Aku Yang Dilaknat

Hati aku patah lagi. Tapi aku akui kekhilafan sendiri. Memang tak terhitung banyaknya. Tidak menyumbang apa-apa kepada suami & anak-anak.

Kerjaku tampak mudah. Tidak ternampak perlukan kudrat. Lantas tidak ada sebab untuk meminta tangguh ajakan suami yang cuma kadang-kala.

Tapi walaupun aku faham aku layak dimarahi, hati aku tetap patah. Kerana ini bukan kali pertama dia bersumpah dia tidak redha padaku, demi Allah. Adakah dia sedar betapa berat sumpahan itu..?

Betul aku meminta tangguh semalam. Anak2 belum tidur dan gemar mengetuk pintu mencari mama/ papa mereka. Tunggu mereka tidur, ucapku. Dan semalam bila mereka tidur, aku terlena.

Beberapa jam selepas itu aku terjaga untuk mencari dia, tapi nampaknya hatinya sudah tertutup. Memang salah aku kerana tak terucap maaf ketika itu dan memujuk.

Selepas subuh aku mencarinya kembali tetapi tiada balasan. Aku teruskan shj menyiapkan anak-anakku.

Benar ini bukan pertama kali aku menangguh. Ku gunakan perkataan menangguh bukan menolak kerana dlm masa yang terdekat dan keadaan yang mengizinkan, aku akan lunaskan.

Benar jika dia mengatakan dia sudah muak dgn cara aku melayannya. Aku paham itu. Dia menyatakan aku seakan terpaksa. Aku katakan aku sedang berusaha.

Jauh dari sempurna tapi untuk seorang yang overthinking sepertiku kadang2 payah. Dia katakan aku terlalu banyak alasan.

Sudah masa untuk ke tempat kerja, aku akan katakan tidak ketika itu kerana tak sempat mengangkat hadas besar. Jika berkira2 terlewat untuk solat aku hentikan dahulu supaya yang wajib itu tidak terganggu.

Sejak awal perkahwinan aku menyedari masalah ini, dimana badanku akan cuba menolak. Mungkin reaksi normal apabila aku terpaksa menahan kesakitan apabila bersama.

Pada ketika itu tidak banyak informasi seperti sekarang, tapi hasil carianku seolah2 masalahku sesuai dengan ciri2 vaginismus.

Pernah aku suarakan padanya tentang itu namun dia menolak (Aku rasa dia sudah lupa insiden ini). Aku terkial2 sendiri kerana tidak tahu pada siapa harusku mengadu jika pasangan sendiri menyangkalnya mentah-mentah.

Datang dari keluarga yang conservative banyak menyekat akalku dari berbicara tentang ini.

Aku perasan riak wajah doktor yang penuh concern apabila melihat aku bergelut menahan sakit apabila dia mangambil sampel dari pangkal rahimku untuk pemeriksaan lanjut semasa mengandungkan anak kedua. Dia bertanya tetapi Aku cuma tersengih sahaja..

Ada beberapa supplement Aku cuba untuk menyelesaikan masalah. Tahun ke-7 perkahwinan, rasa sakit itu hilang. Aku tidak tahu asbabnya tetapi kadar periodku terganggu lalu Aku menghentikan supplement2 tersebut.

Alhamdulillah itu tidak memberikan kesan kepada ‘kepulihan’ aku dari masalah sebelum ini. Rasa traumaku ketika bersama juga semakin kurang dan Aku mula rasakan ketenangan.

Walaupun Aku rasakan layananku semakin baik, mungkin kesan dari penolakan aku di 7 tahun awal perkahwinan ini diingatinya.

Ya, ketika itu memang salah Aku kerana menolak, dan bukan menangguh seperti sekarang. Adakah ‘negotiation’ untuk bersama itu wujud, atau cuma Aku yang complicated?

Dan hati aku patah riuk hari ini apabila dilaknat suami kesekian kalinya kerana hal ini. Hal yang tak pernah dibicarakan secara berhadapan, cuma akan timbul ‘mesej cinta’ seperti ini di skrin hpku.

“Demi Allah Aku tak redha dengan kamu.” Demi Allah katanya.

Seolah nilai Aku sebagai isteri cuma dibawah kain. Aku cuma mampu berdoa agar nyawaku atau nyawanya tidak ditarik dalam tempoh ini.

Perkahwinan adalah suatu ikatan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Sekiranya dari perkahwinan ini Aku tidak diredhai suami, apakah nilainya?

Mengenali aku, esok Aku akan kembali ketawa dan tersenyum seperti biasa. Untukku, anak2, dan bayi di dalam kandungan.

Tapi tiada tanda ini akan menjadi laknat terakhir kerana aku tahu di masa hadapan tiada jaminan Aku akan mampu melayan kehendaknya pd bila2 diinginkannya.

Aku tahu dia suami yang baik & aku penuh dgn kekurangan. Semoga kami diberi kefahaman & kekuatan untuk meneruskan masjid ini. Kerana setiap kali Aku disumpah, setiap itu hati aku patah, dan setiap itu melenyapkan sebahagian cinta Aku untuknya.

Aku tidak rasa dia akan membaca ini tetapi untuk kaum lelaki yang terlihat ini, mohon kalian usahlah cepat menjatuhkan hukum kepada isteri.

Fahamilah dan dekatilah mereka dengan kelembutan. Hendaknya tiada yang mengecam suamiku kerana kebaikannya terhadap aku selama ini takkan dapat aku balas..

Aku cuma menulis disini untuk meluahkan kekecewaanku kerana tiada lagi tempat yang boleh aku nukilkan, semoga bengkak ini dapat surut kembali.

– Aku perempuan itu. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *