Anak dan Eczema

Aku ada dua orang anak, yang sulung perempuan dan yang bongsu lelaki. Anak-anak aku ada eczema, mungkin kerana kami suami isteri ada eczema yang agak kritikal.

Bila ada eczema ni, pemakanan dan persekitaran kena jaga sebab nanti bila datang gatal-gatal tu, anak-anak aku akan garu sampai terkoyak kulit dan berdarah-darah. Anak-anak aku tak pernah tidur nyenyak malam-malam sebab mereka akan tergaru-garu sampai terjaga, sambung tidur, kemudian garu lagi dan begitulah seterusnya.

Biasanya bila hari raya dan musim kenduri, eczema anak-anak akan menjadi-jadi. Satu, sebab anak aku akan makan apa saja. Yang sulung tu dah besar, kadang-kadang aku tak sempat halang, dia dah masuk makanan dalam mulut. Yang kedua tu ok lagi, cuma bila nampak Kakak dia makan, dia pun nak juga sampai menangis-nangis.

Maka, banyaklah datang tangan-tangan yang menyumbat makanan dalam mulut anak-anak aku dengan alasan, “Kesian, tak dapat makan”…aku lagi kesian tengok anak-anak aku gatal-gatal kot. Kadang-kadang aku bagi alasan anak aku dah kenyang, dan aku pun makan la makanan dari tangan yang nak menyumbat itu. Sebab tu la berat aku naik. Nampak tak pengorbanan aku di situ. huhu.

Lagi satu, sebab peluh. Bila anak aku berpeluh-peluh, nanti dia akan tergaru-garu sampai merah muka,leher,tangan dan kaki. Pernah sekali, kat kenduri kahwin, biasalah, bawah khemah dan panas terik, anak aku dah start tergaru-garu,aku pun cepat-cepat la salam dengan saudara-mara dan bagitau sebab nak balik cepat, sorang makcik ni cakap kat anak aku, “Laah adik.. kat Malaysia memang panas..adik kena duduk kat Korea lah, sejuk sikit” sambil ketawa.

Aku tak tau la dia buat lawak atau perli, tapi telinga aku rasa tak seronok dengar. Sejak dari hari tu, bila pergi mana-mana saja, memang aku bawa kipas angin kecil yang boleh charge tu..senang,anak-anak aku pun tak la berpeluh-peluh sangat. Tak dapat pi Korea, bawa Kipas macam orang Korea pun ok what.

Hari raya baru-baru ni anak-anak aku memang asyik tergaru-garu saja.Nampak la kawasan eczema kat muka, leher dan tangan tu. Ramai la yang concern dan suruh sapu minyak macam-macam. Aku dah pernah try dan tak berkesan pun kat anak-anak aku, so aku buat-buat dengar dengan teliti dan sebut…”Ooo yeke, balik nanti boleh try” tapi aku tak try pun..

Dr pakar yang rawat anak-anak aku dah pesan yang minyak-minyak ni semua (olive,coconut etc) tak dapat menyerap masuk dalam kulit dengan baik. Kena guna cream dan moisturiser yang bagus macam Cetaphil, QV, Ceradan dan lain-lain.. tapi wajib buat patch test dulu, kalau kulit tak irritated, baru guna. So, aku ikut cadangan Dr pakar, maafkan aku makcik-makcik, aku tau kalian berniat baik, tapi kalian bukan pakar. Huuu..

Tu je kot yang aku nak share. Kalau ada benda baik yang boleh pembaca ambil, ambillah.. Kalau tak ada apa, maaflah sebab aku bukan pandai menulis, saja nak berkongsi pengalaman.

– Puan Mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *