Aku Yang Tersakiti

Aku Yang Tersakiti

Assalammualaikum admin dan para pembaca semua. Terlebih dahulu, aku ucapkan jutaan terima kasih pada admin jika confession aku disiarkan. Semoga ia menjadi tauladan pada para pembaca.

Maaf jika posting aku panjang. Nama aku Nani (seharusnya bukan nama sebenar). Sejujurnya, kisah hidup aku ni mungkin kisah biasa yang ada kat page alam perkahwinan yang ada kat mukabumi Malaysia. Cumanya aku harap post aku ni mampu membuang segala-gala kenangan hitam yang susah sangat nak dipadam dalam memori hidup aku selepas ni.

Aku kenal dengan Firdi dari zaman belajar lagi. Dia bukanlah kategori kacak tapi manis tu ada dan paling penting sifat ramah dia tu buat ramai orang selesa dengan dia. Aku selesa dengan family dia, mak dia memang best gila. Setelah 5 tahun kenal akhirnya kami memilih untuk berkahwin. Masa awal perkahwinan, aku dan Firdi duduk berjauhan (pjj). Kat sini la bermula segala kisah kecurangan yang disimpan kemas si Firdi yang aku tak tahu. Dia simpan kemas dan baru sebulan kahwin dah pon kantoi.

Naluri isteri jangan buat main ye.. Jaranglah sangkaan meleset kan, hehe. Hubungan dia dengan skandal sama tempat kerja aku dapat hidu. Tapi tu lah jenis aku ni bukan bangsa suka menyerang semua pihak. Aku perhati je. Kumpul semua maklumat sendiri tanpa bocorkan pada mana2 pihak famili. Yelah, rumah tangga kita, kene la jaga sendiri. Kalau boleh settle sendiri tak perlu libatkan mak ayah. Sampailah satu hari aku ke sana (tempat Firdi tinggal dan kerja), aku slow talk dengan dia.

Keluarkan semua bukti yang aku dah peram lama dan akhirnya dia mengaku sampai menangis keluar air mata jantan berjurai-jurai pasal takut kantoi dengan mak dia… erkkkk…. (bodohnya aku time tu). Dia mengaku pernah ada affair dengan this girl tapi putus dah. Padanlah, baru nikah sebulan asyik cakap nak kahwin lagi okey. Fullstop! Dia tanya aku, kalau terjadi lagi benda macam ni, aku maafkan dia tak? Aku dengan lurus dan yakinnya cakap ni peluang terakhir sebab rasa sangat confident yang dia tak akan ulang benda sama selepas melalak macam mak esah nak kena pancung kepala.

Tapi aku silap menilai, selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak Allah uji kerukunan rumahtangga kami. Kali ni amat dasyat dan paling dahsyat dalam sejarah hidup aku. Aku dijandakan demi menghalalkan janda lain. Owhhh, indah bukan hehe… Sangat tak sangka, aku anggap Nora macam adik aku sendiri. Bantu dia dalam bisnes tapi aku ditikam bertubi-tubi oleh dua insan ni. Oh ye, masa awal kahwin kitaorang memang struggle. Sampailah dah hampir complete punya segala bisnes, kerjaya, kenderaan, rumah dan anak setelah beberapa tahun kahwin baru dikurniakan anak. Finally Allah tarik segala-galanya apa yang kami dah ada macam tu aje.

Wahai pembaca, besar taw efek kecurangan dan penceraian ni. Mungkin Nora tertarik dengan segala yang dimiliki Firdi. Tapi dia mungkin juga tak perasan sebalik kejayaan Firdi ada aku kat belakang tu. Sampai hampir separuh gaji aku terhumban pada hutang-hutang jangka panjang demi nak bina kehidupan yang lebih baik. Aku tak lupa ayat Nora pada aku “tak pandai jaga laki” katanya. Depan aku,dua-dua buat macam takda apa terjadi.Berlagak macam kawan bisnes aja,tapi rupanya skandal. Firdi dah start balik rumah lewat pagi hari-hari.

Aku kat rumah dengan anak dibiar macam tu aja. Pandailah nak makan apa nak pergi mana. Sebab dia banyak urusan bisnes katanya. Setiap hari aku tak boleh tidur sebab tunggu sang suami balik. Sampai tahap aku boleh basuh baju pagi-pagi buta bagi isi masa lapang tunggu laki balik. Bodohnya masa nih. Lama-lama hampir dua bulan perkara ni terus berlaku dan dia terus tak selera nak sentuh aku. Pernah satu hari tu aku mintak hak aku sebagai isteri untuk dilayan, dia janji dia nak balik rumah malam tu. Tapi dia tak balik. Aku dengan harapan tinggi tunggu dia dari malam membawa ke subuh pon tak balik dan akhirnya dekat tengahari baru muncul. Memang dia layan aku tapi lepas tu dia cakap macam ni “puas dah nak sangat kan” muka dia memang tak happy langsung. Masa tu aku rasa aku macam seorang p*l*c*r paling murahan dalam dunia nih. Itulah lah trauma yang aku tak dapat nak hilangkan sampai sekarang. Sejak itu dia terus tak berminat nak sentuh si halal nih.

Setelah berbulan aku tanggung derita ni tanpa sesiapa pon tahu. Aku hanya luah atas sejadah dan peluk erat anak aku yang waktu tu baru umur setahun lebih. Tiap kali aku menangis, dia datang tepuk bahu aku. Anak aku kekuatan aku. Cerita aku bukan saja dicurangi tapi turut terkena buatan dari Nora. Aku sakit,mungkin juga efek dari stress lagi mudah aku jatuh sakit. Lepas asar aku jadi makin murung. Takut nak keluar rumah. Muka aku memang dah tiada seri langsung. Muka hampir senget sebelah. Aku dah macam mak esah. Anak aku selalu jadi mangsa marah aku. Aku menyesal sangat-sangat pada anak aku. Tapi apakan daya aku lemah yang amat. Mujur keluarga dan kawan-kawan banyak bagi sokongan.

Masa ni aku dah bagitahu famili selepas dia kantoi bawak balik Nora tidur rumah kami hanya mereka berdua dalam tu depan mata aku dan anak. Dapat bayangkan hancur ntah tahap ke berapa dah hati aku lagi dan lagi. Tak lama tu dia ajak aku bercerai. Aku cakap bagi aku masa sebulan baiki keadaan.. Dia setuju. Teruskan kata dia. Dalam tempoh sebulan lagi kuat dia tak balik rumah dan aku amik ruang yang ada tu untuk ubat diri aku yang ‘sakit’. Duit habis untuk berubat. Alhamdulillah aku makin pulih dan makin kuat untuk anak aku… perempuan sekali kalau dia dah move on, habis lah kau wahai kaum adam. Sampai tahap aku dah bosan, pujuk nak berdamai makin mengada-ngada tak nak balik. Jadi aku ambil keputusan undur diri demi kebaikan dan kebebasan yang Firdi mahukan.

Segar diingatan aku kata-kata dia ni hingga aku terpaksa bawa diri dan taknak terhegeh-hegeh lagi.

1) Dari dulu lagi rasa cinta pada aku hanya lah on off semata.

2) Dah lama nak lepaskan aku masa bertahun tak ada zuriat tapi tak jadi bila taw aku dah mengandungkan anak dia. (Padan macam tak happy bila aku cakap aku pregnant).

3) Nak mulakan hidup dia dari zero semula (lawak sejenis apakah ini). Akhirnya kami berpisah dan Allah sangat permudahkan segala urusan penceraian secara baik kami walaupon dalam tempoh eddah dia macam orang gila talak.

Ucapan pertama selepas bercerai yang aku terima dari salah insan yang sangat rapat dengan aku dulu “tahniah apa yang dihajati tercapai”… aku???… hajat aku???… Remuk lagi hati aku ntah berapa ratus kali. Dalam tempoh eddah aku perhatikan juga perangai dia, tapi walaupon cara dia macam orang gila talak tapi dia hanya berani pujuk aku dalam phone sahaja. Tak berani datang jumpa famili. Di saat itu aku yakin sangat memang cukup sampai sini jodoh aku. Aku memang tak mampu jadi isteri yang terbaik buat Firdi. Aku tak mampu bahagiakan hati dia. Selama ini aku redha siapa pon Firdi, segala kekurangan Firdi tapi tidak pada Firdi.

Aku memilih berlalu sepi dengan syarat tolong lepaskan anak bersama aku. Dia kekuatan disaat aku lemah, kalau tak fikirkan aku ada anak,mungkin aku rela terlantar sakit perlahan-lahan mati tinggalkan dunia yang fana ni. Tapi Allah lah sebaik-baik perancang. Setelah beberapa tahun bercerai Dia temukan aku dengan lelaki berhati mulia walaupun sikap jauh beza dengan yang lama. Segalanya-galanya memang berbeza sangat. Mungkin Allah mahu aku lupakan segala kenangan lalu tanpa ada sedikit persamaan walaupon pada mula aku kekok. Tapi demi anak yang kurangnya kasih seorang bapa, aku belajar untuk terima kehadiran teman baru dan ya, aku perlukan teman untuk buang segala lara aku yang lalu. Jadi ibu tunggal bukan lah perkara yang menyeronokkan untuk aku. Tapi aku tak boleh cerita dalam ni. Memang lelah korang nak baca. Maybe next confession (kalau ada yang berminat nak taw lah..perasan aih).

Pengajarannya, Kawan-kawan, hidup nih jangan terlalu bermegah dan menunjuk segala yang kita ada. Tak semua orang suka lihat kejayaan kita. Jadi, tak usahlah tunjuk. Cukup kau dan orang terdekat kau saja yang tahu. Manusia jahat dimana-mana. Kadang paling rapat tu la paling kejam dengan kita kan. Jadi,hati-hatilah. Sekali Allah nak tarik nikmat, Dia memang tak bagi signal. Terduduk terus kau masa tu. Itulah yang pernah jadi pada aku. Jangan pernah percayakan orang luar sampai tahap anggap dia macam famili kau.. no!! orang luar tetap orang luar & tak wujud pun sahabat baik dari lain jantina. Tu bukan sahabat. Tu boleh jadi nafsu serakah kelak.

Last, doakan aku dapat melupakan segala kedukaan tanpa simpan dendam pada sesiapa yang pernah aniaya aku (Nora & Firdi). Doakan juga kebahagian aku dengan famili baru kami.. Thanks, sudi baca sampai habis. Sekian!!

– Nanie

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit