Anak Autism

Hai. Aku mak kepada dua orang anak. Terima kasih admin kalau coretan ni tersiar. Intro kepada tajuk aku, anak sulung aku dah di diagnose (first diagnose dari doktor KKIA) sebagai speech delay dan sekarang masih menunggu untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak bulan 8 nanti. Lambat kan tarikh tu. Ye, tapi itu je yang aku mampu setakat ni sebab faham jelah kalau nak bawa pegi swasta kos dia macam mana kan. Sebelum terlupa, umur anak sulung aku 3 tahun sekarang.

Bila aku kenalpasti anak aku speech delay? Masa umur dia hampir 2 tahun tapi yelah, kita taknak fikir terlalu negatif dan masa tu aku beranggapan masih ada masa untuk anak aku belajar bercakap dengan baik. Untuk pengetahuan sampai sekarang anak aku belum lagi boleh panggil aku ‘ibu’ dengan sendiri. Sedih kan? Itulah perasaan aku. Pernah kawan aku cakap kat aku, “eh tu anak kau panggil kau au”. Aku cuma tarik nafas dan respon pada anak aku tapi dalam hati, Allah je tau bila orang cakap macam tu. Ye, dia takde kat tempat aku dan anak-anak dia alhamdulillah semua takde masalah pun.

Itu baru part parent dengan parent, belum lagi dikalangan diorang sesama kanak-kanak. Aku perasan anak aku suka berkawan dan suka menegur sesiapa je yang bergelar kanak-kanak. Tapi budak-budak lain taknak bermain dengan dia sebab diorang tak faham apa yang anak aku cakapkan. Anak aku nak bercakap tapi guna bahasa dia yang selalunya aku sendiri pun tak faham. Banyak kali jugak anak aku kena sound dengan budak lain,’eh ape kau cakap ha’. Kalau aku faham,aku akan cuba explain balik kat diorang,tapi kalau tak, aku mampu pandang sepi je pada anak aku sebab memang budak-budak lain akan menjauhkan diri dari dia. Lagi sekali, aku rasa sedih sangat.

Aku selalu salahkan diri sendiri sebab aku sendiri bukan jenis yang banyak bercakap dan aku tak pandai berborak dengan anak aku masa dia baru belajar nak bercakap. Cuma sekarang aku banyak cuba betulkan balik kesalahan aku, buat banyak aktiviti dengan dia, selalu peluk dan berborak dengan dia walaupun aku masih tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Tapi alhamdulillah, di sebalik kelemahan anak aku, dia faham dengan arahan dan apa yang aku bagitau dia. Cuma dia belum pandai nak melontarkan balik kata-kata dia dengan perkataan yang betul.

Aku sebenarnya dah simpan benda ni lama. Aku cuba bercerita dengan suami aku, tapi dia lebih sibukkan kerja yang kadang-kadang memang aku terasa hati sebab macam tak dapat sokongan dari pasangan sendiri untuk masalah anak ni. Cuma pada confession ni, aku nak pesan pada orang kat luar sana yang tak pernah ada masalah anak macam ni, jangan pandang ringan dan ambil mudah dengan perasaan mak ayah yang ada anak bermasalah ni.

Kami perlukan sokongan, bukan perlian atau sindiran. Cuba letakkan diri anda di tempat kami, barulah korang tahu betapa struggle kami nak besarkan anak-anak ni dengan berperang dengan emosi diorang yang tak menentu dan tak faham apa yang diorang cuba sampaikan.

Dan untuk ibubapa yang ada anak istimewa ni, terus kuatkan hati. Hanya insan terpilih je yang boleh lalui dugaan ni dan ingat, Allah takkan bebankan hambanya melebihi kemampuan kita. Lastly aku nak mintak maaf kalau ayat berterabur kat atas tu sebab memang bukan jenis yang pandai mengarang. Assalam.

– Ina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *