Kisah kami bermula ketika aku berusia 13 tahun dan abang angkat pada ketika itu berusia 16 tahun.
Mungkin silap diriku yang tiba-tiba memanggilmu untuk bertanyakan arah tempat yang ditanya oleh pelancong dari luar negara. Aku masih baru di kawasan perumahan itu.
Jadi, banyak tempat rumah tumpangan yang tidak ku ketahui. Tanpa segan dan silu, aku bertanya. Abang, tau tak kat mana rumah tumpangan ni? Sambil menunjukkan risalah yang dipegang oleh mat salleh itu tadi.
Lalu lelaki yang aku panggil abang tadi pun menggeleng tanda tidak arif di kawasan ini.
Sejak perbualan itu, kami pun bertukar nombor telefon. Kerap kali juga kami berhubung melalui telefon sehingga bil telefon bulanan melambung tinggi.
Setelah beberapa minggu berkenalan, abang yang pada aku sangat kacak dan tampan mengajukan soalan. Boleh jadi adik angkat abang tak?
Lalu aku pun menjawab dalam telefon. “Boleh” . Tapi dalam hatiku berbisik. Kenapa adik angkat? Masa pun berlalu. Aku berasa seperti dipergunakan dan diriku hanya sebagai alat dan tempat abang angkatku meluahkan masalah yang dihadapinya.
Bermula dari masalah dengan keluarga sehinggalah masalah dengan cinta pertamanya.
Pada tahun kedua menjadi adik angkatnya, aku memberanikan diri untuk memutuskan bahawa aku tak mau terlibat dalam hidupnya lagi dan tak mau beradik dan abang angkat lagi dengannya tapi dia tiba-tiba menangis dan sebak setelah mendengar yang aku tak mahu lagi jadi adik angkatnya.
Aku sedar yang aku akan hanya selamanya menjadi adik angkatnya. Setiap kali dia membuka cerita tentang teman wanitanya, aku akan mula berasa cemburu dan seakan mahu pulang.
Hati seolah-olah dicarik-carik dan mahu melimpahkan air mata pada ketika itu juga. Egoku tetap ku jaga.
Takkan aku nak berterus terang yang aku telah jatuh cinta dengan abang angkatku sendiri? Tapi sungguhpun begitu, lama kelamaan tingkahku dan perwatakanku dapat dibaca oleh abang angkat.
Semakin dia yakin bahawa aku sememangnya menaruh perasaan kepadanya, semakin rancak dia menyakiti hatiku. Sudah berkali-kali aku ingin hidup jauh darinya dan aku akhirnya berpindah ke Kuala Lumpur. Bersekolah di Taman Shamelin Perkasa pada ketika itu.
Oleh kerana lama tidak berjumpa, dia mengikuti rakan- rakan yang ingin ke Kuala Lumpur. Aku sangat gembira dapat berjumpa abang angkatku yang datang dari pantai timur. Rindu hatiku terubat juga. Namun, aku masih tetanya-tanya.
Dia sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan aku. Tapi mengapa hubungan kami hanya sekadar adik dan abang angkat sahaja?
Adakah ini sekadar lakonannya semata-mata? Membuat diriku terasa bahagia kemudian dengan mudah meluahkan yang dia datang ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan teman wanitanya juga. Sekali lagi hatiku menangis kerana selalu menjadi tempat persinggahan.
Aku cuba melupakan dirinya dan memberikan tumpuan pada pelajaran dan peperiksaan SPM. Pernah aku dihubungi seorang wanita yang mengakui yang dirinya adalah teman wanita abang angkatku.
Aku menjawab salam dengan tenang dan memberikan sepenuh keyakinan kepada kakak tadi yang aku tidak mempunyai apa-apa perasaan sekalipun terhadap abang angkatku.
Sukar untuk dipercayai, abang angkatku selama ini hanya memanggilku “sayang” semata-mata nak melihat perubahanku yang agak liar dan tidak seperti seorang perempuan biasa.
Aku memang seorang tomboy. Merokok dan membuang masa dengan melepak bersama kawan-kawan di tempat bowling adalah aktiviti seharianku. Sehingga banyak kali abang angkatku menasihati supaya meninggalkan aktiviti yang tidak sihat itu.
Aku yang sering dipanggil sayang, mula menurut saranannya. Dari tidak pandai berbaju kurung, sekarang sudah pandai berbaju kurung.
Tiada lagi pemakaian berwarna hitam dan berseluar jeans. Aku pun hairan. mengapa aku perlu turut semua kata-kata abang angkatku?
Daripada berambut pendek seperti budak lelaki, sehingga dah pandai menyimpan rambut panjang. Dan yang terakhir dia sempat menghadiahi aku sehelai tudung. Aku menjadi seorang wanita yang baru persisnya.
Tiada lagi berpeleseran dengan kawan-kawan.Hubungan adik beradik angkat berlanjutan sehungga aku menerima jemputannya untuk menghadiri ke majlis perkahwinannya. Tidak dengan kakak yang dulu tetapi akak yang baru.
Aku memberanikan diri menghadiri majlisnya dengan ditemani ibuku. Sumpah. Aku sakit. Melihat dia mesra bersama isterinya. Aku sakit setiap kali melihat dia bergurau senda dengan isterinya di hadapanku. Ibuku sempat menjamu selera nasi kenduri.
Tapi aku hanya meneguk segelas air. Setelah ibuku selesai makan, aku pun mahu meminta diri untuk pulang. Abang angkatku mengiringi aku ke kereta. Sempat dia bertanya kepadaku. “Kenapa tak makan?”. Duhai hati, tidakkah kau fahami?
Betapa aku hanya menguatkan diri untuk tidak mengalirkan air mataku di hadapannya. Aku harus tabah. Aku harus kuat. Menangis di depannya akan merosakkan mood orang yang sudah bergelar suami.
Aku sakit dan hatiku tidak pernah berhenti menangis bila terkenangkan rakaman memori separa sedarku. Esok malamnya aku pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Aku sempat menelefon ibu angkatku. Aku ucapkan terima kasih kerana menjemputku.
Aku juga mengucapkan selamat tinggal kepada ibu angkatku kerana sejujurnya aku tidak berdaya untuk disakiti lagi. Ibu angkatku tidak memahami apa yang aku ingin sampaikan. Aku pun berkata, Ummi kan dah ada menantu. Buat apa ani hadir lagi dalam keluarga ni?
lalu ibu angkatku pun berkata. Dia ada abang. dia kena jaga abang. Habis, siapa nak jaga ummi? aku berkata lagi. anak-anak perempuan ummi yang lain kan masih ramai? mereka pun boleh jaga ummi.
Ummi masih belum dapat menangkap kenapa aku tak mau berjumpa dan terlibat dengan keluarga angkatku lagi. Lalu aku menceritakan hal sebenar yang aku telah lama menaruh perasaan pada abang angkatku. Ternyata aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja selama ini.
Tidak sanggup dianggap hanya sekadar “adik”. Aku pun cuba merenggangkan dan menjauhkan diri dari keluarga itu.
Tetapi ummi sentiasa memujuk diriku supaya menerima ketentuan Allah dengan redha. Semoga suatu hari aku dipertemukan dengan suami yang lebih baik daripada abang angkatku.
Kini, 25 tahun telahpun berlalu. Aku masih menjalin hubungan bersama keluarga angkat.
Aku telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan mencintai diriku sepenuh hatinya serta dikurniakan tiga orang cahaya mata. Teori kehidupan takkan berubah.
Seandainya kita terima ketentuan Illahi dan redha serta selalu berdoa kepadaNya, kita akan dipertemukan jodoh yang sesuai dengan kita.
Cinta tidak semestinta memiliki tetapi berpeganglah pada petua. Cintailah dia yang mencintai kita. Sekian.
– mj69 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit