Aku Yang Lemah atau Ujian Yang Berat?

Hye iium confession readers. Nama aku Honeydew. Sudah tentu ini bukanlah nama sebenar.

Aku merupakan graduan tahun akhir di salah sebuah IPTA di tanah air dan sedang menjalani latihan industri di sebuah firma yang menyediakan perkhidmatan dalam hal berkaitan urusan kewangan syarikat. Senang cerita aku praktikal dalam ‘professional field’.

Aku tak tahu nak mulakan kisah aku dari mana, sebab sudah terlalu lama aku hadap dan pendam rasa ini. Sejak dari sekolah hingga ke universiti. Tapi bagi aku, zaman universiti menjadikan aku makin teruk.

Maaf juga sebab nukilan ceritera hidup aku ini agak panjang dan terima kasih kepada yang baca sampai ke akhir ayat. Aku hargai.

Dipendekkan cerita, sejak aku memasuki tingkatan empat aku secara tidak langsung aku jadi mudah ‘down’, jadi mendingin dengan orang. Dan yang paling teruk, aku jadi ‘anxiety’ setiap kali aku perlu ke depan kelas untuk ‘present’ or etc.

Aku jadi berfikir semua budak kelas aku pandang aku dengan pandangan menghukum aku, pandangan yang mengatakan aku b****h dan lain lain.

Aku jadi menggigil dan ketakutan. Padahal sebelum ini aku merupakan seorang yang periang dan peramah, semua orang aku nak tegur dan jenis lantang bersuara. Senang cerita jenis ‘happy go lucky’.

Tapi lain kisahnya bila aku memasuki tingkatan empat, mungkin kesan daripada layanan keluarga aku juga. Yang ni aku taknak ceritakan sebab aku tahu ini merupakan aib yang perlu aku jaga. Tapi cukuplah layanan mereka mempengaruhi cara aku berfikir.

By the way, sebelum ini aku tinggal bersama dengan nenek aku sejak kem4tian atuk aku selepas habis UPSR. Kiranya masuk sekolah menengah aku tinggal dengan nenek aku.

Habis jer PMR, aku tinggal kembali bersama keluarga aku. Sejak dari situlah hidup aku mula berubah.

Aku jadi semakin tertekan dan mudah ‘down’. Tiap tiap hari kena ejek kena hina. Aku tahu salah aku, tapi tidak perlulah berkata sedemikian rupa. Tapi aku diamkan saja.

Kadang kadang aku sengaja balik lewat dari sekolah sebab aku serabut berada dalam rumah.

Tipulah aku tak pernah menangis dekat masjid sekolah kalau teringat layanan keluarga sendiri. Sebelum tidur pun kadang kadang aku ternangis jugak. Mungkin salah aku terlalu lemah dan hati tisu.

Sampailah aku hampir dengan peperiksaan besar tingkatan enam, aku tak tahan. Aku cuba ubah cara berfikir aku ikut apa yang mereka nak. Aku s3ksa minda aku ikut apa yang mereka nak anak mereka jadi.

Setiap kali aku berfikir dengan cara berfikiran yang lama, aku ketapkan gigi dalam masa yang agak lama dengan harapan minda aku kembali fokus kepada cara berfikir yang baru.

Ya aku tahu korang mungkin tak faham apa yang aku buat. Macam mana boleh jadi minda yang baru hanya ketapkan gigi. Aku pun tidak tahu nak jelaskan macam mana, tapi cukuplah aku ceritakan ia amat menyeksakan aku. Seperti mengubah sesuatu yang neutral menjadi palsu.

Aku ubah cara berfikir dan personaliti aku secara total. Hanya kerana nak memuaskan hati orang yang aku sayang. Tapi sejak dari situlah, kehidupan aku bertambah teruk.

Tekanan minda dan jiwa aku makin bertambah, zaman sekolah dan universiti aku hancur dari tahun satu hingga sekarang. Bayangkan setiap kali aku nak belajar, otak aku sakit, berdenyut dan kepala aku rasa bagaikan mahu tersembam ke tanah.

Aku tak boleh fokus nak belajar tapi yang b****hnya aku, aku teruskan jugak ‘cara’ aku yang mahukan ‘berfikiran baru’. Sebab aku cuma satu, aku nak memuaskan hati orang yang aku sayang.

Aku tak bagi sikit pun ruang kepada personaliti aku yang dulu datang di benak fikiran aku. Aku tahu mereka benci ‘diri’ aku yang dulu.

Kesannya aku menjadi semakin pendiam, buat hal sendiri, suka berseorangan dan tak suka bergaul. Aku semakin berfikiran negatif dan mudah sakit kepala.

Tipulah aku tak cemburu dengan kawan kawan aku yang lain bila mereka di alam universiti, semua pandai bergaul, masing masing boleh jadi diri sendiri, tidak seperti aku.

Boleh skor dalam peperiksaan, gembira dengan ‘life’ universiti, masing masing ada geng dan boleh dikatakan semua orang ada kenangan manis bila berada di universiti.

Tapi tidak bagi aku, aku selalu diumpat oleh budak sekuliah dan budak rumah sewa (bukan semua), selalu dipinggirkan, dibenci, aku tahu semua ni pun sebab ada salah seorang dari kawan aku yang aku kurang rapat ceritakan segalanya pada aku.

Ya aku akui aku tidaklah ‘perform’ baik ketika jawab peperiksaan mahupun ‘group assignment’ tapi aku tidaklah sampai ‘free rider’.

Macam mana aku nak belajar kalau setiap kali aku belajar aku sakit kepala? Aku jadi mudah lupa. Dalam kuliah susah nak faham, nak fokus. End up aku mampu nangis jer tiap kali nak belajar waktu exam nak dekat.

Kepala aku akan berdenyut dan sakit sangat. 4 tahun degree aku, aku hadap situasi ni je. Nak ja hempap kepala di dinding sebab terlalu sakit. Ramai yang judge aku sebab aku tak perform, pandang rendah dan macam macam lah.

Dari situlah aku kenal siapa sebenarnya yang boleh dijadikan kawan. Banyak benda yang aku suka buat dulu tapi bila masuk uni, aku tinggalkan.

Boleh dikatakan di sekolah dulu aku adalah atlet, seorang yang kuat berpersatuan dan suka berkarya. Tapi bila di uni, aku masuk sekejap saja apa yang aku nak join dan terus stop. Aku jadi bukan diri aku yang dulu.

Aku rindu dengan diri aku sebelum tingkatan empat, aku happy saja. Aku skor exam aku. Otak aku tak serabuk fikir apa yang orang kata tentang aku. Aku bebas tanpa dikonkong sesiapa. Aku rindu ‘jiwa’ yang pernah aku ada.

Sepanjang ujian yang aku lalui selama ini, banyak hikmah yang aku dapat. Aku jadi seorang yang tidak sewenang wenang menghukum sekiranya seseorang itu menjadi murung atau ‘down’. Sebab aku tahu dia sedang melalui fasa mentalnya sedang diuji.

Walaupun luaran nampak biasa biasa saja, tapi dalamannya hanya Allah saja yang tahu bagaimana empunya badan berperang dengan mentalnya sendiri. Akhir kalam, aku sayang keluarga aku.

Aku berkongsi cerita kisah hidup aku bukan untuk kalian menghukum watak watak yang aku ceritakan melainkan untuk kalian ambil iktibar apa yang aku lalui. Janganlah jadi keluarga yang ‘toxic’ untuk ahli keluarga yang lain.

Kepada yang bakal dan yang sudah menjadi ibu bapa, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dan berhikmah dalam menegur. Tersilap kata daripada mulut kalian mungkin boleh mempengaruhi minda dan tingkah laku anak anak kalian di masa akan datang.

Tapi Alhamdulillah sekarang aku agak tenang sedikit dari tekanan yang bertahun tahun lamanya menghempap aku walaupun aku selalu diserang sakit dan kepala berdenyut. Mungkin sebab aku terlalu penat dengan semua ni.

Sudah tiba masanya untuk aku melepaskan segala pekung yang bersarang di dada. Doakan mental aku sembuh dan kembali ceria seperti dulu.

Sincerely,

– Honeydew (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *