Anak: Amanah atau Rezeki?

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, thanks admin sebab siarkan cerita saya. Ada beberapa kisah yang saya dah kongsikan tentang diri sendiri di sini dan rata2 pembaca memang beri komen yang baik. Kali ini nak ceritakan tentang pemerhatian saya terhadap wanita yang hampir dalam hidup saya.

Saya ada adik ipar (perempuan) means dia berkahwin dengan adik saya. Kita namakan adik saya sebagai Hafiz, adik ipar sebagai Yaya. Kami dari keluarga yang besar, yaya dan hafiz ada tiga orang anak, nak masuk empat.

Actually dah masuk empat, yaya baru je bersalin anak nombor 4. Anak sulung mereka darjah 3, nombor 2 darjah 1 dan nombor 3 empat tahun. Betul orang kata, ujian orang lain merupakan pengajaran untuk kita. Apa yang saya cuba sampaikan melalui penceritaan ini, anda tapis di penghujung nanti.

Selepas yaya lahirkan anak sulung, saya ajak hafiz dan yaya tinggal dengan saya di bandar memandangkan tiada kerja yang mereka boleh buat di kampung. Hafiz tak habis sekolah, yaya cukup2 sampai SPM. Yaya selesa di kampung, rumah tak perlu bayar, hanya cari duit untuk makan pakai 3 beranak.

Tapi hafiz nak berhijrah. Duduk dengan saya 2 tahun, awal2 kami janji nak share bayar sewa rumah sama2 tapi selepas 2 tahun, beranak lagi seorang. Hafiz masa tu kerja fast food restaurant. Berhenti sebab bergaduh dengan manager. Nak tak nak, saya bantu yang mana boleh. Jadi, sewa dan duit dapur saya bayarkan.

Yaya tak kerja, hafiz kerap bangun sampai tengahari. Masa ni dia tolong2 kerja kedai makan Thailand kat bawah blok. Dapatlah upah sehari RM30. Bila celik mata, asyik bercakar laki bini langsung tak malu dengan saya sebagai kakak.

Sampai suatu hari saya dan hafiz gaduh besar sebab saya tegur supaya hafiz solat. Dia kata nak bawak anak bini keluar dari rumah dan pindah tempat lain. Saya tak halang. Mereka pindah ke kawasan yang jaraknya 45 minit dari rumah kami duduk sekarang. Mereka mulakan hidup baru 4 beranak.

Bila pindah, yaya selalu mengadu hafiz masih lagi dengan perangai lama, tak mahu kerja. Yaya kerja kilang, anak hantar pada pengasuh. Rumah sewa, belanja harian, api air, pendek kata semuanya dari yaya. Dalam pada bertengkar, keluar lagi sorang, anak nombor 3. Saya pun tak faham sebab saya belum kawin. Mungkin Allah beri rezeki untuk mereka dari segi anak.

Saya rapat dengan anak2 mereka terutama si sulung (kakak) . Apa saja permintaannya saya layan memandangkan saya jaga dia dari kecik. Satu yang saya perasan, si kakak dan abang (no 2) kurang dapat perhatian hafiz dan yaya setelah adik no 3 lahir. Segala tumpuan diberikan kepada adik.

Selalu bergaduh itu normal, tapi degil nauzubillah, menjerit meraung seolah2 dipukul walhal hanya ditegur agar tidak berebut mainan dengan si adik, dan si abang juga dah pandai sumpah seranah mamanya b**i tapi si mama cuma ugut “cakap lagi, nanti mama cili mulut”. Over and over again dan si abang tetaplah dengan b**i, bangang, bodoh.

Saya tegur yaya supaya jangan dibiarkan, nak2 lagi anak lelaki. Perlu tegas, kena ajar rotan tp biar berpada. Tapi siapalah kita. Lepas ditegur, yaya up status di fb perli saya sebab saya belum berkahwin dan tak tahu bagaimana rasanya ada anak. Saya terkilan. Kecewa. Saya diamkan saja.

Balik raya setiap tahun saya tetap bawak mereka anak beranak balik dengan saya, mujur juga kampung kami dan yaya bersebelahan. Hafiz dan yaya tak ada kereta. Yang ada cuma sebijik motor ihsan dari abah yaya, motor tu yaya guna ulang alik kerja.

Nak dijadikan cerita, hafiz kena tahan polis, jual dan memiliki daun ketum. Dua tahun dalam lokap. Masa ni saya ke hulu ke hilir jaga yaya dan anak2. Saya aggap mereka adalah tanggungjawab saya kerana adik saya lelaki. Sebagai warisnya, saya perlu pikul amanah ini.

Selama dua tahun hafiz di dalam, aman rasa. Tiada lagi cakar mencakar laki bini. Anak2 juga mendengar kata, saya memang seorang yang garang bila perlu. Saya ajar anak2 solat walaupun si abang memang susah dibentuk, tapi bila lihat kakak dan adik ikut, dia akan lembut juga.

Bila hafiz keluar, tak sampai setahun yaya bersalin lagi anak ke 4. Katanya rezeki. Syukur Alhamdullillah. Tapi bagaimana nasib tiga anak terdahulu? Solat tak diajar, mengaji jauh sekali. Saya tahu hafiz dan yaya tak solat bila saya soal siasat kakak dan abang.

Kakak cakap, “mama solat jarang2 tapi papa tak pernah solat. Papa marah mama bila mama suruh solat. ” Bayangkan kalau dia cerita pada orang lain. Apa perasaan ibu ayah sekalian?

Saya kasihankan anak2 kecil ini. Sudahlah hidupnya serba tak cukup, ayah pemalas, mama sibuk kerja dan bila balik, penat. Bila ada masa nak ajar anak2 dengan kerja sekolah? Bila si anak mintak diajar, dimarahnya sebab ganggu waktu rehat depan tv.

End up, anak tak siap kerja sekolah. Pergi sekolah kena marah, balik rumah juga kena marah bila cikgu inform mama papa yang kakak tak siap kerja sekolah. Sedihnya. Apalah nasibnya. Saya tak boleh masuk campur beria-ria, rumahtangga orang. Saya orang luar yang hanya menumpang kasih anak saudara.

Dua hari lepas yaya bersalin. Hafiz whatsapp minta RM50 untuk tambang dia ke hospital hantar makanan untuk yaya. Masa ni saya tak sihat dan tak mampu drive ke hospital mahupun ke rumah mereka untuk jaga anak2.

Dari jauh rasa resah kenangkan tiga orang anak2 dibiarkan di bawah jagaan jiran. Saya tak mampu bangun, hanya mampu berdoa agar mereka sentiasa dalam perlindungan Yang Esa.

Empat anak, hanya isteri bekerja. Suami, kerja tak pernah lekat. Yang lekat dan semakin dekat, mungkin dadah (Nauzubillah). Saya tak fikir lain, saya risaukan nasib anak2 darah daging saya. Tapi siapalah saya…

Saya harap cukup2lah buat anak lagi. Saya tahu mereka tak mampu tp bila ada yang tanya tentang perancangan keluarga, jawab yaya dah Allah nak bagi rezeki takkan nak tolak. Kadang2 seram dengar jawapan macam ni.

Mungkin kalian boleh beri pendapat yang membina, iyalah… Saya bujang terlajak, tak tahu juga konsep anak adalah rezeki ataupun amanah. Yang mana perlu diutamakan?

Yang Single,

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *