Allah SWT Itu Maha Mendengar

Aku seorang perempuan. Belum berkahwin. Muka penuh jerawat level letak sunblock pun sunblock boleh lemas dalam kawah dekat muka aku ni.

Kerja dekat site muka hitam berjelaga ni tak payah cerita la. Gaji pulak cukup cukup makan. Ada hutang PTPTN dan hutang kereta. Aku minat kerja aku tapi client biasa layan macam sampah. Kena maki selalu.

1 pagi ada problem dekat site aku kena pergi. Weekend dengan public holiday pun kena standby. Aku cari kerja lain merata tapi takda rezeki. Aku tak ada kawan. Aku pergi mana mana pun sorang je. Cuma level makan steamboat sorang sorang je aku belum unlock lagi.

Disebabkan tekanan kerja aku mula rasa stress. Stress yang terlampau. Dengar bunyik telefon berdering pun aku dah rasa jantung aku nak pecah. Lalu jalan nak ke tempat kerja je aku dah mula rasa nak muntah.

Sabtu malam tu aku dah mula gelisah sebab isnin nak kena kerja dah. Selalu rasa nak demam tapi temperature tak tinggi.

Tidur pukul 12 adalah satu nikmat untuk aku. Aku jadi mudah lupa. Tak fokus sampai aku rasa aku tak kompeten.

Aku tak pernah tinggal solat dan mengaji. Tapi solat aku tanpa jiwa. Doa aku sekadar lisan. Aku pun tak ingat apa yang aku doa. Kosong. Allahu. Ada 2 kali aku drive sambil berdoa ada orang langar aku sampai mati.

Ya, sampai mati. Supaya family aku boleh claim insurans aku. Kalau setakat cacat, aku akan jadi ‘burden’ untuk family aku. Secara kesimpulannya, aku rasa aku ni ‘useless’, ‘trash’ dan ‘self-esteem’ aku tersangat lah ‘low’.

Aku takkan cakap aku ada ‘depression’ ke ‘anxiety’ sebab aku tak jumpa doctor. Aku tak berani. Aku penakut.

Aku tak akan ‘diagnose’ diri sendiri out of respect kepada mereka yang ada ‘mental illness’ di luar sana. Aku takda tempat nak bercerita. Aku call hotline miasa tapi belum sempat berdering aku dah letak.

Kawan kerja aku semua lelaki dan mostly sudah berkahwin. Mustahil untuk aku berkongsi cerita. Kawan kawan masa belajar aku ada tapi setiap kali call, aku tak tahu nak mula dari mana.

Selalunya aku akan end up sebagai pendengar masalah mereka. Tak, aku tak merungut. Aku bersyukur sekurang kurangnya aku masih ada function dalam ‘society’.

Dengan family pun aku diamkan je. Aku adalah ‘one of the pillars’ untuk family aku, mana mungkin aku cerita aku hampir rebah. Padahal family aku memang ‘caring’. Hubungan kami adik beradik pun baik.

Aku cuma tak sampai hati nak cerita ‘condition’ aku. Aku tak nak family aku salahkan diri sendiri. Family aku jugak la satu satunya alasan untuk aku teruskan kehidupan aku.

Sampai la ada satu point. Aku rasa ‘condition’ aku ni ‘unbearable’. Aku kusut, aku letih. Tapi entah macam mana aku tergerak untuk ambil wuduk.

Pukul 3.30 pagi aku solat 2 rakaat. Lepas solat aku tak buat apa. Aku duduk sorang sorang. Gelap dan sunyi sepi. Aku rasa dunia ni dalam keadaan ‘pause’.

Aku hanya boleh dengar dengusan nafas aku sendiri. Dan waktu tu aku dapat rasakan Allah tu berada dekat dengan aku. Dekat betul. Tak semena mena air mata aku mengalir. Aku menangis teresak esak yang betul aku rasa dari hati.

Dah lama air mata aku tak nangis. Rasa lega dia seperti ada orang ‘embrace’ sambil cakap ‘its okay to cry’. Sepanjang waktu tu, sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut aku. Aku hanya menangis.

Selepas dari tu, aku rasa seperti jasad aku punya ruh. Bukan sekadar jasad kosong. Perlahan lahan aku mula letakkan pergantungan aku kepada Allah.

Apa apa yang jadi, Allah ada dengan aku. Aku hidup kerana Allah. Aku terus amalkan solat tahajjud tanpa henti. Aku tidak berdoa secara spesifik sebab aku tak tahu apa yang aku perlukan saat ini.

Aku doa jika ia baik bagi diri aku, agamaku dan kehidupan aku maka Allah permudahkan lah. Jika tidak baik maka hindarkanlah dari aku. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Aku juga mula amalkan gaya hidup sihat. Aku bersenam min 3 kali seminggu. Aku ‘joint run’ untuk hilangkan rasa sesak di dada.

Dan harini, waktu aku menulis ‘confession’ ni, aku baru sahaja ditawarkan jawatan di sebuah syarikat multinational dengan gaji yang lumayan. Ya, aku tak mohon tapi majikan yang cari aku.

Alhamdulillah. Aku bersyukur tetapi ada kurniaan Allah yang lebih besar maknanya bagi aku. Aku dapat berita salah seorang ahli keluarga aku sudah mula menunaikan solat dan mengaji tanpa culas secara diam diam.

Malahan bertekad nak bertarawikh di masjid sepanjang Ramadhan ni. Allahuakhbar. Lama aku berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Tidak cukup aku rasa, rasa kesyukuran aku ni jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Allah bagi kepada aku dan orang sekeliling aku.

Aku tulis ‘confession’ ni bukan untuk menyatakan ubat untuk sebarang penyakit yang berkaitan emosi boleh sembuh dengan hanya berdoa SAHAJA. Aku sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat ini.

Pergilah dapatkan rawatan dan berjumpa dengan mereka yang pakar. Jangan jadi macam aku. Aku pengecut.

Dan aku rasa aku mampu bertahan pun mungkin hanya asbab doa doa dari kedua ibu bapa aku, keluarga, rakan rakan dan juga mereka yang ada di sekeliling aku. Jika tidak mungkin juga aku sudah tersungkur. Jangan ulangi kesilapan aku yang terlalu lama simpan sendiri.

Aku tidak percaya dengan orang sekeliling aku. Aku kumpul kekuatan untuk bercerita ‘condition’ aku kepada seorang sahabat dan Alhamdulillah kini aku sudah punya ‘support system’ aku sendiri.

Aku hanya mahu berkongsi rasa kesyukuran aku kepada semua yang telah mendoakan aku. Aku tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan tetapi aku tahu Allah ada bersama aku dan kita semua di sepanjang perjalanan ni.

Aku doakan kepada semua yang sedang mengalami apa yang aku dah alami dahulu agar diberikan petunjuk dan dipermudahkan urusan. Jangan pernah berhenti berharap. Allah ada. Semoga Ramadhan kali ini memberikan sinar kepada kita semua.

Sending virtual hugs for everyone <3

– Hamba (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *