandas. Tapi tu pon lepas lama termenung.

Banyak memori aku yang telah menghilang. Terutama sekali memori bahagia. Sehingga sekarang aku lupa apa itu bahagia. Aku lupa bagaimana untuk senyum. Kalau aku cuba  senyum, aku rasa senyuman aku ni hodoh. Sebab muka aku murung dan kusam.

Aku sentiasa tak dak mood. Bad mood ja setiap masa. Asyik rasa nak naik angin lah. Marah lah. Sampaikan aku selalu menyakiti diri sendiri. Aku suka lukakan diri sendiri. Aku rasa lega selepas tu.

Bila aku rasa sakit dianggota badan aku ni, aku punya sakit di hati tak terasa sangat. Tu yang buat aku lega. Sebab, sakit di dalam hati ni tak sesakit luka yang parah di bahagian lain.

Aku suka cakap sorang2. Ketawalah. Gelak2lah. Macam2 lagi aku buat sorang2. Aku tahu aku hanya berseorangan. Tapi aku merasa yang aku sedang bercakap dengan orang2 yang sentiasa berada disisiku.

Aku dapat rasa mereka ada. Aku juga mempunyai banyak kawan imaginasi. Diorang ada ja kekadang datang kat aku lebih2 lagi time aku tengah sedih.

Diorang akan bawa aku bercerita. Bagi aku kata2 semangat. Kadang pandai gak usik2 pastu cakap benda2 lawak. Aku pon akan rasa lega setiap kali diorang ada. Akan tetapi, hakikatnya aku hanyalah berseorangan. Aku bercerita, tetapi bercerita dengan diri sendiri.

Sampai satu tahap aku selalu ditegur kerana aku kerap bercakap sendirian. Tapi bagi aku, benda ni aku dah biasa. Dan aku rasa normal. Aku rasa tak lonely sebab aku tahu aku masih ada diorang.

Aku ada banyak character dalam diri aku. Masing2 ada nama tersendiri. Aku boleh berubah jadi sape2 yang ada dalam badan aku. Secara automatik dan spontan. Contoh dalam seminggu, setiap satu hari tu ada ja satu character yang akan kawal badan aku ni.

Yang pasti, setiap character akan mahu  memunculkan diri mereka. Sampailah sekarang aku pon dah tak tau diri aku dah. Siapa aku pon aku dah lupa. Siapa aku sebenarnya. Aku jadi keliru. Tapi lama2 aku dah biasa. Aku dah tak kisah. Aku hanyalah aku.

Aku kalau ikutkan hati aku ni. Sejujurnya aku nak meluah segala-galanya yang terkandung dalam kepala, badan dan hatiku di sini.

Tapi aku takut. Aku tak nak orang tau aku siapa. Aku tak nak orang lain masuk dalam kisah kehidupan aku. Sebab aku tahu, ianya hanyalah akan menjadi memori buruk dalam kehidupanku.

Aku sentiasa menjauhkan diriku dari semua orang. Sebab, aku rasa kalau orang masuk dalam kehidupan aku, diorang akan tak selasa, tersakiti dan mahu menyakiti.

Akukan banyak mental illness. Aku juga tahu kekurangan diriku. Jadi, aku rasa lebih baik aku sendirian sahaja. Aku tak perlukan orang lain.

Aku manusia yang banyak kekurangan. Mental, fizikal dan semualah. Aku tak pernah terfikir pon yang aku akan hidup, lahir dan wujud ke dunia ni untuk memghadapi semua ni. Aku tak pernah mintak pon tuk wujud.

Tapi, banyak cakap pon tak guna, takdir tetap takdir. Yang paling penting bagi aku sekarang adalah hidup. Aku nak survive. Aku tak nak mati.

Walaupun aku selalu mencuba untuk bunuh diri, tapi aku tetap tak nak mati. Walaupun hati aku dan tak da. Hancur berkecai sampai meninggalkan kesan bekas luka, tapi aku tetap nak hidup.

Sakit yang aku rasa. Sakit yang aku alami. Sakit yang aku hadapi. Sakit. Aku dah terlalu sakit untuk merasa kesakitan.

Aku lahir dalam keluarga yang bermasalah. Mereka jugalah salah satu sebab yang telah menyebabkan aku menjadi seorang manusia yang sakit. Dahlah mental fizikal aku sakit, time sekolah memang bertambah2 lah lagi sakit jiwa aku ni. Dibuli itu memang wajiblah.

Aku sepanjang bersekolah, aku dibuli teruk. Teruk dia tu aku tak leh nak cakap. Aku ja tau camna rasa teruk dibuli waktu umur persekolahan aku. Inilah sebab utama aku sakit mental. Dibuli rakan sekelas, guru2, pelajar yang aku tak kenal.

Aku masih teringat2 memori2 pahit ni sampai lah sekarang. Aku dah trauma. Aku tak nak cerita apa yang diorang semua dah buat kat aku. Sebab, ianya terlalu perit untukku ungkapkan.

Sampai sekarang, aku ada masalah ngan masyarakat. Aku susah nak bergaul. Bercakap. Berkomunikasi. Kadang orang pon tak faham apa aku cakap. Sebab aku ni pelik. Cakap pon tah pape. Aku sendiri pon tak tau macam mana nak bercakap kekadang. Dah lah busuk diri ini.

Sakit mental pulak tu. Pastu tak dak kehidupan normal.

Aku tahu, begitu banyak persoalan yang terlintas di pemikiran para pembaca akan tentang diriku ini. Aku hanya mampu memberitahu luahanku yang ayatnya berterabur dan tidak begitu kemas.

Aku seorang manusia yang sangat suka berahsia. Aku yakin para pembaca pasti memahami mengapakah aku sebegini.

Macam biasalah, aku banyak lagi nak cerita. Tapi fikiran aku banyak melancong kesana kesini. Ni pon dah panjang dan banyak yang tak habis lagi. Banyak fikiran aku. Berserabut. Bercelaru. Semualah. Nanti aku cerita. Sekian.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *