Allah Tolonglah Aku

Hi semua. Aku Hawa 24 tahun. Baru lepas graduate di sebuah Universiti awam, sedang bekerja dalam bidang yang berkenaan course masa aku belajar dahulu. Gaji monthly aku 2000. Aku cuma nak luahkan mungkin untuk kurangkan tekanan dalam otak aku sedikit. Mungkin orang lain akan cakap aku tak pandai bersyukur dengan rezeki kerja dan gaji yang agak okay. Tapi ni kisah aku.

First of all, lebih kurang 1200 drp gaji aku adalah fully untuk family aku. Aku tak kisah pun. Seroiusly tapi kadang aku terfikir sampai aku kena catu duit untuk belanja makan sendiri hari-hari, walaupun hanya untuk 1 bun. Bukan setiap hari tau aku beli bun, maybe 2 minggu sekali ja. Itu pun aku akan fikir banyak kali sbb aku memang fully bergantung pada gaji bulanan.

Savings aku zero. Dan aku tak pandai business untuk dpat side income. Then, cost transportation aku monthly dah mencecah 400. Haa korang kira tengok berapa duit yg aku tinggal dpt poket. 400 tu public transport tau. Itu belum lagi termasuk nafsu shopping aku, tambahan pula ni dah nak ada YES. Dan aku dah almost 6bulan tak balik kampung sebab tak cukup duit.

Then, aku rasa benda yang buat otak aku makin serabut adalah aku tak ada tempat untuk luah masalah aku. Means, aku tak ada kawan yang betul-betul rapat atau pun ahli keluarga yang aku boleh luahkan perasaan. Sebab aku rasa nanti diorang pulak akan terbeban. Pernah la sekali aku luahkan masalah personal aku kepada kawan baik aku, tapi dia macam tak bersungguh saja dengar.

Kitaorang on call time tu, then dia terus letak call aku macam tu ja. Tak ada penutup, bye ke apa. Lepas tu aku memang tekad tak mau dah cerita masalah aku kepada dia. Dan aku menyesal cerita masalah aku pada dia. Sorry kawan kalau aku dah bebankan kau.

Next is main problem in my family, abang aku dah mengandungkan anak dara orang. Dan dah beranak pun. Tapi diorang still tak kahwin, aku yg kadang-kadang pening kepala fikir macam mana nak bagi abang aku sedar yg dia bersalah, berdosa dan perlu back to family and Allah. Masalah ni dah lama, aku rasa dah almost 5 tahun dah. Dan perempuan tu pula tak nak anak tu.

Aku kadang sampai terfikir biar la aku ambil jaga anak tu sebab macam mana pun, dia anak sedara aku. Takkan lah aku nak biarkan dia hidup tanpa ahli keluarga kandungkan. Biarlah aku tak kahwin sebab nak jaga anak tu. Tapi mampukah aku, aku masih muda, tak ada pengalaman nak handle anak tu. Dan, family aku boleh ke terima cadangan aku tu nanti?

Then, masalah kat tempat kerja pun satu hal, walaupun aku dapat kerja bidang yg sama masa aku study dulu. Tapi hakikatnya aku kena buat semua kerja admin, yg agak lari dari kerja sepatutnya aku buat. Dah 5 bulan dah macam ni.

Dan sebabkan kerja tu bukan passion aku, aku jadi cepat stress time kerja. Sampaikan bos aku selalu tegur, kenapa muka selalu berkerut-kerut time buat kerja? Are you pretending (to work right now)? Seriously, menyirap sbb aku berkerut tu pasal tengah fikir hal kerja la. Boleh pulak dia main tuduh-tuduh aku.

Dan aku rasa stress aku ni makin lama makin bergunung. Sampaikan kekadang aku rasa nak terjun jejantas tengah kereta banyak-banyak lalu tu, tak pun nak terjun kat rail lrt. Astaghfirullahhalazim. Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku.

Kadang-kadang aku akan nangis sensorang tanpa sebab. Aku pun tak tahu la apa masalah aku sekarang ni. Itu sajalah aku nak cerita. Terima kasih IIUM sbb adakan platform ni untuk aku luahkan, rasa lega sedikit.

– Cik Serabut

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *