Aku Yang Beria atau Sebaliknya

Salam dan hai semua, nama aku N. Aku seorang wanita berumur awal 20-an. 2 tahun lepas sewaktu PKP aku telah berkahwin dengan suami aku.

Aku namakan dia Abu. Suami 15 tahun tua daripada aku.

Kisahnya adalah perhubungan aku dengan Abu. Aku tak tahu macam mana nak cerita tapi benda ni dah lama aku simpan.

Abu sebelum kahwin memang tak romantik. Sepanjang kami bercinta, tak pernah dia cakap perkataan “I love you” dekat aku.

Nak panggil aku sayang / darling atau apa-apa nama panggilan manja memang jauh sekali.

Bila aku tanya dia kenapa tak pernah nk ungkap kata cinta, katanya dia tak pandai bab-bab tu tapi tengok pada “action” dia.

Awal percintaan memang aku yang start dulu. Aku start confess yang aku suka dia dan nak berkawan rapat dengan dia.

Kemudian sebulan selepas itu, dia pulak ambil langkah seterusnya, untuk kahwin dengan aku. Dia ajak aku kahwin. Setahun selepas tu baru kami kahwin.

Dia ni memang baik, dia jaga solat, tapi dia bukan lah alim sangat, hanya Hamba Allah yang menjalankan kewajipan. Dia bertanggungjawab.

Nafkah tak pernah tinggal. Dia pon tak pernah marah aku, tak pernah tengking aku. Lembut je pertuturan dia.

Cuma aku kadang-kadang confuse dengan dia, confuse dengan relationship ni. Dia ni sebenarnya suka ke dekat aku?

Atau dia sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai suami tapi sebenarnya perasaan dia tak ada? Dekat instagram dia, langsung tak ada upload gambar aku.

Masa birthday aku tak ada pon dia post gambar dia dengan aku wish birthday, bila birthday mak dia boleh pulak dia post dekat ig story dia.

Masa first year kenal dia pon dia tak ada ajak celebrate Birthday aku pon, sekadar bagi hadiah sahaja. Tapi tu aku tak kisah pon.

Birthday dia aku tetap celebrate, beli kek beli belon beli hadiah, buat surprise. Sebab nak bagi dia happy on his special day.

Masa bercinta, perbualan kami sangat lah hambar. Setiap pagi dia wish morning sahaja, lepas tuh masing2 sibuk kerja, waktu tengahari dia akan remind untuk lunch, lepas tuh malam dia wish goodnight.

Dah, cukup itu sahaja perbualan kami. Tak ada deep conversation, tak ada conversation tentang hati ke hati atau share rutin harian. Bosan, memang bosan. Sampai sekarang aku fikir kenapa aku boleh ok je masa tu.

Lepas kahwin, bila duduk serumah, kadang2 je bercakap, selebihnya buat hal sendiri.

Kalau kami keluar berjalan, mesti aku dulu yang start pegang tangan dia, tak pernah dia yang hulur tangan atau nak pegang tangan aku dulu.

Kalau waktu tidur, aku dulu yang start nak peluk, baru dia peluk. Tapi sekadar peluk macam tu je lah. Tak ada ungkapan cinta langsung. Tak pernah. Hanya diam membisu.

Kalau aku nak bergurau kacau dia mandi, mesti dia tak suka. Katanya tak selesa.

Tapi bila aku straight tanya dia kenapa nak kahwin dengan aku, mesti dia akan cakap sebab ada chemistry, dengan orang lain tak ada. Sebab tu dia pilih aku.

Tapi takkan lah langsung tak tahu nak ungkap kata cinta? Atau sebenarnya perkara ni normal? Atau mungkinkah dia tak ada perasaan? Atau sebenarnya aku yang terlebih beria?

Sumpah aku confuse.

Kadang2 rasa nak cakap je dengan dia kalau dia tak ada hati, jangan teruskan hubungan ni, Tapi aku sayangkan hubungan ni dan aku sayangkan dia.

Hmm ok itu jelah aku nak meluah. Terima kasih semua kalau sudi baca sampai habis.

Sekian,

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *