Am I Alone?

Hi. Aku perempuan, bujang, berumur lewat 20-an. Niat aku menulis confession ni cuma nak tahu a few things untuk ringankan perasaan ni:

1. apa yang aku lalui ni satu fasa yang ramai orang pernah lalui ke?

2. ada ke orang yang rasa apa aku rasa?

3. basically, am i alone in this?

Sekali imbas, mungkin orang nampak macam aku tak ada masalah, young and free. kerja pun ok. in a way, ada betulnya. komitmen kewangan tak banyak dan tanggungjawab paling besar aku cuma pada orang tua. jadi banyak masa dan ada duit lebih untuk spare.

Tapi dari satu sudut lain, aku struggle dengan kesunyian dan negative thoughts. satu isu yang aku tak rasa boleh kongsikan dengan keluarga atau mana-mana kawan. bukan kebiasaan dalam keluarga aku untuk bincang hal-hal perasaan macam ni. kawan? aku rasa macam dah tak ada kawan haha. masing-masing bawa haluan sendiri. mostly dah berkahwin, ada anak kecil. aku pernah jugak cuba mulakan perbualan nak meluahkan perasaan pada kawan yang aku anggap rapat, tapi tak ada sambutan dan buat aku fikir bahawasanya orang sekeliling cuma berminat dengan cerita indah kau saja, they have enough problems to deal with.

Akhirnya, sekarang aku jadi seorang yang sangat ‘tertutup’ tentang perasaan dan fikiran aku. aku tak cerita apa-apa tentang dua benda ni pada orang. bila berborak, sekadar cerita hal semasa yang boleh nampak dengan mata kasar. aku jadi pendiam. deep down, aku rasa saaaangaaaaat kosong. segala interaction aku dengan orang sekeliling terasa superficial. tak ada siapa tahu aku siapa. right now, im longing for a deep meaningful conversation, to bounce my thoughts with a good someone. bila entah kali terakhir aku berborak panjang dengan kawan rapat…(sekarang dah tak rapat. bukan gaduh…dia dah berumah tangga and life gets in the way i guess.)

Ada ke antara korang yang faham apa aku rasa?

Aku cuba selidik kalau-kalau masalah kesunyian ni boleh terubat kalau aku cari jodoh. hmm. maybe. if i am lucky to marry someone who is equal to a best friend. but lol, where do i start? aku tak pernah bercinta pun haha..ha..hmm i wonder why…

Bila fikir pasal ni, aku akan rasa diri ini tak layak untuk terpilih jadi isteri lelaki baik yang aku idamkan. dah hampir 30 tahun hidup tak ada seorang lelaki pun pernah serius minat dekat aku. logik ke ada orang nak sehidup semati dengan aku? rupa paras, harta aku tak ada. agama, biasa saja. there must be something wrong with me…

Negatif kan? ada lagi negatif: why does someone like me even exist??? aku kadang menangis sendiri bila dengar diri aku soal diri sendiri macam ni. lepas tu mengucap, ingat kan diri tentang tuhan dan penciptaan Nya.

I dont think this is depression. loneliness? maybe. low self esteem? definitely.

Aku rasa aku sendirian. sangat. but really, am i alone in feeling this way? is this a phase that a forever-alone like me go through sometimes? will this feeling get better when i reach 35 (still unmarried) or something?

Thanks sudi baca sampai habis. masalah aku tak besar macam yang setengah orang lalui kat luar sana. aku akui fakta tu. aku hanya cuba acknowledge perasaan sendiri ni dan cuba ringankan dengan meluahkan dekat sini. perhaps i’ll gain some insights. :)

– wxyz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *