Am I The Next Asiah Jalil?

assalamualaikum

confession ini ditulis setelah membaca status2 puan asiah & merasai seperti saya juga mahu melakukan perkara yang sama. hampir saja tangan ini ingin menulis di FB tapi cuba untuk bertenang dan berharap tidak bertemu manusia seperti siti kassim yang mungkin boleh meledakkan lagi emosi yang sedang membuak ini.

saya seperti puan asiah. bertudung labuh. pandai berhujah. tapi saya bekerjaya. saya tak pasti puan asiah pernah bekerjaya atau tidak. dengarnya nak buka legal firm. juga berkahwin dengan lelaki bekerjaya yang juga terlibat dengan kerja2 dakwah. nota penting: saya tidak kenal suami puan asiah. apa yang saya ceritakan tentang kisah saya tidak semestinya sama dengan kehidupan puan asiah & suaminya. ciri2 suami saya juga tiada kaitan dengan suami puan asiah. point2 berikut yang saya tulis adalah sebab kenapa saya merasakan saya mungkin boleh jadi seperti puan asiah.

1. isu anak
anak2 saya masih belum seramai puan asiah, kerana usia perkahwinan saya baru separuh dari perkahwinan puan asiah. jumlah anak saya separuh dari puan asiah dan jarak kesemuanya kurang dari 2 tahun. paling kecil setahun. dan mungkin ada lagi……. kerana suami saya tidak membenarkan saya makan/guna apa2 perancang. saya ada baca komen2 kepada wanita2 yang bercerita tentang keburukan suami di fb. komen mereka, kutuk2 pun boleh mengandung lagi. saya faham kenapa boleh terjadi begitu. salah satu sebabnya MUNGKIN seperti kes saya. tidak dibenar guna perancang. alasan, kita telah rancang secara natural. kita telah usaha. bukan tidak buat apa2. kalau mengandung juga jelaslah tu rezeki dari Allah. suami rasa dia telah berkorban juga kerana telah ‘buang’ di luar. dan saya juga tidak berani guna perancang tanpa pengetahuan suami, kerana jika ada side effect apa2 yang berlaku, saya akan keseorangan menanggung masalah dan mungkin juga akan dipadan muka kan oleh suami.

2. isu kesibukan suami kerana agama
suami punya bisnes sendiri. dia memang berasal dari keluarga yang berlatar belakangkan agama yang cukup tinggi. dia sendiri juga mahir hal2 agama. dia juga terlibat dengan kerja2 kebajikan agama. selalulah saya sendirian mengurus anak yang kecil2 hingga kesihatan saya selalu terjejas. bab ni, saya masih boleh terima. puan asiah tak boleh terima bila parti berkenaan beri 4 bulan sahaja tempoh untuk suami bertenang. sungguh saya boleh terima, suami saya milik masyarakat. suami saya milik agama. bukan milik saya semata. tapi suami selalu ingat saya kena faham2 sendiri. tanpa sebarang kata semangat. ada masa saya perlu tempoh bertenang juga. ucapan penghargaan atau paling tidak sekurangnya tiada cemuhan. kadang2 balik rumah complaint baru tinggal sekejap rumah dah bersepah itu ini bla bla bla. bila balik dari program yang memakan hari, balik qadha’ tidur kononnya penat sangatlah. saya di rumah ni, tak penat? paling tak tahan bila dia balik solat berjemaah di masjid sambung zikir baca quran bla bla, balik rumah bila saya belum solat, laju cakap astaghfirullahalazim kerana solat lewat. dia boleh ibadah dengan tenang di masjid, saya terkocoh2 nak ambil wuduk pun ada anak ikut sampai bilik mandi, diistighfarkannya saya…….. ada sekali saya cuba minta dia janganlah lama2 kalau di masjid. terus naik angin suami kata: dah sekarang pandai pulak nak halang2 suami beribadah. whatever.

3. isu pembantu rumah
suami tak nak ada campur tangan luar dalam rumah. pembantu sekadar tiga bulan sekali pun katanya membazir. bayar rm100, tak sampai 10 minit anak2 akan sepahkan semula. baik buat sendiri. duit boleh guna untuk perkara lain (padahal duit saya bukan duit suami). dia kata ni sebab kita malas bersihkan hari2. suami malas, saya pun malas katanya. suami pantang saya menjawab. ok saya diamkan. dalam hati awak tu lah yang malas. balik tido. saya dah penat. sangat penat. mengandung, menyusu, mengandung, menyusu setiap tahun saya betul2 lelah. suami selalu cakap pahala pengorbanan ibu banyak saya dapat. ya saya tau. tapi saya dah tak mampu. kadang2 saya rasa macam nak mati. ya saya tak masak hari2. banyak beli dari masak. saya balik kerja pun dah maghrib. duit saya pun banyak juga cover expense rumah atau waktu suami kecemasan bila bisnes nya tak stabil. sungguh saya suka masak. saya suka cuba resipi. dengan dukung anak sebelah sudip sebelah, saya tak mampu buat hari2. saya rasa nak mati bila mengenang semua ni. saya tak nak tukar semua pahala tu jadi dosa. sekarang anak2 jadi mangsa saya. saya sebenarnya bengang dengan suami. dengan anak2 saya jerkah2. sebab saya tak dapat nak marah suami.

di sini saya rasa kenapa wanita selalu jadi mangsa. kata ujian tu diberi sesuai kelayakan manusia. tapi saya dah tak mampu. saya nak syurga. sekejam inikah bayaran masuk syurga. selalu juga saya baca komen mana2, patutnya awak bersyukur suami bukan kaki pukul, bukan kaki perempuan etc…klu suami kaki pukul etc tu bodoh namanya kalau saya tak tinggalkan. sekarang orang lihat suami yang perawakan warak, didik anak2, tolong urus anak2 (ya, suami ada bantu jika dia ada di rumah, tapi ikut lah mood nya. jika kebetulan letih bisnes @ program agama tidur sajalah), dah kenapa kalau saya nak minta cerai. semua akan tuding pada saya. mujur saya tak ditemui lagi geng2 siti kassim. jika ya, mungkin juga saya telah free2 jadi agen liberal. mohon bantu saya sebelum saya menjadi the next asiah jalil. atau ramai lagi akan jadi seperti itu.

lelaki2 di luar sana, jika ada perwatakan sebegini, saya benar2 mahu tahu apa kalian fikirkan sebenarnya. kenapa tak tanya suami sya? oh saya selalu tulis berjela2 tentang perasaan saya. sepatah haram tiada jawapan. bila jumpa buat tak tau saja. saya juga akhirnya terhegeh2 minta maaf kerana takut tak masuk syurga. lama2 saya jadi muak. dia pandang saya pun kadang2 tak ingin selagi saya tak minta maaf dulu. kenapa tak cakap depan2 terus? oh, dia pernah cakap itu peluang terakhir dia bagi. jangan sesekali menjawab lepas ni.

ya, ada juga kata wanita sekarang tak sekebal wanita zaman mak2 kita dulu. sangat taat. tp yang saya tengok lelaki dulu pun tak macam lelaki sekarang.(yang teruk pun saya pernah jumpa, akhirnya makcik tu dah tua2 keluar semua taring yang terpendam selama ni) . suami selalu kata mak mertua tangkas buat kerja layan ayah mertua over expectation berhidang bagai. mak mertua xdela anak setahun sorang. ayah mertua takdela asyik takde kat rumah. asar je dah sampai takde dah nak keluar2 selain ke masjid.

sila lah. nasihatkan lah saya. apa patut saya buat. sebelum saya tak jumpa arah dan bertindak memeningkan masyarakat seperti puan asiah & sekutunya.

– puanrahah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit