Aku Yang Mencari Allah

Assalamualaikum ..

Tika dan saat ini , sesungguhnya untuk confess aku disini aku cukup malu . Ya, aku yang sedang mencariNya. Aku berusia 24 tahun dan aku tak pandai dalam erti kata lainnya aku lansung tak boleh membaca mahupon mengaji Al-Quran seumur hidup aku. Solat aku pernah solat tapi aku tak tahu sama ada solat aku di terima Allah atau tidak. Sesungguhnya aku malu, aku malu dengan diri sendiri dan aku malu dengan Allah.

Aku di lahirkan di dalam sebuah keluarga yang menikmati mewah dunia tetapi tidak di akhirat. Aku rasa tak perlu aku cerita panjang lebar mengenai keluarga aku , melalui ayat di atas aku pasti ramai yang faham macam mana kehidupan aku. Walaubagaimana pon itulah keluarga aku dunia dan akhirat.

Sepanjang 24 tahun aku hidup sihat walfiat di muka bumi ini tapi aku masih sombong dengan Allah. Tipulah kalau langsung tak terdetik di hati ni nak membaca al-quran , nak sembahyang , nak jadi Islam yang sebetulnya Islam. Tapi aku tak ada saluran yang betul untuk aku tuju, malu salah satu faktor. Zaman makcik/pakcik bawang sekarang ni, aku jadi takut nak meminta tolong sesiapa ajarkan aku mengenal Allah.

Waktu sekolah dulu aku paling takut bila tiba waktu pendidikan Islam, aku masih ingat buku aku pernah di buang di luar tingkap oleh ustazah sebab aku tak boleh membaca surah al-lahab(maafkan aku kalau salah). Sejak dari tu dalam buku teks tu di setiap surah aku rumikan bacaannya dengan bantuan orang dan aku sangat bernasib baik kerana aku di kurniakan daya ingatan yang kuat. Setiap kali exam untuk lulus fardu ain aku berjaya dengan menghafal setiap surah tanpa aku kenal huruf dan tahu membacanya.

Aku tahu Allah sayangkan aku tapi aku masih sombong denganNya. Aku tak solat. Hanya bila ketika hati terdetik barulah aku solat dengan menghafal cara-cara melalui buku tapi aku lemah, aku lalai maka syaitan sentiasa menghalang dan aku biarkanya. Aku akui, masalahnya sekarang diri aku sendiri, aku yang tak berusaha tapi jangan kecam aku, aku juga mahukan syurga. Aku tahu perkara pertama yang di tanya bila aku mati kelak adalah solatku, aku tahu dan aku takut dengan dosa-dosa aku selama hidup.

Aku bukanlah anak-anak gadis yang berpeleseran kala malam menjelma, aku juga pernah mengalami masa remaja, tipulah kalau aku tak begitu dulu. Tapi semua tu dah lama aku tinggalkan, aku jadi tak suka akan dunia luar, aku lebih gemarkan berada di rumah, tentang berpasangan juga aku jadi tak kisah, gaya pemakaian aku jugak tak seperti dahulu, gaya tudung juga yang dulu singkat aku mula labuhkan, rasa tak selesa bila terasa di perhatikan. Sesungguhnya aku terasa banyak berubah. Tapi aku tahu itu masih tidak cukup untuk bawa aku kesyurga.

Aku tahu Allah sayangkan aku, dia jauhkan aku dari dunia luar, jauh dari melakukan dosa maksiat.

Aku mohon jika sesiapa yang disini , yang tahu di mana tempat yang sesuai untuk aku belajar membaca alquran, solat,(pondok mungkin) mohon bantu dan doakan aku semoga hati agar terus istiqamah dalam mencarinya.

# aku ada download app Al-Quran versi melayu.

– Gadis B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit