Aku Yang Tersalah Pilih Si Dia

Assalamualaikum semua. Harap admin sudi post kisah sebenar Aku sepanjang berumah tangga. Nama glamour ku Sis Rita. Tindakan Aku secara spontan yang membuatkan Aku tertarik untuk menulis ialah selepas membaca cerita confession “Tersalah Pilih Suami” (https://iiumc.com/tersalah-pilih-suami/).

Ia membuatkan Aku nak berkongsi cerita pada Anda semua. Niat Aku bukan untuk membuka aib bekas Suami! Jadikan kisah benar hidup ku di jadikan pengajaran untuk Wanita-wanita di luar. Maaf penulisan dan cerita aku agak panjang dan tidak pandai mengarang.

Semua Nama watak2 dalam cerita ku semuanya nama samaran dan supaya Anda semua faham bila membaca kisah ku.

Leman-Ex Husband,

Husna-Ex neighboor & wife baru Leman,

Budi-Abg Ipar Husna & Ex neighboor,

Afiqah-Sepupu Leman,

Maria- Ex GF Leman.

Ok Aku bercerita sedikit latar belakang aku dan Leman. Aku berasal dari KL and dia orang luar semanjung M’sia. Aku berkelulusan Ijazah dan Allahamdulilah aku ada career yang baik. Kami berkawan, bercinta, bernikah atas suka sama suka dan mempunyai seorang cahaya mata comel. Perkahwinan kami baru 3 tahun. Now Aku jadi janda yang terbahagia untuk tahun ketiga.

Ooh ye Aku nak bagi tahu sebelum dia berjumpa Aku, dia pernah bercinta 1 gadis sekampung Maria, tapi jodoh mereka tak berpanjangan dan aku hanya mendengar dan tak ambik port sangat kisah percintaan mereka. To me past is past. Leman sebelum berkahwin dan kenal dengan Aku pernah m’buat personal loan dengan Bank, lari dari membayar hutang bank, kuat meminjam duit, kaki propa boleh tahan jugak and selepas bernikah Leman tak pernah membayar nafkah aku and anak ku selama 2 tahun.

Perkahwinan kami pada 2 tahun pertama bahagia walaupon di uji dengan kesusahan tapi aku terima dengan Redha dan anggap Allah nak menguji perhubungan kami sejauh mana dan Aku tetap membantu dan support dia sekiranya gaji dia lambat dapat.

Kami bercuti/berjalan domestik pakai duit aku, leman tak ada baju kemeja keja/jalan yang cantik aku beli kan beberapa helai, dia nampak aku beli perfume untuk diri aku pakai dia pon sibuk jugak nak perfume tapi aku tak kisah tutup mata belikan jugak, baju & tudung raya tak pernah belikan untuk aku sebaliknya aku beli untuk diri aku dan sampaikan boxer diri sendiri pakai koyak pon tak mampu nak beli tapi aku yang baik hati belikan juga untuk dia sebab aku tak sampai hati tengok setiap kali melipat baju.

Ye aku tahu Leman tak mampu nak menyediakan semua or belanja aku dan memberikan kemewahan untuk aku jauh sekali tapi tapi Aku tetap terima Leman baik buruk dia seadanya, walaupon gaji aku lagi tinggi 2x ganda dari dia dan kami pernah berjanji sebelum bernikah, susah senang bersama2 sepanjang dia dalam keadaan kesusahan.

Attitude Leman berubah sedikit- sikit pada awal tahun ketiga perkahwinan tetapi yang paling ketara bermula Aug. Dari Jan -July during every nite Leman akan solat berjemaah and mendengar tazkirah di Surau bawah kediaman kami (sebelum ni dia agak liat/malas untuk bersolat dan ikut suka hati dia nak solat time bila). Aku suka bila dia bersolat berjemaah dan somestimes dia jadi Bilal di Surau bg Aku satu perubahan positive untuk dia rajin bersolat.

Every nite Selepas dia Solat, dia mempunyai bad habit suka berborak/membawang dengan jiran/kawan yang tidak mendatangkan faedah (If dia ada buat keja part time is fine with me) sehingga Aku and Anak sedikit terabai dan Aku dinner alone without him kecuali berbuka poase Ramadan 1 bulan kami dapat makan bersama-sama.

Pada awalnya Dia akan sampai rumah 10pm tapi lama- kelamaan menjadi 11pm, 12 midnight and ada kalanya jadi 1-3am baru dia teringat jalan balik rumah kot. Leman lebih suka menghabiskan masa dan melepak ke mamak dengan kawan/jiran dari spend time dengan Anak Bini sendiri, lupa tanggung jawab dia sbg seorang Suami and Ayah.

Blk dari Office aku masuk dapur sudah lipat lengan baju berhempas pulas di dapur untuk masak simple2, basuh kencing berak anak, tido kan anak, lipat kain baju dan sebagainya. Dia sampai rumah pon lauk pauk yang Aku masak sudah sejuk dan dia makan sorang2 (kalau tidak aku mengamuk kalau dia tak makan). huhuhu..

Leman ada kawan rapat sekampung yang bernama Budi dan berjiran dengan kami, yang dia biasa cari dan membawang bersama2. Rupa-rupanya Leman ada meluahkan bercerita pasal masalah kami mengatakan Aku ni Isteri pemalas masak lah, aku tak bertanggung jawab lah, aku tak jaga kebajikan batin dia lah dan bla bla bla.. Leman suka bercerita keburukan mengenai aku.

Dalam waktu yang sama Leman selalu teringat dan termenung Maria kekasih lama, dan kenangan lama dengan Maria (msh tak dapat move on), buat pengetahuan semua Leman ni pernah frust menongeng tak dapat bernikah dengan Maria itu sbb dia layan aku pon sikap acuh tak acuh. Now Aku dan Maria make it friends selepas edah kami habis dan dia terkejut and simpati berita di atas perceraian kami. Raya baru-baru ini Maria ada send greetings WA raya pada ku.

Sepanjang kami bernikah dia lupa ke semua kebaikan yang aku ada membantu dia dari belakang? Dia lupa semua janji-janji Dia pada kedua ibu ayah Aku sebelum kami bernikah. Dia lupa janji pada diri ku hendak menjaga Aku & Anak ku dan pertahankan rumah tangga. Hanya tinggal kenangan je lah. Leman Jarang bersyukur dan selalu mengeluh itu ini.

Bila gaji Leman lambat masuk, gaji aku ni juga yang bagi dia duit makan supaya dia dtg keja dengan berduit walaupon duit tak banyak mana pon dan hampir setiap bulan aku hulur Rm100 setiap kali dia lambat dapat gaji. Aku ada bersuara and tegur cara baik tapi dia endah tak endah dengar nasihat tapi Aku still bersabar dan menjalan kan tanggung jawab sprt biasa and sayang sprt biasa.

Nak di jadi kan cerita masa dia start bertukar perangai dalam 2nd week of Aug bermula lah episod baru ada 1 perempuan call dia katanya sepupu dia Afiqah untuk meluahkan masalah dengan Bf dia call start pukul 11pm till 1am sampai Aku tertido sorang2 di dalam bilik konon2 nya Leman jadi pakar kaunseling tak bergaji tapi lama- kelamaan almost every nite 1-2 hours bergayut di telefon mengalahkan orang bercinta!

Aku memerhati selama seminggu mereka bergayut di telefon semasa di dalam rumah dan lama-kelamaan aku tidak tahan dan bertanya soalan pada Leman kenapa mesti bergayut malam-malam dengan Perempuan lain agak tak manis lah habis tu aku ni Isteri kau yang sah apa motif kau bergayut berhadapan aku? Leman tak dapat menjawab soalan aku, pada mlm keesokannya dia tetap bergayut di bawah Apartment kami. Bodoh kan tindakan dia ingat neighboour/kawan2 tak perasan ke tindakan dia bergayut setiap malam di bawah.

She keep calling one another seolah2 tak respect Aku ni as a Wife Leman tp dalam hati terdetik instinc Aku ada berkata-kata I don’t think dia bergayut dengan Afiqah mesti someone perempuan lain yang bergayut dengan Leman pandai betul nak cover line and menipu aku dan bermula lah operasi aku diam-diam aku risik semua sepupu sepapat Leman ada tak nama Afiqah dalam family member korang. Sah dia menipu aku tp aku diam kan dulu nak tengok sejauh mana penipuan Leman.

Rupa2nya dia bergayut dengan Husna. Aku terlupa nak bercerita pasal Husna pada masa tu masih tunang orang. Aku nasihat kan Leman yang aku tak berkenaan dia bergayut telefon every nite tanpa ada perasaan bersalah sudahlah kau kurang spend masa dengan Anak bini, komunikasi jauh sekali, plus kau bergayut telefon setiap malam.

Pd mlm merdeka, Leman and Budi berniaga bersama-sama iaitu Buger/Air (aku tak jadi masalah dia mencari rezeki lebih). Selepas Isyak, Aku membawa anak aku tengok fire works di tmpt Leman berniaga dan aku sengaja nak observe kelakuan dia, biasalah during dia sedang berniaga sudenly aku perasan Leman sempat bergayut dengan someone tapi aku tak pasti dengan siapa, dan dia beriya-iya dan marah kan aku di hadapan neighboor kami, malu aku masa tu Allah sj tahu perasaan aku suruh aku naik ke rumah tapi aku agak keberatan nak naik ke rumah ku.

Alasan di berikan anak ku berembun takut hujan sebernarnya aku merasakan dia tak senang dengan kehadiran ku duduk lama-lama sambil memerhatikan tingkah laku dia. Adakah itu satu kesalahan aku nak tengok fire works bersama anak ku dan kawan2 ku yang lain? Pada kesokannya Kami b’gaduh besar dan dia hampir2 naik tangan di muka aku.

Maka bermula episod baru bermula Leman layan aku buruk, setiap malam balik rumah lambat, pernah dia hendak naik tangan pada ku, setiap minggu ada je yang dia tak puas hati dan mencari kesalahan aku dan Leman menyuarakan meminta beberapa kali bercerai dari ku. Setiap kali kami bergaduh and marah aku (boleh di katakan setiap bulan) Leman akan tanya dan mengugut aku, “susah sangat baik kita bercerai. Bila kita bole bercerai?”

Pada mulanya Aku terdiam, aku pernah bertanya soalan kepada Leman, “you have someone else in your heart? please let me know if you have someone you love than me?”. Bermatian2 he deny and alasannya nak bersendirian (instinc aku kuat mengatakan dia menipu dan nak lari tanggungjawab), dan selepas 4x dia mendesak dan asyik bertanya meminta untuk bercerai in the end aku pon bersetuju juga untuk berpisah di Mahkamah. Sebelum itu kami sudah membuat sesi kauseling secara berasingan. Dia tetap menyalahkan and memburukan kan aku di hadapan kauselor. Sampaikan kauselor ambik statement mengenai aku tidak percaya apa yang di kata kan oleh bekas suami aku.

Aku yang fail kan perceraian setelah di desak oleh Leman and secara jujur pada masa tu aku cuba sedaya upaya selamat kan rumah tangga dan segala sikap kekurangan aku cuba baiki sebaik mungkin tapi dia tak pandang dan berkeras juga nak berpisah. Kita sebagai Wanita memikir kan tentang Anak tapi dia hanya memikir tentang diri dia sendiri dan mahu kebebasan. Aku terpaksa redha dan terima kenyataan ternyata bekas suami ku tidak pernah ikhlas dan sayang aku seadanya.

Aku cerita watak Husna pula, aku rapat semenjak aku ada bermasalah dengan Leman. Husna bekas jiran ku ddk tingkat 8. Dia pernah dtg masuk rumah Aku masa tu Aku ddk tingkat 5, aku ada bagi dia makanan dan pernah menanggis dan meluahkan masalah yang terpedam dengan Husna, aku anggap dia as adik aku memandangkan umur dia lebih kurang dengan adik bongsu ku. Aku tidak syak apa2 dan bersangka baik dengan dia.

Kami berkongsi bercerita dan aku pernah belanja dia makan before this. Sangkaan aku sangat meleset aku sangka dia Manusia yang baik dan ikhlas but unfortunely dia sebaliknya. Aku terlalu trust sikap Husna betapa lurusnya aku masa tu! Aku meluahkan dkt Husna layanan Leman tidak bertanggung jawab dan sikap dia yang buruk, Husna hanya mendengar cerita ku. Menurut Husna dulu katanya ada perasaan benci tengok Leman lah, leman ni kaki propa lah, tak suka lah tengok muka leman lah, bla bla bla.. but end up Kau sendiri memilih jalan nak berkawin dengan Leman. Husna cakap tak serupa bikin sama dengan Leman!

Selepas aku habis edah, Husna bertanya aku betul ke kami sudah bercerai katanya dia dapat berita dari Budi. Kami rapat blk dan aku mengaku ye kami sudah berpisah. Dalam kami rapat-rapat tu rupa-rupanya Husna ada agenda tersendiri dan dua2 pihak dia makan dengan Aku pon dia layan dan dengan Leman pon dia layan.

Walaupon pada masa tu Husna masih tunangan orang tapi rapat mereka semacam dan aku sudah mula bau2 relationship mereka walaupon Husna pada mulanya deny and anggap Leman sebagai Abang dan Adik (biasalah Leman pandai main politik cinta & sweet talker dengan Husna). Aku perasan Leman memang ada hati dan perasaan dengan Husna semenjak dulu lagi before kami berpisah.

Lepas aku habis edah Husna and Leman semakin akrab keluar makan/karoake/shopping bersama2 dan sekiranya anak aku ada bersama dia pon akan ikut juga. Bersungguh2 dia informed aku, siap tidak mengaku dan menafikan sekeras2nya tidak ada apa2 hubungan istimewa tidak lebih dari Abg dan Adik tp kalau tiada angin pokok tak kan bergoyang kan dan bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi Husna oiii.

Aku tahu reason kau kononnya nak jaga hati aku tapi rupa-rupanya dia lah manusia lahanat yang menikam aku dari belakang dan Anda berdua kaki penipu! Aku sudah block semua call, WA/Telegram/Sms and unfollow kisah Husna and aku hanya tak block Sms Leman senang hendak comunicate pasal Anak. Apabila Husna sah putus tunang yang sepatutnya perkahwinan akan berlansung bulan Sept maka Leman ambik peluang untuk bernikah bersama Husna.

Perpisahan kami belum sampai setahun sedangkan Leman menduda 9 bulan dan terus bernikah dengan Husna di Kampung halamannya. Leman bernikah dengan Husna tanpa pengetahuan Parents Leman dan membelakangkan keluarganya sendiri. Parents Leman dapat tahu Leman bernikah baru itu pon baru2 ni pada malam raya (after a few months get married) Leman ada WA Ayah dia sendiri yang dia sudah bernikah baru.

Kebetulan nak di jadikan cerita, pada masa dan hari yang sama diaorg bernikah di sana, aku ada buka booth promosi di luar, sepatutnya setiap hari minggu Leman akan datang ambik anak kami tapi di sebabkan dia terlalu excited nak bernikah dengan Husna, aku call dia untuk dia jaga anak di sebabkan aku on duty bertugas di booth, aku pon ask Leman napa tak dtg ambik anak, dia dah lah tertunggu2 ayah dia tak dtg rumah ambik anaknya, Leman memberikan reason menipu aku ada mengatakan ada buat ‘keja part time Airport transfer di Jb’ dalam masa sama juga Aku terserempak dengan Boss Leman ms on duty.

Boss Leman informed aku Leman apply onleave 1 weeks. After 24 Hour baru lah Leman return call Aku semula mengatakan tak dapat ambik anaknya. Mulut Aku spontan berkata “hey Leman kau blk kampung halaman dan berkahwin baru ke? Dah tahu kawen baru tak ada certousy nak call or sms dengan Aku yang kau tak nak ambik anak kau”.

Sekerasnya2 Leman menafikan dia bernikah baru dan apa motif dia nak menipu aku pon aku tak paham (kesian Husna dapat Suami kaki propa). Masa mula2 Leman + Husna bernikah satu block apartment kecoh and terkejut mereka bernikah pada awalnya Leman deny and penduduk Apartment tak faham kenapa mesti malu2 kucing menafikan walaupon kau sudah bernikah dengan Husna. Biasalah pasangan kontroversi.

For Husna my humble advise, You know who you are and Thank you very much sepanjang berkawan dengan Aku, kau salah satu punca aku berpisah dengan Leman and jadi “perisik” yang terbaik mengalahkan FBI. Semoga Anda menjadi Isteri mithsali. Aku mendokan kan kebahagian kalian berdua dalam rumah tangga. May be Anda wanita yang terbaik dan dapat memahami kemahuan dan menuruti kehendak Leman.

Buat pada Leman, apa2 pon terima kasih juga kerana memberi harapan, dengan 1001 alasan, kecewakan & menipu aku dengan janji2 manis mu, sudi bernikah, berikan kebahagian semantara dan banyak mengajar aku erti SETIA yang sebenar. Jujur, hati aku terlalu sayang kepadanya dahulu, tetapi kini hati aku sudah betul-betul mati untuk dia! Aku tidak membenci mu cuma aku rasa jelik/menyampah attitude Leman yang suka menunding jari kesalahan seolah2 kau perfect husbsnd! Aku terlalu banyak berkorban dalam rumah tangga sampai hati aku sendiri terluka. Sepanjang kami hidup bersama-sama mungkin Aku tidak dapat memberikan segala kemahuan/keinginan Leman yang tidak di turuti.

Aku bersyukur dan berterima kasih pada Allah dengan dugaan and ujian yang kau berikan pada ku. Aku jatuh dan bangun sendiri dan aku kena kuat demi Anak ku. Di sebalik perpisahan dan ada hikmah terbesar selepas kami berpisah, Leman tidak pernah missed byr duit nafkah dan provided susu and pampers untuk Anak kami setiap bulan. Rezeki and duit aku tak pernah short dan tak putus2 rezeki lain2 datang. Aku spend time dengan Anak aku travel domestik/overseas.

Aku tahu aku banyak kekurangan dan kekihlafan dalam diri aku tetapi aku cuba sebaik membaiki kekurangan diri aku demi selamat kan rumah tangga. I’m not perfect wife but try to be a good wife, ini satu pengalaman hidup yang aku tak akan lupa buat selama-selamanya. Hubungan Aku dan keluarga baik dan bekas mertua & adik ipar aku sangat baik dan kami still keep in touch dengan Aku dan anak ku. Ibu mertua ku sangat sayang aku and anak aku dan selalu WA bertanya khabar cucunya.

To all lovely ladies out there, pls take note: “What goes around comes around” dan Aku percaya pada kifarah Allah akan datang tepat pada masanya cuma antara cepat dan lambat sahaja! Kifarah has no deadline. Always remember to your self jgn terlalu baik or percaya dengan kawan2 somestimes kawan yang baik kita tak sangka boleh menikam Anda dari belakang, jauhkan diri Anda dari Suami orang or yang ada niat nak mendengar masalah rumah tangga ini membuat kan memberi ruang orang ketiga menggangu.

RESTU dari Parents sangat penting, dan yang paling penting sekali, suami jaga SOLAT 5 waktu dan tahu erti TANGGUNG JAWAB as a husband. Benar kata Pro Dr Muhaya “Wanita yang paling malang adalah Wanita yang tersalah pilih suami”. Aku lah Wanita yang malang tu. Oleh itu berpada-padalah apabila menyayangi seseorang. Boleh jadi kita sayang sesuatu namun ia buruk buat kita, boleh jadi kita benci sesuatu namun ia baik buat kita. Terima kasih sudi membaca..

Salam Kasih Sayang,

– Sis Rita (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *