Aku Yang Tak Berguna

Hye, thanks admin kalau siarkan confession aku ni. Aku tulis confession ni atas sebab aku teringin meluahkan perasaan yang lama terbuku dalam hati aku & kalau boleh tolong berikan pendapat korang sekali ya. Aku memang prefer nak luahkan dekat strangers sebab lebih selesa. At least korang tak kenal aku, hahaha.

Aku seorang perempuan yang dah kahwin dan belum ada cahaya mata. Aku juga merupakan bekas graduan beberapa tahun yang lepas. Aku tidak berkerja dan buat penyelidikan pun separuh jalan. At this stage aku masih lost & aku sendiri masih tak boleh nak decide apa yang aku nak buat dalam hidup aku. Tengok orang lain semua berkerjaya,ada kereta mewah, ada kerjaya stabil sedangkan aku dah rugi beberapa tahun pengalaman berkerja & aku masih tiada benda tu semua.

Kadang-kadang aku rasa diri aku ni ibarat suatu bebanan buat suami aku. Maklumlah takda kerja & apa je aku buat mesti tak menjadi. Walaupun hakikatnya dia sendiri tak kisah kalau aku taknak kerja & dia tak minta pun untuk aku berkerja. Aku kalau boleh memang taknak bergantung dengan suami 100%. Dengan keadaan kami sekarang,memang boleh je kalau aku tak berkerja. Hidup selesa alhamdulillah boleh melancong at least setahun sekali. Bukan aku tidar bersyukur tapi aku rasakan aku ni memang tak berguna & tak ada apa-apa achievement pun. Sampai satu tahap aku rasa baik aku pergi je dari dunia ni. Dah la belajar tak habis, menghabiskan duit parents & masa yang terbuang macam tu sahaja.

Mak aku pulak jenis senang terpegun bila tengok kawan-kawan aku kerja best2, senang dapat kerja. Aku cuba apply tapi masih belum ada rezeki. Aku bukan nak kecil hati tapi aku rasa bersalah sehingga sekarang aku masih lagi tak dapat nak balas jasa dorang. Ya Allah useless nya aku. Cucu pun tak mampu bagi lagi. Aku pun sedih jugak bila tengok husband aku, dia memang mengharap sangat nak ada baby. Tapi masih belum ada rezeki. Lagi pun keadaan masih tak mengizinkan buat kami berdua. Korang mesti boleh nampakkan apa masalah aku sekarang ni? Macam memang sueh je haha semua benda tak jadi.

Pernah tak korang rasa lost macam ni? Korang sendiri tak tahu apa yang korang nak dalam hidup? Dan kadang-kadang semua benda macam tak menjadi bila korang cuba? Tolong nasihatkan aku ya & doakan aku kuat :)

– Kuih pelita

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *