Dulu aku pernah berniat nak berhijrah bila masuk sem, solat awal waktu, tutup aurat sempurna, rajin baca al quran, kurangkan layan sosial media, mahalkan diri. Dalam masa yang sama aku cakap dkt kawan2 yang aku taknak bercinta, tapi aku nak lelaki yang berniat nak jadikan aku isteri dia bila masuk sem nanti. Aku tak pernah bercinta sebelum tu sebab aku memang tak minat so macam yakin yang hati tu tetap. Tapi, Allah nak uji aku.
–
Mulanya sem aku sbgai student degree, aku dah start berubah macam yg aku sebut tadi tu tapi tak istiqamah & hati semacam kosong, tak ada hala tuju yang betul. Tiba tiba, dtg sorang lelaki yang dah setahun aku minat dalam diam menawarkan cintanya, mahu jadikan isteri katanya. Dalam hati aku, "Allah makbulkan doa aku ke? Dia nampak alim, betul kot jodoh." Maka, aku terima dan mulalah melayan perasaan. Aku yakin aku takkan lalai jauh sambil melayan cinta makhluk masa tu.
–
Lama lama aku makin teruk. Aku lupa niat hijrah aku. Aku semacam buntu apa patut aku buat untuk berhijrah. Nantilah berubah, masa banyak lagi. Semacam Allah dah tutupkan pintu hati. Bila terbaca pasal kiamat, aku cepat2 buat tak nampak. Nampak teguran ikhtilat, aku buat taktau. Aku tau hukum hakam tapi saja butakan mata, pekakkan telinga. Masa tu fikir yg bila dh insaf nanti aku taubatlah.
–
Satu hari, dia tinggalkan aku macam tu je lepas bermacam janji manis dia tabur dulu. Ditinggalkan masa aku perlahan lahan tengah bangkit balik untuk berubah sebab aku dah mula sedar aku dah jauh dari Allah. tapi aku masih ego nak pertahankan yg aku boleh berubah walaupun masih ada perasaan pada dia. Masa tu aku fikir, kenapa Allah nak tarik orang yang aku sayang? Kenapa aku yang kena macam ni?
–
Hikmahnya aku nampak sekarang. Alhamdulillah, lepas dia tinggalkan aku dapat buat apa yang aku niatkan dulu. Hati aku tak kosong, aku rasa Allah lah cinta aku, sayang aku sangat2. Kenapa Dia gerakkan hati lelaki tu untuk tinggalkan aku dulu? Sebab Allah tahu lelaki tu punca aku makin lalai. Lepas dari tu, aku dapat istiqamah solat awal waktu, baca alquran selalu, fb instagram twitter aku delete sebab smua melalaikan, aku brjaya tinggalkan hiburan lagha, wayang aku dah tak jejak, Allah beri aku kawan yg solehah selalu ajak pegi majlis ilmu.. Banyak sangat Allah beri.
–
Kenapa Allah temukan aku dgn dia? Sebab Allah nak ajar aku yang jangan nilai orang dari pakaian jubah serbannya saja. Pakaian tak menjamin apa apa. Allah nak aku boleh buat amal yang aku niatkan dulu, sebab rasa sakit hati berharap pada manusia buat aku balik pada Allah. Dia nak buka mata aku yang Dia je tempat bergantung. Dan Dia nak didik aku untuk jadi jauh lebih baik lagi.
–
Allah sangat baik. Dia makbulkan dua dua doa aku tu. Aku just tercakap dekat orang je apa yang aku niat tu, terus Allah uji dengan kata kata sendiri. Sebab tu kita kena berhati hati dengan setiap apa yang kita katakan. Jangan lupa bersangka baik dengan Allah.
Assalamualaikum :)
– Sis mengantuk