Aku Yang Tak Dapat Bertahan Lagi

Assalamualaikum pada semua pembaca setia confession iiumc, selalunya aku menjadi pembaca setia ruangan ni, kali ni tak sangka pula aku yang menghantar confession disini.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Fiya, berumur lewat 30an, sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Kisah yang ingin aku ceritakan ini mungkin tak sesulit kisah orang lain, tapi aku berbesar hati kalau ada yang sudi membaca dan memberi pandangan seikhlasnya. Mungkin kecil pada orang lain tapi berat bebannya bagi aku.

Untuk cerita pada orang, aku malu, lantaran aku juga punya ramai kenalan di medsoc, bimbang persepsi negatif mereka terhadap suamiku, memandangkan kisah yang ingin kuceritakan lebih berkisar tentang dia.

Kehidupan keluarga ku alhamdulillah, dikurniakan beberapa orang anak dan kehidupan yang bahagia. Nafkah zahir dan batin tak pernah bermasalah. Anak anak sihat.

Aku dan suami menjalankan perniagaan secara bersama. Boleh dikatakan aku adalah tulang belakang yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Dia suami yang baik, bertanggung jawab, bos yang tegas pada pekerjanya, bukan kaki perempuan, seorang yang hardworking. Pendek kata tiada yang kurang. Serba sempurna di mata orang luar.

Kerana terlalu sempurna itulah aku menjadi mangsa tekanan kerana aku tulang belakangnya harus menjadikan semuanya rapi dan teratur.

Kalau dulu, aku tak kisah untuk membangunkan perniagaan ini bersama, kerana aku berpendapat, suami isteri itu harus berganding bahu, susah dan senang bersama.

Untuk makluman, aku punya perniagaan ku sendiri, tapi sejak aku latih staff yang cekap, aku sudah mampu memantau perniagaan ku dari jauh. Masa yang sepatutnya aku luang untuk perniagaan ku, aku halakan kearah perniagaan kami bersama.

Ini disebabkan perniagaannya yang baru membangun, amat memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik.

Disebabkan aku sangat sangat memahami selok belok perniagaannya, dia meminta aku membantunya serba serbi sekaligus dapat mengurangkan kos membayar gaji staff.

Aku tak kisah pon kalau aku tak diberi gaji, pada aku, perniagaan aku sendiri pon sudah cukup memberi pulangan yang lumayan.

Jadi aku membantunya secara ikhlas tanpa mengharapkan apa apa. Semua atas nama ikhlas, asal saja kami sama sama senang demi masa depan anak anak.

Hari bersilih ganti, perniagaannya menunjukkan hasil yang positif, walaupon negara kita dilanda wabak covid, kami masih survive tanpa membuang seorang pon staff yang sedia ada.

Sebaik saja habis pkp yang ketat kelmarin, perniagaannya semakin menapak ke peringkat yang lebih tinggi. Tentu saja memerlukan komitmen yang lebih lagi. Pada masa ini aku nampak dia semakin serabut.

Jangan kata perniagaan yang maju tidak serabut, bila semakin maju, lain pula cabaran dan masalahnya. Mungkin juga sebab dia bukan seorang yang multitask, jadi tak semua perkara boleh dicapai dalam satu satu masa. Aku memahami kekurangannya dan sentiasa disisi membantunya.

Pada masa ini, akulah yang menjadi pembantu untuk melaksanakan tugas nya. Kadang aku overtime jadi kerani am, kadang jadi kerani akaun, kadang aku jadi pekerja dikilangnya, kadang aku jadi runner, kadang aku jadi cleaner.

Staff ada, tapi disebabkan dia tak beri penegasan pada staff, atau entah dia punya sifat tak percaya pada staff, tau tau aku yang kena buat semua tu.

Itu pon bagi aku tiada masalah, sebab aku dah biasa buat semua tu. Niaga aku yang dulu pon bukan terus senang, semua pon aku buat sendiri awalnya.

Konflik bermula bila aku yang ikhlas membantunya ini, sudah mula menjadi tempat dia melepaskan marah. Kadang tak puas hati dengan staff, disuruh pula aku yang menjadi orang tengah.

Dia seorang yang keras, dia bimbang jika dia yang menegur, staff akan berhenti serta merta. Berbeza dengan sikap aku yang lebih berdiplomasi, aku lebih suka memberi peluang kepada staff untuk memperbaiki.

Bila aku sudah cuba menyampaikan pada staff semua kemahuannya dan memberi maklum balas kepadanya kembali, dikatakan aku terlalu cover kesalahan staff.

Begitu juga dengan driver. Bila transport rosak, dah tentu harus dibaiki dibengkel. Kadang dia sendiri yang pesan pada driver untuk baiki transport jika rosak, bila driver hantar ke bengkel, dia marah pula driver dikatakan driver suka buat keputusan sendiri.

Tapi masalahnya, dia tak marah directly pada driver, dengan aku juga dibebelnya. Aku jadi tak paham, bila aku ingatkan semula kata katanya sebelum ni pada driver, ada saja alasannya untuk berdalih.

Banyak lagi perkara yang tak dapat aku nak senaraikan satu persatu. Begitulah sikapnya, asal saja tak berkenan pada staff, habis aku dibebelnya. Seolah olah aku yang mendidik staff nya jadi begitu.

Kadang hatiku berkata, kalau macam ni sikap dia, siapalah yang tahan nak bekerja dengannya. Dia tak percayakan staff, dia mengharapkan aku membantunya. Dalam masa yang sama, dia menekan aku dengan kepelbagaian masalah.

Kadang jalan untuk masalah itu ada, tapi dia takkan pilih cadanganku. Bila jadi masalah kemudian hari, 100% kesalahan itu dihempap kebahuku. Ibarat harini cakap lain, esok cakap lain. Aku jadi pening. Harini di bilang A, esok kulaksanakan aA dibilang pula salah.

Hujung hujung, dimarahnya aku dengan berkata.. Kenapa tak bincang dengan abang?? Aku jadi sesak. Demi Allah kalaulah boleh aku letak jawatan, dah lama aku letak jawatan. Sudah pernah kutaip surat perletakan jawatan, dibilangnya aku tak mahu membantunya.

Kami selalu bergerak ke office dengan berlainan kenderaan, kerana aku lebih punctual aku tak mahu menjadi contoh tak baik pada staff. Sikap ku ini juga salah dimatanya, katanya, aku ni pengurus yang tak pandai manage kerja. Sebab pagi pagi aku dah kelam kabut nak uruskan perniagaan,

Katanya, kenapa tak buat semalam? Agaknya dia lupa semalam juga hayatku habis bersama dia menyelesaikan tugas office.

Aku jadi speecheless. Habis takkanlah aku nak sama sama lambat dengan dia. Tapi dengan lembut aku kata, takpelah, abg bos, kalau lambat sekalipon takda sapa marah.

Ada masanya bila aku tak tahan sangat, aku block nombor dia. Aku akan memandu tanpa hala tuju, kadang ke tepi pantai, aku menangis sepuas puasnya.

Hati aku ni kalau orang boleh nampak, penuh koyak rabak kot. Bila dah kembali tenang, aku akan kuatkan semangat semula.

Semalam kemuncaknya, sedang aku menyusun duit cash company, dia tanya padaku, kenapa tak masukkan bank?

Aku kata, aku tak sempat, kerani sibuk sebab banyak tugas dibuat. Esok aku bank in kan dan aku bercadang nak tambah kerani baru. Aku tak mahu tugas mengira dan bank in duit ni ku lakukan lagi.

Sebenarnya aku dah terlalu penat kehulu kehilir. Tiba tiba dia meledak marah, duit ni patutnya tak payah kira macam ni, beli saja keperluan kilang, supaya tak susah masuk bank. Aku jadi bingung, kalau cash yang ada buat beli barang, macamana akaun company nak aktif?

Katanya lagi, dulu dia pegang cash tak pernah banyak macam ni, semua dia buat beli barang. Dia seolah menyalahkan aku pegang cash company begitu.

Jadi kutawarkan dia untuk ambil duit tu dan belilah barang, memandangkan tugas tu pernah dia buat dulu.. Ehh, tak mahu pulak dia. Entah apa yang dimahunya aku pon tak tahu. Mungkin sengaja nak marah marah aku. Entahlah. Bingung aku.

Pernah aku terpikir, untuk say goodbye saja dengan semua ni. Tapi aku takut pula kalau perniagaannya gagal, pasti lebih lagi aku disalahkan kerana tak mahu membantunya, dan impactnya akan ditanggung pada kehidupan anak anak.

Jadi, apa harus aku buat lagi? Nak dibantu, aku sudah bantu. Cuma aku tak sanggup lagi dimarah setiap hari.

Kadang selesai saja tugasku, aku akan cepat cepat meninggalkan office dan menghilangkan diri. Berkali kali dia call dan whatsapp tidak aku jawap kerana aku tak mahu hatiku disakiti. Rasanya, apa masalah dia ya?Aku semakin tak faham.

Buat suamiku.. Aku bisa jadi matahari, bisa jadi rembulan, bisa jadi apa saja yang kau mahu, tapi tolonglah jangan marah marah.

– Fiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *