Assalamualaikum semua. Baru baru ni mungkin ramai yang tahu fynn jamal ada ambik anak angkat baru comel. Jadi aku nak kongsi sedikit benda yang hampir sama terjadi dekat keluarga. Keluarga aku ada 4 orang umi , akak, aku dan adik aku. Hubungan kami keluarga memang akrab. Walaupun sebenarnya kami tak kongsi pertalian darah. Kami adik beradik 3 orang semua anak angkat umi aku.
Umi aku ni dia doktor kahwin muda. Diorang bercinta lama dari sekolah rendah dan akhirnya kahwin. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Tak sampai setahun suami umi meninggal. Kena serangan jantung. Jadi umi aku lama menjanda. Sampai lah satu hari dekat kawasan rumah umi aku heboh ada orang buang anak. Perempuan comel baru berapa hari lahir. Lepas bincang semua kawasan perumahan tu cadangkan nak hantar rumah anak yatim atau mana-mana pusat kebajikan.
Umi aku cerita waktu tu dia sedih dengar bayi yang baru berapa hari lahir menangis tak henti. Jadi dia pegang sentuh muka badan tangan. Budak tu diam. Umi aku pun terus decide nak ambik jadi anak angkat. Akak aku lah yang jadi peneman umi aku beberapa tahun. Sampai lah akak aku dah umur 7 tahun umi aku ambik aku jadi anak angkat yang kedua dan seterusnya ke tiga adik aku. Semua anak angkat dia umi aku susukan sebab semua dia jaga waktu baru sehari dua lahir.
Akak aku ni dia perangai semua memang serupa umi aku lembut jarang marah senyum je. Tapi kalau marah habislah. Dah capai setiap umur baru umi aku cerita kan kisah kami. Umi kata dia taknak yang kami adik beradik tahu dari orang lain dulu dari dia. Tapi pada aku dan juga akak dengan adik aku. Kami bersyukur. Kena jaga dari kecik pakai minum cukup ada tempat tinggal. Kira bernasib baik berbanding insan lain. Jadi memang berterima kasih. Tapi sebenarnya saudara dengan beberapa orang keluarga umi ni ramai macam tak setuju. Katanya nak tinggalkan waris tinggalkan lah dari darah daging.
Yang boleh terima kami 3 orang arwah nenek je. Tapi bila arwah nenek dah meninggal terus kami satu keluarga ni jarang balik. Banyak kali juga lah balik waktu raya berkumpul bila adik aku , adik aku dengan akak aku cuba komunikasi ke macam kena pulau semua tak layan. Pernah sekali kami balik malam raya kena perli. Kami semua okay benda macam dah biasa. Tapi umi haritu dia memang marah baru keluarkan beg dari kereta terus dia suruh bawa masuk. Terus balik rumah beraya dekat bandar. Sejak haritu memang tak balik kampung langsung.
Aku dengan adik aku setakat ni tak ada apa. Cuma kakak aku kesian. Kakak aku ni dia pendiam pemalu tapi sebenarnya peramah. Tanya lah apa je semua dia cuba jawab. Ingat lagi 3 tahun lepas sepatutnya akak aku kahwin 3. Akak aku dah terangkan dekat bakal suami dia ni tentang dia anak angkat dan lain-lain. Jadi ada sekali tu diorang pergi berbincang lagi. Kali ini umi aku dengan akak aku. Balik tu akak aku menangis umi aku pun menangis.
Rupanya keluarga belah lelaki tu tak boleh terima dia cakap keturunan atau asal usul akak aku ni “unknown” jadi diorang tak berani takut dari keluarga teruk lah. Siap dia kasi tahu nak cari isteri kena 4 benda salah satu dia keturunan. Tapi dia tak tahu benda paling titik berat sekali cari wanita yang kuat agama dia. Bagi aku bab tu akak aku memang ada. Mengaji dia boleh solat semua tepat waktu. Tapi yang paling aku marah lelaki tu. Dia biarkan je keluarga dia putuskan hubungan diorang macam tu.
Tapi Alhamdulilah tahun lepas shah akak aku kahwin. Umi aku punya lah explain semua sekali dan cerita pasal akak aku ni baik semua dan macam-macam sebab takut kena reject lagi sebab keturunan. Alhamdulilah diorang terima. Jadi aku pun harap aku dengan adik aku nanti kalau berjodoh kelak tak boleh lah kena terima sepenuhnya. Sepanjang aku hidup bab perli ” weyh anak angkat ” dan macam-macam perli lain tu bagi aku dah sebati. Jadi harap yang dekat luar sana ada hasrat nak ambik angkat ambik lah. Jangan lah fikir budak ni sebab dia lahir dari orang ni nanti besar jadi ni. Tidak sama sekali.
Yang paling penting cara didikan, umi aku didik kami dengan cara halus manjakan semua. Tapi ada masa dia tegas memang tegas . Apa apa pun terima kasih sebab sudi membaca dan menyiarkan kisah ini.
– Aiman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit