Anak-Anak Ujian Buat Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ibu kepada lima orang anak. Seorang pegawai kerajaan gred A. Masih bekerja lagi.

Apa yang nak saya luahkan hari ini ialah tentang sikap anak-anak hari ini yang pandai complain ibu bapa mereka sendiri.

Saya bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang bijak pandai. Sorang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Seorang baru graduate dari universiti tempatan.

Dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti manakala yang bongsu masih di sekolah menengah tersohor di malaysia.

Apa yang nak saya bangkitkan hari ini ialah sikap anak-anak yang tidak menghargai penat lelah ibu bapa membesarkan mereka.

Kebanyakkan anak-anak hanya nampak keburukan ibu bapa sahaja. Bila dah besar dan dewasa, mereka ini merasakan mereka betul dan apa yang ibu bapa buat salah.

Saya suami isteri berpendapatan agak besar. Jadi sejak kecil, anak-anak memang hidup senang. Kemana sahaja saya dan suami pergi melancong, kami akan bawa anak2 bersama .

Hatta melancong ke luar negara juga. Dan anak2 juga pernah dibawa mengerjakan umrah. Apabila anak masuk U, saya akan tanggung semua. Jadi mereka tak ada hutang PTPN apabila habis belajar.

Tapi yang menyedihkan, anak2 saya selalu sahaja melukakan hati saya. Mereka selalu menyebut dan mengungkit benda2 remeh yang saya buat semasa mereka kecil.

Seolah2 mereka tak nampak langsung susah payah saya. Mereka juga selalu cakap saya rak memahami mereka.

Mereka tak nampak kebaikan yang saya buat kepada mereka.

Dan mereka juga akan lawan bergaduh dengan saya kalau saya nasihatkan mereka. Yang paling saya sedih ialah yang no 3 ni.

Selalu kata dia ada sakit jiwa.. ada d3pr3ssion.

Apa taknye. Nak suruh baca quran punya lh susah. Nk ajak pergi masjid ada jer alasan. Selalu suruh zikir tapi mulut asyik menyanyi jer. Telinga asyik sumbat dengan lagu. Mana jiwa nak tenang.

Kalau di rumah mereka akan duduk dalam bilik masing2 dan bila saya nak ajak makan dan nak tanya sesuatu, saya terpaksa ketuk pintu bilik masing2. Memang sakit lah jari tua saya ni. Begitu juga bila nak suruh solat.

Kadang2 tu saya jauh hati juga sebab ada masanya, mereka buat tak dengar aje bila saya panggil. Mereka akan cakap tak dengar, yang saya rasakan itu alasan sahaja.

Bila balik rumah, saya yang kerja seharian ni pulak yang kena basuh pinggan, kemas rumah, angkat baju. Mereka duduk dalam bilik masing2.

Ada sahaja sebab yang diberi, nak study lah, penat lah. Bagi saya anak2 sekarang tak pandai menggunakan masa.

Memanglah tak cukup masa. Bangun tido nya entah pukul berapa. Lepas tu budget lah sibuk nak buat itu, nak buat ini. Semuanya untuk diri sendiri. Bila malam pulak asyik main game sampai larut malam.

Saya luahkan ini agar anak2 yang lain janganlah asyik fikir lelah sendiri. Fikir lah mak ayah yang dah tua yang kudrat mereka tak sekuat nana pon. Hargailah jasa ibu bapa.

Kalau sekarang dah kuat dan bertenaga, jangan lupa, mereka yang menjagamu masa kamu kecil lagi.

Kesenangan dan kemewahan yang kamu kecapi tu dari kudrat orang tuamu. Banyak anak2 selalu confess ibu bapa tak faham mereka tapi pernah tak anak2 fikir nak faham ibu bapa.

Semoga anak2 saya sedar kesalahan mereka. Saya sentiasa maafkan mereka. Saya sentiasa doakan mereka.

– Mak ibu mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *